Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ulang Tahun.
4 hb.jun 2012 genap lah 31 tahun usia perkahwinan kami.Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa.Satu jangka masa yang panjang tapi kami lalui dengan gembira dan penuh kesyukuran.Tak banyak onak atau duri yang perlu kami redah...,...segalanya berjalan dengan lancar hari demi hari ,bulan berganti tahun kami hadapi dengan penuh rasa keinsafan serta berkasih sayang keranaNya dan selalu berserah kepadaNya.Jika terdapat kesulitan kami menadah tangan memohon pertolongan dariNya......Alhamdulillah kerana segalanya di permudahkan .
Pulut Kuning.
Masa kecik-kecik dulu jika kami lulus periksa,mak akan masak pulut kuning.tiada lauk yang special cuma dimakan dengan hirisan telur dadar.Pulut yang emak masak memang sedap dan tahan hingga seminggu lamanya .Takkan basi.Cm pula suka makan pulut kuning dengan gula.
Cm teringin nak hias pulut kuning seperti Kak wan buat:)tapi bahan-bahan yang ada hanya lah telur ayam dan telur puyuh .Mommy Maryam cakap pulut kuning Cm kali ini macam zoo hehe.Selamat hari jadi buat Maryam..besok genap 1 tahun umurnya.
Bahan-bahannya:
1 kg beras pulut
1/2 tbsp serbuk kunyit.
1 1/2 cawan santan pekat.
2 tsp garam.
Cara-caranya:
- Rendam beras pulut dan serbuk kunyit selama 2-3 jam.
- Toskan airnya.
- Kukus sehingga pulut lembut&masak.
- Apabila masak,keluarkam pulut dari pengukus dan gaul bersama santan dan garam sehingga rata.
- Kemudian kukus lagi pulut sehingga betul-betul masak.
- Apabila masak,buka penutup kukusan dan biarkan diatas api selama 10-15 minit.
- Siap untuk di hidangkan bersama rendang atau kuah kari.
** Sedap juga bila di lapis dengan serunding daging.
Assalamualaikum kak CM~~
ReplyDeletealhamdulillah.. happy anniversary akak. semoga kekal bahagia hendaknya, insyaAllah. tun dh lama betul x makan pulut kuning. biasa kalau ada pulut mesti nk buat rendang ^^
selamat ulangtahun kak CM..sedapnye pulut ;)) cantik je burung2 tu..
ReplyDeleteSedapnya pulut...Kak Ros memang suka pulut..kalau dapat cicah air teh lagi...le...Tentu CM tak pernah dengarkan??
ReplyDeleteAs'KUM Kak CM semoga kebahagian akan kekal selamanya buat Akak dan suami juga keluarga tersayang.. Aaaminnnn......
ReplyDeleteWow! pulut kuning tu terbaiklah!! mana nak cari?? kecur dah ni.. huaaa
As'kum Kak CM,
ReplyDeleteHappy aniversary , x sangka tarikh perkahwinan kak cm sama ngan saya. 4 Jun.. tapi usia perkahwinan kami masih muda. Tiada kek, tiada pulut, kami duduk berjauhan..hujung mggu ni baru dpt brjumpa. Semoga perkahwian Kak CM di rahmati Allah selalu dan untuk saya juga...InsyaAllah . Amin
Salam cm...selamat menyambut ulang tahun ke 31 semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
DeleteSelamat hari jadi juga buat cucanda Maryam.
Salam perkenalan,
ReplyDeleteNaik semangat saya tengok Pulut Semangat tu, sangat menyelerakan...
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kak CM.. :)
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 31 buat CM dan cik abg, semoga terus2 diberkati kehidupan di dunia dan akhirat, disihatkan tubuh badan kalian berdua dan sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang....amiiinn *CM, cantik pulut kuning berhias lgk...ala2 pulut pengantin baru...hehe
ReplyDeleteSlmt ulangtahun ke 31 buat CM & suami.moga tambah bahgia dan sejahtera bersama anak dan cucu tersayang.
ReplyDeletehappy 1 st bday juga buat Maryam!
pulut kuning mmg favorit....mkn dg kari..serunding...sedappnya..
happy wedding annibersari kak cm..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan bahagia selamanya.....nak sikit pulut kuning tu..hehe
ReplyDeleteComelnya.
ReplyDeleteHappy anniversary,
Cepatnya Maryam dah setahun umurnya.
Alhamdulillah... moga kebahagian terus menjadi milik Cm & suami & keluarga.... nak raikan sama, nak makan juga pulut kuning tu...he he he ehh
ReplyDelete