LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, November 11, 2013

Bubur Ca Ca Keladi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Gara-gara kepingin bubur ca ca dari dapur AlongRoz maka hari ni pagi pagi lagi tadaaaaa....dah siap bubur ca ca.:)....Petang nanti tak payah sibuk-sibuk nak fikir apa nak masak untuk minum petang.Satu ketika dulu bubur ca ca yang lemakkk dan manisss memang menjadi pilihan kami suami isteri.Bubur Ca Ca yang mantap  dan power gitu hehe tetapi sekarang sudah "insaf" dan kembali ke pangkal jalan.Sayangilah  diri anda dan orang tersayang jagalah kesihatan......


Bahan-bahannya:

1 cawan bubur ca ca kering.
1/2 biji keladi-potong kiub.
1 buku kecil gula melaka-sesuaikan dengan selera masing-masing.
3 tbsp biji sagu.
1/2 tin susu cair.
6 cawan air.
1/2 tsp garam.
1 helai daun pandan.

  • Masak keladi.biji sagu  dengan bubur caca kering sehingga kembang .
  • Masukkan gula melaka,garam,daun pandan dan susu cair.
  • Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat sedikit.
  • Siap untuk di hidangkan.

9 comments:

  1. Terliur pulak tengok bubur CM ni... dah lama tak mkn keladi, susah nak jumpa disini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Nur...kat Putrajaya ni kadang-kadang ada jual keladi kt pasar bukan selalu.Tapi kat pasaraya besar memang senang di dapati.

      Delete
  2. assalam CM
    nak semangkuk boleh he hee sedapppnya
    feberet sy keladi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm mama sara nur...dua mangkuk pun boleh :)

      Delete
  3. Assalamualaikum makcik,
    macam mana ek nak buat sendiri caca tu? mak sy tak bagi sangat guna yang beli siap sebab dia kata banyak pewarna tiruan. also, sbb taktau dkt mana nak cari dkt sini..



    Iman

    ReplyDelete
  4. wslm Iman...makcik memang tak tahu nak buat sendiri bubur ca ca kering atau pun sekoteng ni.Tetapi dulu makcik gantikan dengan tepung gandum.

    Tepung gandum di campur dengan sedikit air di uli macam nak buat kuih gunting tu.Gelek nipis dan memanjang dan gunting menyerong.Masukkan kedalam bubur keladi atau pengat.Jika nak nampak cantik boleh lah letak sedikit pewarna makanan.Tapi tak sama dengan yang dibeli dari kedai.

    nanti lain kali makcik tunjukkan ya :)....memang sebenarnya tak elok untuk kesihatan makanan yang ber kaler kaler ni.jika boleh elak elok elakkan.

    ReplyDelete
  5. Nak kena gali ubi keladi di belakang rumahm

    ..

    ReplyDelete