LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts sorted by relevance for query cendol. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query cendol. Sort by date Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Cendol / Lod Chong.( I )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ramadhan datang lagi,kedatangan mu ku tunggu dengan penuh rasa gembira dan debaran.Lebih kurang 15 hari lagi umat islam akan menyambut bulan puasa dan ramai yang telah mula melatihkan diri berpuasa sejak bulan Rejab lagi.

 Alhamdulillah.Saat yang paling manis sekali apabila tiba waktu berbuka yang menandakan kita telah berjaya menahan lapar dan dahaga selama sehari suntuk...jangan salah faham ya berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja  tetapi menjaga tuturkata..pandangan dan pendengaran.Banyakkan berzikir dan membaca Al Quraan.Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..Amin.



Setiap kali bulan puasa  Cm jarang ke pasar Ramadhan.Kami berbuka seadanya sahaja .Itulah permintaan suami yang selalu menasihati kami anak beranak agar jangan membazir dan jangan menjadikan bulan puasa sebagai pesta untuk makan-makan.Selalunya kami berbuka puasa dengan buah tamar ,minuman panas dan sejuk serta nasi.

Sekali sekali Cm akan sediakan sejenis kuih tetapi selalunya suami akan menjamah kuih selepas solat terawih.Cendol salah satu kegemaran suami dan anak-anak.Tahun ini insyallah Cm akan cuba buat cendol sendiri :)

Cendol : Sumber KakBesah.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung beras.
3 cawan air daun pandan.(10 helai daun pandan di kisar dengan 3 cawan air)
1/2 tsp kapur -bancuh dengan 2 tbsp air.
Sedikit pewarna hijau-optional.
2 tbsp penuh tepung ubi.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas hingga sebati dan tapiskan.
  • Tuangkan ke dalam periuk non stick dan masak dengan api yang sederhana.
  • Sentiasa mengacaunya agar tidak berketul-ketul.
  • Masak sehingga mendidih dan adunan menjadi licin serta bersinar,
  • Sementara itu masukkan air dan sedikit ketulan air batu ke dalam bekas yang sesuai.
  • Sendukkan adunan kedalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang mengandungi air batu tadi.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk di hidang mengikut citarasa masing masing.
  • Ada yang suka makan bersama santan,gula melaka dan kacang merah serta durian.
Inilah acuan cendol yang Cm gunakan.Tetapi lubangnya agak besar jadi hasil cendol kali ini lebih besar saiznya . Selamat mencuba .

Thursday, June 5, 2014

Cendol

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera,

Cendol

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras.
6 tbsp tepung ubi.
4 helai daun pandan.
5 helai daun pandan serani.
2 tsp air kapur.
6 cawan air.

Ketulan air batu secukupnya.

Cara-caranya:


  • Daun pandan di gunting kecik dan kisar dengan 6 cawan air sehingga hancur.Tapiskan .
  • Satukan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam periuk yang sesuai dan masak dengan api sederhana.Sentiasa kacau agar adunan tidak berketul ketul.
  • Apabila adunan mula mendidih dan nampak likat perlahankan api.Sentiasa kacau.


  • Kecilkan api dan tutup periuk 3-4 minit.Kemudian kacau lagi sehingga adunan berkilat dan naik wapnya.
  • Bila adunan nampak  seperti  foto di atas ,ianya sedia untuk di masukkan kedalam acuan cendol.Pstt sila abaikan periuk belanga di bahagian belakang tu ya.Cm tak sempat nak kemas sebab waktu berbuka dah dekat tp cendol dalam proses di atas dapur  lagi  hehe.
  • Isikan satu mangkuk air dengan ketulan air batu.Masukkan adunan ke dalam acuan cendul dan tekan perlahan-lahan sehingga selesai.
  • Inilah hasilnya.Jika kawan-kawan ingin mencuba bolehlah guna 1/2 daripada resipi ini ya.Cm harap kawan-kawan dapat beritahu Cm samada berpuas hati atau tidak dengan resipi ini.Nanti dapatlah kita perbaikinya.

Cm suka cendol di campur dengan susu cair dan sirap gula Melaka.Terpulanglah jika ada yang suka campur dengan santan.Sesuaikan dengan selera masing masing.Selamat mencuba ...

Tuesday, July 2, 2013

Cendol - II



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat tengahari .Sejak akhir-akhir ini cuaca extra panas jadi jangan lupa minum air lebih ya.Dari  semalam tekak mulai perit dan hari ini Cm dah mula batuk-batuk.Harap tak berpanjangan la.Orang tua macam Cm ni jika batuk memang ada masalah besar :(

Hari ini sekali lagi Cm masak cendol tetapi dengan menggunakan resipi yang berbeza dan acuan yang berbeza..Alhamdulillah sungguh berpuas hati jika di bandingkan dengan acuan yang terdahulu.Acuan yang baru ini lebih besar tetapi mempunyai lubang yang lebih kecil dan cantik..Resipi asalnya Cm ambil DISINI.


Bahan-bahannya:

1/2 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung Hong Kwee hijau.
3 cawan air daun pandan-(5 helai daun pandan di kisar dengan 3 cawan air.)


Air ais yang mencukupi.

Cara-caranya:


  • Satukan tepung beras,tepung hong kwee dan air daun pandan ke dalam periuk nonstick.
  • Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah dikacau tanpa henti sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Masukkan air ais ke dalam mangkuk.
  • Curahkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam mangkuk ais.

Sangat berpuas hati.Cendolnya pun tak cepat patah atau hancur walaupun dikacau kacau dengan senduk.Seronok betul :)



Resipi yang menggunakan tepung Hong kwee hijau lebih wangi dan setelah dimasak adunannya lebih lembut.Selamat mencuba :)




Tuesday, February 11, 2014

Cendol Pulut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bahan-bahannya:

A
2 cawan tepung beras.
6 tbsp tepung ubi.
2 tsp air kapur.
10 helai daun pandan-hiris halus.
6 cawan air.

B
1 tin susu cair.
Sirap gula melaka.
Kacang merah-rebus(atau guna yg dalam tin)
Pulut secukupnya.
Kiub ais secukupnya.

C
1 bekas yang mengandungi air sejuk dan ketulan ais yang mencukupi.

Cara-caranya:)


  • Kisar daun pandan dengan 6 cawan air sehingga halus dan tapis.
  • Satukan tepung beras,tepung ubi ,air kapur dan air pandan.Kacau sehingga sebati dan tapis.
  • Tuangkan ke dalam periuk yang tidak melekat dan kacau diatas api yang sederhana sehingga pekat.
  • Kecilkan api dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan naik wap dan berkilat.
  • Sediakan satu bekas yang mengandungi air sejuk dan ketulan ais.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang mengandungi ais.
  • Lakukan sehingga selesai dan simpan dalam peti sejuk.
  • Hidang bersama pulut,susu cair,kacang merah  dan sirap gula melaka.Masukan ketulan ais..enjoy !



Jika tak silap Cm la,dah hampir 3 minggu cuaca yang sungguh panas tanpa hujan seperti ini....Rumput di keliling rumah pun hampir kering dan pokok pokok yang ditanam didalam pasu perlu disiram beberapa kali setiap hari.Dalam kedaan cuaca yang kering tanpa hujan Denggi pulak bermaharajalela.Kawasan rumah Cm ni merupakan kawasan wabak denggi...scary jugak semoga jiran-jiran dapat menjaga kebersihan dalam dan luar rumah agar tiada tempat untuk nyamuk membiak.

Disini cuaca yang sungguh panas dan kering sementara di satu sudut dunia yang lain pulak mengalami keadaan cuaca yang sungguh sejuk dan salji yang tebal.Semuanya ini mengingatkan kita akan kekuasaan Allah Taala....jangan kita menjadi manusia yang rakus melakukan kerosakan di muka bumi ini.Penebangan pokok yang berleluasa serta pembakaran terbuka.Mengorek hasil bumi tanpa "belas" kasihan.Pencemaran udara dan air......menakutkan.marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar demi masa depan anak cucu kita.

Saturday, October 17, 2009

Madam Kwan's

Nasi Bojari chicken chop Mushroom chicken rice cendol Lemon tea Lama tak kemaskini rumah cikmanggis ni,maaf lah ..macam-macam hal nak disetelkan.Pagi tadi angah msg.....mama jom kita makan makan kat klcc,mama dgn abah ambil erl dari Putrajaya,lepas tu ambil lrt kat kl sentral...terus ke klcc...balik angah hantar..angah belanja...hmmm..best jugak ni...cikmanggis terus balas..ok..kami datang!!..jika pasal makan cepat je buat keputusan.Hari ni angah kerja 1/2 hari je..dari hospital terus ke klcc.... Kami 3 beranak sampai 1/2 jam lebih awal jadi ronda-ronda sekejap sementara menunggu angah sampai....sebenarnya cikmanggis selalu merungut ..tak suka datang klcc hujung minggu..ramainya orang!!..pening kepala.Bila nak masuk tandas kena beratur panjang... Bila angah sampai kami terus cari tempat untuk makan tengahari....mama jom kita ke restoran Madam Kwan's.....amad (anak bongsu cm) cakap nak makan yee mee tapi angah kata,kat alamanda pun ada makanan tu,baik makan benda yang tak ada kat alamanda hehe.. Restoran Madam Kwan's tu penuh dengan pelanggan,nasib baik ada satu meja kosong..alhamdulillah..jika tak,merungut lagi hihi...bila lihat menu dan harganya..alamak!!..mahalnya ......angah menyampuk...ala mama..makan la..bukan selalu!angah belanja..jangan risau.... Alhamdulillah..puas hati...... walaupun agak mahal tapi berbaloi,makanan sedap dan servisnya sangat bagus.Lain kali boleh datang lagi.

Thursday, July 18, 2013

Kuih Som Som.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Berbulan-bulan lamanya Cm dan  suami mencari benih pokok  Suji atau Pandan Serani tetapi gagal.Ramai yang tidak kenal.Cm pun tahu kewujudan pokok Pandan  Serani ini dari Bibik yang menjaga Aqeel cucu Cm tu.Katanya di Indon mereka gunakan untuk mewarnakan kuih muih seperti Kuih Som Som,Buah Melaka  dan Cendol.Tak perlu menggunakan pewarna tiruan yang ternyata tidak baik untuk kesihatan .

Alhamdulillah ada hamba Allah yang sangat baik hati dan sudi mengirim keratan pokok Pandan  Serani ini pada Cm tanpa mengenakan apa-apa bayaran melalui pos laju.Terharu sangat-sangat kerana kami belum kenal hanya kawan di fb je.Allah sajalah yang dapat membalas budi baik Puan R itu.Terima kasih.

Inilah rupanya daun Pandan Serani.Sebelum di tanam Cm ambil sedikit daunya untuk mewarnakan  Kuih Som Som  ini.Cantik hijaunya apabila dikisar ,gabungan daun pandan biasa dan daun pandan serani menghasilkan warna hijau yan cantik.Tak perlu tambahan pewarna tiruan dan  baunya pun sangat wangi..Mudah-mudahan pokok ini akan berkembang biak dan akan Cm panjang-panjangkan kepada sesiapa yang berminat.

Kuih Som Som.

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras.
1 1/2 tbsp tepung ubi.
Sedikit kapur.-bancuh dengan sedikit air.
1 biji kelapa parut ambil yang putihnya.
5 cawan air.
Secubit garam.
1 cawan air.
4 helai daun pandan.
5 helai daun  pandan serani .

Cara-caranya:


  • Kisar daun pandan dan daun pandan serani dengan 1 cawan air-tapiskan.
  • Kisar kelapa parut dengan 5 cawan air sehingga hancur-tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahannya hingga sebati dan tapis.
  • Dengan menggunakan periuk yang tidak melekat masak atas api yang sederhana.
  • Sentiasa mengacau adunannya tanpa henti sehingga adunan berkilat dan keluar wap.
  • Sejukkan dalam bekas  pilihan anda.Apabila sejuk boleh lah simpan dalam peti sejuk.

Sila abaikan rupa kuih ini kerana Cm tak sabar nak ambil gambar.Tak sempat nak tunggu betul-betul sejuk telah di keluarkan dari bekasnya :(

Sirap Gula Melaka.

Bahan-bahannya:

1 buku gula Melaka.
1 cawan air.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masak gula Melaka bersama air dan daun pandan hingga agak pekat.Siap untuk dihidangkan bersama Kuih Som Som.Sedap dimakan setelah di sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu.