Cendol
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung beras.
6 tbsp tepung ubi.
4 helai daun pandan.
5 helai daun pandan serani.
2 tsp air kapur.
6 cawan air.
Ketulan air batu secukupnya.
Cara-caranya:
- Daun pandan di gunting kecik dan kisar dengan 6 cawan air sehingga hancur.Tapiskan .
- Satukan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.Tapiskan.
- Tuangkan adunan ke dalam periuk yang sesuai dan masak dengan api sederhana.Sentiasa kacau agar adunan tidak berketul ketul.
- Apabila adunan mula mendidih dan nampak likat perlahankan api.Sentiasa kacau.
- Kecilkan api dan tutup periuk 3-4 minit.Kemudian kacau lagi sehingga adunan berkilat dan naik wapnya.
- Bila adunan nampak seperti foto di atas ,ianya sedia untuk di masukkan kedalam acuan cendol.Pstt sila abaikan periuk belanga di bahagian belakang tu ya.Cm tak sempat nak kemas sebab waktu berbuka dah dekat tp cendol dalam proses di atas dapur lagi hehe.
- Isikan satu mangkuk air dengan ketulan air batu.Masukkan adunan ke dalam acuan cendul dan tekan perlahan-lahan sehingga selesai.
- Inilah hasilnya.Jika kawan-kawan ingin mencuba bolehlah guna 1/2 daripada resipi ini ya.Cm harap kawan-kawan dapat beritahu Cm samada berpuas hati atau tidak dengan resipi ini.Nanti dapatlah kita perbaikinya.
Cm suka cendol di campur dengan susu cair dan sirap gula Melaka.Terpulanglah jika ada yang suka campur dengan santan.Sesuaikan dengan selera masing masing.Selamat mencuba ...
enak dan segar..yang kemarin ayin cuba resepi kak nah benar benar sedap...
ReplyDeleteTerima kasih Ayin kerana sudi mencuba resipi ini
Deleteseumur hidup nekvik tak penah buat cendol CM...makan dengan durian..masyaallah sedap tsk terkata..tapi kna pakai air batu parut.he.he
ReplyDeleteada jual ye acuan untuk cendol. .atau buat sendiri
DeleteCubalah nekcik.Bila dah buat sekali rasa seronok pulak
DeleteAda jual di kedai menjual bahan bahan membuat kek.Jika tak silap Bake With Yen ada Nekcik.Saya dah lama beli acuan ni.
DeleteMinta segelas Kak Nah!! Tertelan air liuh I see your cendol :( By the way acuan apa you pakai to press out the cendol?
ReplyDeleteHehe boleh..boleh :) kaknah dah letak gambar acuannya Gert.Kali ini I guna acuan yg besar tu.
Deleteterima kasih cik manggis... can't wait to try this recipe :)
ReplyDeletexoxo
Sama sama Muna.
Deleterajin kak nah buat cendol ,saya punya pebret ni cendol
ReplyDeleteIni sebab daun pandan serani punya pasal hehe.
DeleteCuaca panas macam ni sedapnya kalau dapat cendol hehe...
ReplyDeleteLaku saya berniaga cendol smlm Zai hehe
DeleteBiasa beli je cendol kat luar...lepas ni boleh try buat sendiri...
ReplyDeleteHowdy CM ! Hope you're all well. Wow... your homemade cendol looks good. I was thinking to get a mini ice crusher imported from Indon but too expensive. lol.
ReplyDeleteEnjoy & have a fabulous day.
Blessings, Kristy
As salam...kat mana boleh dapatkan acuan cendoltu?
ReplyDeleteAs salam...kat mana boleh dapatkan acuan cendoltu?
ReplyDelete