LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, July 2, 2013

Cendol - II



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat tengahari .Sejak akhir-akhir ini cuaca extra panas jadi jangan lupa minum air lebih ya.Dari  semalam tekak mulai perit dan hari ini Cm dah mula batuk-batuk.Harap tak berpanjangan la.Orang tua macam Cm ni jika batuk memang ada masalah besar :(

Hari ini sekali lagi Cm masak cendol tetapi dengan menggunakan resipi yang berbeza dan acuan yang berbeza..Alhamdulillah sungguh berpuas hati jika di bandingkan dengan acuan yang terdahulu.Acuan yang baru ini lebih besar tetapi mempunyai lubang yang lebih kecil dan cantik..Resipi asalnya Cm ambil DISINI.


Bahan-bahannya:

1/2 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung Hong Kwee hijau.
3 cawan air daun pandan-(5 helai daun pandan di kisar dengan 3 cawan air.)


Air ais yang mencukupi.

Cara-caranya:


  • Satukan tepung beras,tepung hong kwee dan air daun pandan ke dalam periuk nonstick.
  • Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah dikacau tanpa henti sehingga adunan likat dan berkilat.
  • Masukkan air ais ke dalam mangkuk.
  • Curahkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam mangkuk ais.

Sangat berpuas hati.Cendolnya pun tak cepat patah atau hancur walaupun dikacau kacau dengan senduk.Seronok betul :)



Resipi yang menggunakan tepung Hong kwee hijau lebih wangi dan setelah dimasak adunannya lebih lembut.Selamat mencuba :)




6 comments:

  1. Aslmkum CM
    semlm angan2 nak buat cendol.....tu yg terus dtg dapur Cm bila tengok ada cendol . tp acuan tak da lagi.......

    ReplyDelete
  2. hello cm, kak mana ada tua? photo nampak muda saja :D

    The cendol looks very nice, lena pertama kali nampak acuan cendol!

    ReplyDelete
  3. Oh first time tengok bahan dan cara buat cendol. Menarik rasa nak cuba.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. cikmanggis..saya nak beli acu an besar mcm kat atas boleh...? Beli kat mana ye... kedai nama apa...

    Saya tinggal d hulu langat selangor... boleh bgtahu saya cikmanggis....

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Where can I buy the acuan cendol? Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..kat mana boleh beli acuan cendol tu ye?

    ReplyDelete