LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 18, 2013

Keropok Ubi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Lebihan parutan ubi kayu semalam Cm buat keropok .Bibik  yang menjaga cucu Cm( baby Aqeel )yang mengajar bagaimana nak buat keropok ni.Semasa Cm parut ubi untuk masak  kuih bingka semalam Bibik gelak-gelak je melihat  Cm amat takut dengan mata pemarut.Lalu dengan eksennya Bibik ambil ubi dan parut..zap zap zap siap.....pantas giler kerjanya.Katanya dah  biasa  ...kat Indon aku parut dua baldi sekali parut  hehe.Patutlah handal :)

Bahan-bahannya:

 3 cawan ubi kayu-parut.
1 tangkai daun sup ambil bahagian daunnya-Cincang halus.
1/2 tsp serbuk lada sulah.
3 ulas bawang putih-tumbuk halus.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Gaulkan bahan-bahan di atas sehingga rata.
  • Panaskan  air sehingga mendidih dalam periuk yang mempunyai tudung yang rata.
  • Sapukan sedikit minyak di bahagian dalam tudung  periuk.
  • Tempekkan ubi parut ke permukaan bahagian dalam  tudung periuk.Bentukkan bulat-bulat dan ratakan agar sekata ketebalannya mengikut saiz yang di kehendaki.
  • Tutup periuk dengan tempekan ubi kayu di bahagian bawah/dalam..
  • Biarkan selama 2-3 minit jangan terlalu lama ,nanti adunan akan terjatuh ke dalam air yang sedang mendidih.
  • Angkat tudung periuk dan kopek  adunan perlahan-lahan .
  • Aturkan  ke atas dulang dan jemur sehingga kering.
  • Goreng dengan minyak panas seperti menggoreng keropok biasa.


 
Keropok yang telah siap di goreng.





Keropok yang sedang di jemur :)...Selamat mencuba.

11 comments:

  1. Very interesting, CM! Seronok lah dapat makan kerepek ubi :)

    ReplyDelete
  2. wah rajin nya Cm buat keropok nampak sedap sngt tapi nak buat tu macam tak berapa rajin lah ..

    ReplyDelete
  3. salam..

    wah..cantiknya bila sudah goreng keropok tu..sedapnya makan cicah dengan sos cili sambil duduk depan tv kan..

    ReplyDelete
  4. UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

    ReplyDelete
  5. zila suka ni..kalau balik kg asben nenek selalu bg..tapi nenek selalu anyam jadi mcm tikar kopok nya..t zila apdet bila dpt lg

    ReplyDelete
  6. Bila tengok keropok ubi CM ni teringat masa kecik2 dulu Bonda selalu buat... tapi tak adalah berperisa seperti CM punya, dulu2 puya style bubuh garam aje he he ehh.

    ReplyDelete
  7. Selalu beli kat R&R kalau pergi Perak.

    ReplyDelete
  8. Salam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

    ReplyDelete
  9. masa kecik2 dulu mak selalu buat keropok ni sbb mak mmg ada tanam ubi kayu dulu. seronok sgt masa tu buat keropok sendiri. rasa mcm nak buat pulak :)

    ReplyDelete
  10. aduh kak nahh... terliur terus tgk keropok ubi tu..
    sy ada simpan beberapa resepi keropok/kerepek yg perlu jemur mcm tu.. tp nampaknya hajat tak mungkin tercapai sbb kat rumah mmg takde chan la nak menjemur.. dok umah apartment.. nasib badan.. hehehee..

    ReplyDelete
  11. Keropok Ubi ini tastenya masin, saya suka masin punya keropok, hehehe..Nampak rangguh sangat, kena cari satu hari try ini.

    ReplyDelete