Selamat petang:) makan kuih apa hari ini?
Memang unik nama kuih muih orang melayu :)..Contohnya...Cucur Badak,Badak Berendam,Kuih Anak Dara Dua Sebilik,Kuih Ketayap,Kuih Tahi Itik,Kuih Belebab,Kuih Seri Muka dan banyak lagi .......Ada sesiapa yang boleh beritahu nama kuih yang paling ganas?hehe..Kuih Lompat Tikam:)...
Bahan-bahannya:
500 gm keledek.
1-1 1 /2 cawan tepung gandum.
2 tbsp tepung kanji.
Cara-caranya.
Keledek di kupas kulitnya dan di rebus dengan sedikit garam hingga empuk.
Kemudian lenyek hingga hancur.
Masukkan tepung kanji dan gaul hingga sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga dapat dibentukkan bulat-bulat
Leperkan doh dan masukkan inti kelapa,
Tutup kemas-kemas agar tidak terkeluar semasa menggorengnya nanti.
Goreng dengan minyak yang banyak dengan menggunakan api yang sederhana agar kuih masak dengan cantik dan sekata.
Untuk resepi Intinya sila KESINI.
Kan. . Kan. . Pelik2 nama kuih kita ni. Tu yg buat ianya istimewa. Mcm kuih cucuq badak ni, nama ja badak. Tp x da kena mengena pun dgn badak. . Heeee. . CM, sue pun suka klu intinya pedas. Baru la mengancam gitu. . Ngeeee
ReplyDeleteSukanya makan kuih cucur badak, suka sangat intinya... pernah sekali tu buat, tak puas makan inti....cicah lagi dengan lebihan intinya!
ReplyDeletesalam kenal
ReplyDeletememang sedap cucur badak, tak cukup dua tiga ketul ni
selalu jgak beli tp kan alahai kecik comelll sgt sekali ngap je hu hu
tentu lg best wat sendiri leh makan banyak2
nak c/p resepi ni mana tau rajin nanti nak cuba sendiri ye tqqq
yum! actually why badak? betul2 anih nama kuih itu. Kuih tahi itik? apa pulak?., rupa macam tahi itik kah? hahaha! your kuih looks very good, lena sekarang angkat 3 biji dulu, ya?
ReplyDeleteOmg..this is my fav. Especially when it's made spicy...hungry hungry!!!
ReplyDelete