Bahan-bahan untuk roti Jala:
2 cawan tepung gandum.
2 cawan air
secubit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya:
Masukkan semuanya kedalam blender dan blend hingga sebati kemudian tapis dengan penapis agar tiada terdapat ketulan yang akan tersekat pada lubang acuannya nanti. Perapkan selama 1/2 jam.Tuangkan kedalan acuan roti jala dan kirai keatas kuali non stick.Guna api yang perlahan.bila masak boleh digulung atau lipat mengikut selera masing-masing.
Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
1 cawan isi durian.
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula melaka secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing.
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk dan masak hingga mendidih.Siap untuk dihidangkan.
Boleh juga dimakan bersama rendang atau kari ayam & daging.
**Resepi asal untuk roti jala boleh didapati kat blog ika...terima kasih ika pastinya cm akan merindui ika:(
Salam cm,kuah durian makan dengan pulut atau roti pun sedappp......
ReplyDeleteSalam bertandang
ReplyDeletesementara menunggu
perlawanan bola
terhebat 2010
Spain VS germany
sedapnyaaaa...nakkkk?
salam kak...
ReplyDeletedatang pepagi nih sbb dah bau doyannn! mintak sket lah! nak wat sarapan! huhuhuuuu... arini pikir nk pose, terlajak sahur plak! tak jadi nk tahan diri sbb perot kosong! (alasan jerk la tuh kan! :D)
Uish roti jala!!! Kuah Durian, never had this b4...yummmm! :D
ReplyDeletethank youuu...seronok I. Memang hubby nak makan roti jala hari ni + kuah durian.
ReplyDeletesodapnyerr.. ehehe
ReplyDeletesalam cm..semlm gi ke putrajaya.sesat barat..pastu msk ke taman perumah mcm kamu duduk skrg ni..best ek tgk suasana tpt cam tu..tak ada pagar..
ReplyDeletelama dah tak menjala di daratan...tggu anak dara balik barulah buat.nak bagi dia makan cedap-cedap
Salam makcik..saya pernah makan roti jala sama kari saje, pasti sedap sangat dengan kuah durian tu. Kemarin masak rendang daging, masih ada leftover hehe.
ReplyDeletewsalam zai..kita memang suka sangat makan dengan pulut tapi hari ni buat roti jala atas permintaan anak anak
ReplyDeletesalam zul..terima kasih...Jerman dah kalah ya:)
ReplyDeletewsalam hana..terlajak?hehe lain kali kena kunci jam loceng yang bunyi kringgggg tu ya:)
ReplyDeleteHi my Love:)..cuba lah kuah durian ni yummy love:)
ReplyDeletesama-sama fa..cubalah rasa kelainan.Selalunya cm cicah kari tapi kali ni nak tukar selera:)
ReplyDeletesalam me..jemput makan:)
ReplyDeletewsalam Ina..akak baru baca n3 ina tentang sesat kat putrajaya,jika tak biasa kat sini memang akan sesat.Rumah cm kat kawasan rumah pm tu.Seronok tinggal di putrajaya ni tapi rumah kerajaan ..bila pencen bye bye la.
ReplyDeletesalam Sejahtera Tummy..sebenarnya Roti jala & kuah durian ni untuk juadah berbuka puasa.Makcik suka berbuka puasa dengan makanan manis.selepas berbuka,solat dan last sekali baru makan sedikit nasi.
ReplyDeletesalam cikmanggis..sowii aar doc mai melawat tgh malam2 nuta nih sbb x tahan tgk roti jala tuh! hrp2 doc tak bawa flu virus kt sini..wakaka!!
ReplyDeletewsalam inahar..kerja malam ke?boleh jalan-jalan ya:) kita malam malam tadi letih..lepas isyak je zzzzz
ReplyDelete