LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, July 9, 2010

Masak Lemak Putih Jantung Pisang & Ikan Goreng



Salam& Selamat sejahtera.Dah lama tak balik kampung rindu nak makan masakan ibu ku.Simple but soo sedap:).Semasa ke pasar tadi beli jantung pisang untuk   masak lemak jantung pisang.Masakan ori ibu ku.Tak sabar nak tunggu hari selasa.kami berempat nak balik ke Kota Bharu....nak balik makan sepuas-puasnya...nasi kerabu,ayam percik,nasi dagang.......dan nak ke Pasar Siti Khadijah nak beli batik,nak beli tudung...nak beli semua hehe pengsan lah Boss kali ni:)........

Jantung pisang dihiris nipis.

Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang-potong nipis dan direbus sekejap&toskan.
3 ulas bawang merah.
4 ekor ikan selayang rebus-saiz kecil
1 tsp lada hitam
1/2 cawan santan pekat.(jika suka lemak tambahkan santan)
2 cawan air
garam
sedikit gula(jika tak suka manis abaikan)
1 biji cili merah-potong bulat.
Cara-caranya:
  • Tumbuk bawang merah,lada hitam dan ikan rebus sampai hancur.
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk.
  • Masak hingga mendidih.Rasakan masin dan manisnya.Siap:)


Ikan Goreng Dengan Rempah Kari
Bahan-bahannya:
5 ekor ikan kembung-cuci bersih dan kelar-kelarkan.
1 tsp serbuk kunyit.
1 tbsp rempah kari ikan.
1 tsp garam halus.
2 tangkai daun kari.
Cara-caranya:
  • Perapkan ikan dengan serbuk kari,garam dan serbuk kunyit selama 10 minit.
  • Taburkan dengan sedikit tepung gandum.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan hingga perang atau garing.Angkat dan ketepikan.
  • gorengkan daun kari dan taburkan keatas ikan.Siap:)

Akhir sekali jangan lupa sambal Belacan atau budu ya pelengkap hehe(budu ni hanya hiasan tau sebab dah expired)

18 comments:

  1. aduih!!! sedapnya budu tu...

    mmg begini lah biasanya makanan org dulu2. menengok gambarnya saja pun dah pecah selera...

    p/s- baru lepas makan masak lemak kuning tulang lembu! :)

    ReplyDelete
  2. Nabi s.a.w. bersabda; "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam Syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya." - Riwayat Ahmad
    selamat berhari jumaat al-mubarak

    ReplyDelete
  3. wahhh kak CM...ade budu..letak tempoyak dlm tu pon sodapppp...laaa, dh xpired k? keh3

    ReplyDelete
  4. kakakkk.. macam nak pingsan tgk menu2 yang nihh! rasa cam nk terjun katil! huwaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  5. salam cm
    bakpolah interframe masakan yg begitu marbeles nieh...ado budu plak tuh..cedapnya..masakan yg blh membuatkan ku pakai nasi x ingat donia..huwaaaaaaaaa...bnyak nak borong tuh...pre raya ker?hhiihihhihi

    ReplyDelete
  6. salam pie..yang ni boleh makan ya:)..alamak masak lemak kuning tulang?sedapnya tu boleh makan berpinggan-pinggan:)

    ReplyDelete
  7. salam Zulkbo..terima kasih atas peringatan..insyallah:)

    ReplyDelete
  8. salam Jun hehe dah expired pada tahun2009 kihkih.Kalau ada tempoyak boleh pengsan :)

    ReplyDelete
  9. salam hana..haha jangan terjun katil hana..turun perlahan-lahan takut darwis terjaga :)

    ReplyDelete
  10. salam Chemp..oo aloh..sedap seghoti chemp hehe.Dah lama tak balik kampung ni:)

    ReplyDelete
  11. makcik pulang kampung ye! Seronoknya! jantung pisang tu kegemaran saya :) Semalam saya masak masak lemak jugak tetapi dengan kacang buncis dan udang :)
    Berapa lama makcik akan berada di KB?

    ReplyDelete
  12. dear Tummy-hehe selasa sampai jumaat tak sabar ni:)kacang buncis dan udang?sedap tu..kacang panjang dengan udang pun sedap juga.

    ReplyDelete
  13. haishhh..meleleh air liur lagu nie...waa...tak sabar nk kelik kg...nak suh mok masok lagu nie jugoksss....pastue, make plop gn jeruk maman...waaaa...sedak wey~~~~~

    ReplyDelete
  14. salam,
    Wouuu ade menu kegemaran saya muncul di saat-saat akhir pergambaran menu tu (",)

    ReplyDelete
  15. salam che nik..ooo jeruk maman!!!terima kasih sb ingatkan cm..balik kb nak beli maman segar nak jeruk sendiri...tungguuuu hehe

    ReplyDelete
  16. salam zam..hehe jika tak ada budu tak lengkap makan:)

    ReplyDelete