LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, March 8, 2012

Bolu kukus Putih Telur.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat berpuasa Cm ucapkan kepada kawan kawan yang berpuasa sunat khamis hari ini.Semoga  ibadat puasa kita diterima oleh  Allah subhanahuwataala.Setelah mula berpuasa beberapa  hari dalam sebulan mulai beberapa bulan yang lalu badan terasa ringan dan kesakitan dibahagian lutut sudah mula berkurangan..Kita berpuasa dengan niat kerana Allah semata-mata tetapi apabila dapat kurangkan berat badan merupakan satu bonus..Alhamdulillah.....tak perlu keluarkan wang yang banyak untuk kuruskan badan:)

.Alhamdulillah.Terima kasih pada Prof Kamil......Jika kawan-kawan ada membaca blog Prof Kamil pastinya dapat jawapan kenapa Cm sangat berterima kasih kepada Prof Kamil dan Puan Roza.Mereka berdua adalah sumber inspirasi Cm untuk sentiasa  memperbaiki  kelemahan diri agar menjadi insan muslimah yang lebih baik.... ......Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga dengan rezeki dan kesihatan yang baik.....Amin.




Semasa singgah kat dapur kak wan dan Ibu Tio Cm tertarik dengan Bolu Kukus ini.Pertamanya kerana ianya hanya menggunakan putih telur (lebih sihat) dan di kukus.Sangat senang membuatnya.bila lihat lapisan warna warni ni lagi tertarik  kerana  menjadi daya tarikan pada anak-anak.Terima kasih pada Kak Wan dan Ibu Tio.

Bahan-bahannya:

A

500 gm putih telur.
1/2 tsp garam.
280 gm gula halus.
1/2 tbsp ovelette.

B.

250 gm tepung gandum.
1 tsp baking powder.
25 gm susu tepung.

C

80 gm butter-melted.
100 ml susu cair.

Sedikit pewarna hijau&perisa pandan.
sedikit pewarna merah & perisa strawberry,
sedikit pewarna kuning & perisa banana.
Cara-caranya:


  • Pukul A dengan kelajuan tinggi hingga kental.
  • Kemudian masukkan B dan C dan pukul perlahan-lahan sehingga sebati.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian. Warna merah & perisa strawberry,warna hijau dengan perisa pandan dan warna kuning dengan perisa pisang.
  • Panaskan pengukus dan kukus adunan warna merah selama selama 7-8 minit.kemudian lapiskan dengan warna hijau.Akhir sekali lapiskan dengan adunan warna kuning ,tutup dengan foil aluminium &.kukus selama 20 minit.  atau sehingga masak.
  • Apabila bolu  sejuk barulah  dipotong.

22 comments:

  1. assalam kak CM.. saya pun nak ucap terimakasih coz dari blog akak saya jumpa blog prof kamil dan pn roza.. melarat2 terus cari buku2 mereka..alhamdulillah.. banyak sangat saya belajar utk memperbaiki diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.sama-sama.kami (Cm & Suami) kenal blog prof Kamil dan pn Roza setelah membaca buku travelog haji.Kemudian buku travelog Cinta Abadi....Apabila membaca blog Prof Kamil..hati tersentuh...sukar untuk dituliskan disini...

      Delete
  2. Salam wah CM Bolu kukus...mmmm nampak gebu n cantik lapisannyer... CM nak juga join he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...anak lelaki bongsu Cm cakap bolu ni sedap.Cm hanya buat 1/2 adunan jadi hampir 1/2 dia dah makan .Jom makan yg 1/2 lg tu hehe.

      Delete
  3. assalammualaikum cik manggis...
    sedap sungguh bolu kukus ni...bla la dpt m'rasenye ye...
    izinkn utk sya copy resepi ye...tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..Cm belum rasa lagi..Insyallah lepas berbuka nanti nak makan:)Sila-sila...

      Delete
  4. Salam makcik yg dirindui ;-) maceh rindu kat kita patut ada bulu mata gugur ehehe... gebunyer! guna telo putih byk tuuuu, agak2 kalau lapis ngan jem mesti sedap kan makcik? :D harap2 makcik pun sihat2, mesti dah besar si mariam kan? rindu nk tgk gmbr dia, mesti makin comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..hehe bulu mata gugur?bulu mata je?kihkih...Si adik kata sedap..oh..maryam dah nak pandai berjalan..dah besar.

      Delete
  5. Salam, tengok warnanya pun dah tertarik, tentu rasanya sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...terpulang pada selera masing masing..jika suka boleh pilih warna-warna yang garang dan terang:)

      Delete
  6. salam CM...

    mmg menarik bolu kukus tu... warna yg ceria disamping bolu yg sihat tanpa kolesterol... boleh mkn tanpa rasa bersalah.. hehe....

    ReplyDelete
  7. kak CM.. sempat sy melawat blog Prof Kamil sekejap td.. tak sangka beliau yg akak kenalkan tu ialah penulis buku Travelog Haji yg sy sedang baca skrg ni.. syukur alhamdulillah... t.kasih kak CM sbb perkenalkan blog prof kat kami semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun kenal blog prof Kamil setelah membaca buku Travelog Haji.Pasni Madiha baca buku tulisan Pn Roza(isteri prof Kamil)pulak.Travelog Cinta Abadi..seronok..buat kita nostalgia masa kecik kecik dulu..ada persamaan dengan kehidupan Cm masa kanak kanak dulu:)

      Delete
  8. CM akak suka bolu macam ni tapi tangan ni susah sedikit main dengan putih telur anyway boleh masuk list

    ReplyDelete
  9. salam paty..sebenarnaya tak susah jika kita betul betul ikut aturannya.Pertamanya alat alat yang kita gunaka mesti kering dan tiada sedikit pun kesan minyak.Insyallah jadi...Paty cuba lah...

    ReplyDelete
  10. Salam, berwarna-warni bahulu cikmanggis, sedap tuu. Sila ke blog saya http://cooking-engineer.blogspot.com/ boleh share resipi. Be my follower as I follow you. Thanks.

    ReplyDelete
  11. salam cikmanggis cayang..woww gebussnye bolu nih..nk tryla nnti..tp nk kenen 2 potong dulu kt sini..hehe!

    ReplyDelete
  12. Assalam CM.... cantiknya warna bolu kukus tu, lembut menawan!

    ReplyDelete
  13. Salam Cm,
    Cantik nye bolu warna warni yang CM buat ni. Teringin pula bila tengok cantik macam ni.

    ReplyDelete
  14. selamat pagi kak, sungguh menarik nampaknya kek ini!looks so soft! semoga kak dan sekeluarga sihat sihat selalu!

    ReplyDelete
  15. Hi CM, guess you must be busy during this school holiday. Since you son is not going to school. You must have cook a lot. This cake looks awesome. Cucu pun datang makan bersama~ke? hehe... Enjoy your evening.
    Kristy

    ReplyDelete