Ini lah daun daun yang diperlukan untuk membuat telur pindang.
Bahannya:
telur ayam
Daun senduduk,
Daun mengkudu,
daun salam
daun kunyit.
Lengkuas-diketuk
Daun pandan
Daun lengkuas
daun serai wangi,
Kulit bawang
kicap manis
Ketumbar biji
Jintan manis
Jintan putih.
serai
1 ketul asam jawa.
Garam,
susunkan daun daun dan bahan bahannya yang diperlukan kedalam periuk baru susunkan telur diatasnya.
garam,kicap
Ketumbar,kulit bawang dan asam jawa
Ketumbar,jintan manis dan jintan putih dikisar kasar.Masukkan semua bahan bahan ini kedalam periuk dan tutup telur dengan daun daun yang selebihnya.Tuangkan kicap (1 cawan) dan garam(2 tbsp).masukkan air yang mencukupi dan rebus telur dengan api yang perlahan..opps jangan lupa asam jawa tu ya ...kena masukkan jugak .
.Malamnya Cm padamkan api dapur dan sambung merebus besoknya.Oleh kerana Telur 15 biji je jadi masa rebus tu tak lama.Jika 1000 biji telur kena lah rebus 3 hari 3 malam..hehe jadi hikayat 1001 malam nak rebus telur pindang ni hehe.
salam CM...zana pun peminat telur pindang nie..tp ya allah nak membuatnya makan masa, herba2nya pulak susah nak mencarinyakan! ada separuh resepi telur pindang nie taruh jintan, tp kat resepi CM nie x guna jintan ke?
ReplyDeleteKak CM,
ReplyDeleteTelur pindang ni is my favourite.Kakak nombor 3 saya rajin membuatnya bila saya balik Malaysia bercuti.Sayang dia kat saya...hehehehe...sebab banyak rasuah saya bagi kat dia..lol!
mmm akak nostalgia tu.. bukan semua blh wat tau.. terrer akak.. dulu2 masa kecil bila kenduri kawin kat kg JOhor mesti ader telur pindang.. skang susah nak jumpa... lagi hitam n retak lagi menyerap rempah tu ... gigih tu wat telur pindang...he he he
ReplyDeletewah sedapppp.. mak sedara sy di JB mmg expert wat telur pindang nie.. lg lama rebus lg terasa rempah2nyer dan lg hitam.. sy suka makan telur yg dh retak2.. terasa skit rempah2 nyer.. ekeke..
ReplyDeletecantiknya telur pindang CM....
ReplyDeletemas tak pernah buat lagi..he..he..
This is similar to Chinese herbal eggs which add a lot of herbs. Is this egg for wedding as well? Those egg given to the guest in a Malay wedding?
ReplyDeletekak, tak pernah mkn lagi la telur ni...byk juga daun2 dan bhn-bhn tu yer...mcm mana rasanya tu.
ReplyDeleteZana Sweet Rose..ya mmg cm bubuh jintan manis dan jintan putih.Kebetulan berhampiran dengan rumah Cm ni terdapat pokok mengkudu,pokok salam dan banyak pokok senduduk.Jadi tak lah susah sangat.Yang lain lain tu semua Cm tanam kat keliling rumah:)
ReplyDeleteShereen..haha wah rasuah ya:)kena report kat SPRM ni..beruntung ada kakak yang penyayang.
ReplyDeleteErma..sebenarnya nak testing.jika berjaya Cm nak buat untuk diberi pada tetamu yang datang pada majlis akad nikah Angah nanti:)
ReplyDeleteAzura Rahman..orang Johor ke?mmg terkenal di Johor.Cm pun suka yang retak.Rasa lebih sedap.
ReplyDeleteMas..cantik ke?hehe comot la Mas:)
ReplyDeletesonia..ya hampir sama dengan herbal eggs cuma herba yang agak berbeza.Betul tu Sonia.Telur pindang diberi kepada tetamu yang datang ke majlis kahwin:)dan ianya lebih tahan lama jika dibandingkan dengan telur rebus biasa.
ReplyDeleteNieza..rasanya orang utara tak berapa biasa dengan telur pindang ni.Rasanya susah nak diterangkan tapi ada bau ketumbar dan rasa lemak masin:)
ReplyDeletesaya kenal telur pindang ni sebulan sebelum arwah mak mertua saya meninggal. dia yg kenalkan pada saya. mula2 saya tak suka, tapi entah kenapa..lepas dia 'pergi' makanan ni jadi kegemaran saya pulak. hehe. rugi je...dulu dia rajin buat..tapi saya tak gemar...
ReplyDelete