LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 9, 2011

Ayam Panggang Kunyit

Salam dan selamat sejahtera.Masa kecik kecik dulu bonda Cm selalu masak Ayam Panggang Kunyit .Ayam kampung yang kami bela dan  bebas berkeliaran  di keliling rumah.Rasanya dulu-dulu  kami tak pernah makan ayam yang dibeli kat pasar.Telur pun tak pernah beli.Semuanya ambik dari reban.Perkara yang paling Cm takut sekali  apabila emak  suruh ambik telur dari reban. adalah takut dipatuk oleh ibu ayam yang sedang mengeram :) maklumlah dalam reban tu ada ayam yang sedang bertelur dan ada yang sedang mengeram....jika yang sedang mengeram tu sangat garang.....
Resepi  mak Cm sangat simple.Ayam hanya diperap dengan kunyit hidup yang ditumbuk dengan garam kasar,bakar atas bara api..wanginya bila lemak ayam menitis atas bara api...berasap asap dapur .Tapi kali ini Cm ubah suai sikit bahan-bahannya...tambah bahan-bahan rencahnya...

Cicah dengan cili sos,tomato sos dan mayonis.
Haa..lihatlah lesung batu cm ni..makin lama makin  dalam kerana usianya hampir  30 tahun.Ini adalah pemberian dari ibu mertuaku hehe.Thanks mama.Mari kita lihat apa bahan -bahan dalam lesung batu ni...

2 batang serai.
1 ketul kecik kunyit hidup.
3 ulas bawang putih.
1/2 tbsp serbuk cili.
1 ketul kiub ayam maggi.
1 inci halia.
2 tsp garam
Cara-caranya:
Tumbuk semua bahan -bahan tadi hingga lumat dan lumurkan pada ayam dan perap selama beberapa jam.Kemudian bakarlah/panggang hingga masak.

14 comments:

  1. wah sedapnya ayam panggang ni...sedap kalau dapat ratah gitu jer..hehe baguskan org dulu-dulu semua mkn ayam kg yg dibela mana ada injection....ayam sekarang semua kena injection tu yg tak bagus tu.

    ReplyDelete
  2. Kak CM,
    I dah berapa hari dah nak buat ayam panggang kunyit so that I can siat-siatkan isinya yang lebih to make mee sup..tapi malasnya sebab nanti nak jumpa orang,kena sorok tangan...hehehe.I benci nak guna sudu ke or sarung tangan plastic to lumurkan rempah kat badan ayam tu..rasa macam tak puas pulak.
    I ni budak kampung..mak dulu pelihara ayam,itik,angsa,kambing etc.Tapi,I paling takut ayam..bila namapak dekat saja,i will mencecet lari!Like satu i takut ialah kodok...and cicak!!

    ReplyDelete
  3. sedapnya ayam tu...
    mas suka bakar peha dan kepak ayam..sedappp..

    ReplyDelete
  4. salam Nieza.Btol tu ayam kg lebih sihat dan kurang lemak sb kuat exercise kuat berlari hehe

    ReplyDelete
  5. Shereen..haha betul tu tangan Cm masih kuning ni tambahan lagi bila guna kunyit fresh.

    cm takut Angsa sb masa kecik kecik dulu selalu kena kejar angsa jiran.Pernah kepala angsa sampai dalam kain .eh sama la .keluarga Cm pun ada kambing,lembu dan itik:)siap dapat perah susu kambing sendiri dan pernah kena tendang oleh kambing hihi.

    ReplyDelete
  6. Mmmm...sedapnya. Kunyit yang kami tanam mungkin sikit je isi tapi ada daun kalau nak buat rendang.

    ReplyDelete
  7. mmmm sedap.. segar bila guna bahan2 segarni.. ratah2 sedap tu he he he

    ReplyDelete
  8. healthy food aka diet food. main2 panggang je kan. kurang minyak kurang cholesterol.

    ReplyDelete
  9. Resepi yang menarik. terima kasih bekongsi, boleh cuba ni.. bahan2 pun senang nak dapat.


    zu
    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  10. Malay kadazan girl..dapat makan daun kunyit pun ok la:)selalunya bila tanam kunyit isinya sangat kecil.

    ReplyDelete
  11. halamanku..salam Erma:)mmg anak anak ratah je ni..cicah mayonis

    ReplyDelete
  12. Sre Shaziela..betul-betul..jimat minyak dan sihat:)

    ReplyDelete
  13. bobhandburry...jika tak ada bahan bahan lain kunyit dan garam pun dah cukup

    ReplyDelete