LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 9, 2011

Botok Botok Ikan tenggiri

Berselera betul makan tengahari tadi :)makan nasi panas dengan botok botok ikan tenggiri.Pagi pagi lagi Cm ke pasar Borong puchong kerana nak cari ikan tenggiri yang segar dan cantik untuk masak botok botok.Akhirnya Cm beli seekor ikan tenggiri dengan harga 29 rm se ekor.(14.50 rm per kg).Sepatutnya dalam resepi botok botok ni cm bubuh banyak pucuk pucuk herba tetapi memandangkan anak lelaki kecik Cm tak suka ada sebarang bentuk sayuran jadi terpaksa lah di abaikan bahan bahan tersebut.
Bahan-bahannya:
5 keping ikan tenggiri-buang tulangnya dan potong kiub sebesar ibu jari.
5 biji cili kering.
6 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 inci halia
1 inci kunyit hidup.
1 inci lengkuas.
2  batang serai.
garam dan gula secukup rasa.
1 tsp lada hitam-tumbuk kasar.
1 biji telur
1 biji kelapa parut
1 helai daun kunyit-potong kecil-kisar
Cara-caranya:
  • Kisar semua bahan bahan di atas hingga lumat kecuali ikan dan telur.
  • Kemudian masukkan potongan ikan dan gaul rata.
  • Masukkan telur kacau rata  dan rasakan garam dan gula nya agar seimbang.
  • Balutkan dengan daun pisang dan sematkan dgn lidi agar ianya kemas dan tidak terburai semasa mengukusnya nanti.
  • Kukus hingga masak.Siap:)

24 comments:

  1. Assalammualaikum harap sihat ye k.manggis..lama dah terigin nak makan botok2 ni..tp x terbuat...tq resepi. sungguh menyelerakan ...

    ReplyDelete
  2. sedappnya botok2..
    lama dah mas tak makan...

    ReplyDelete
  3. sedapnya CM botok2 ikan tenggiri tu... dah lama benor tak buat ni.. seingat sy masa anak dara dulu penah buat.. mcm2 daun herba campur dlm tu termasuk daun mengkudu.. hehe.. hasilnya mmg sedaplah.. tp kalau yg tak suka ulaman tu mmg kurang sukalah kot.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Memula buat botok botok, habih tu pi cucuk botox pulak no....:))

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya CM....lama tak mkn...sure mkn nasi bertambah-tambah ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Alahai cikmanggis, dah lama nak cari resipi ni! First time rase botok2 ni kat Muar tahun lepas, jatuh cinta terus, pegi lagi sekali takde pulak...Suka sangat bende ni makan ngan nasik panas2 tak payah lauk lain tapi ade pucuk2 herba dia lagi sedap hingga tak terkata! Nak tau jugak ape pucuk herba yg dia orang letak tu, selain dari pucuk ubi cikmanggis?

    ReplyDelete
  7. aduhai sedapnyer kakkk... biasa klu balik umah MIL baru dpt makan... tapi MIL buh macam2 daun... kiter pandai makan tapi anak dier (hubby la tuh) tak gheti makan! hahahaha

    ReplyDelete
  8. salam kak cm
    dah lama ilah cari resepi ini.. pernah ilah minta CMG buatkan 1 resepi ni tapi belum seru agaknya..
    t.kasih krn kak dah capaikan hasrat ilah.. pestime makan masa baru kawen kak long yaakob yg masakan... pastu tak mkn dah.. buat sendiri tak jadi...tak sedappp hehe

    ReplyDelete
  9. Saya semenjak bertemu CikManggis dalam blogging world ni teruja nak cuba macam-macam masakan. Hubby jadi mangsa tiba-tiba kena pergi supermarket sebab barang tak cukup. Tapi dia tak kisah kalau makin rajin masak kat dapur;-). Tapi hari ni hubby masak mee maggi segera untuk saya.

    ReplyDelete
  10. Salam CM cayang. Waduh2, kalau dpt ni tuk dinner mlm ni kan best tp ikan tenggiri lak xda.

    ReplyDelete
  11. salam makcik,
    Wouuuuuuuuu sedapnyeeeee, saya suka sangat makanan macam niiiiii

    ReplyDelete
  12. Sheila shafea..alhamdulillah sihat.terima kasih.Ini merupakan makanan orang dulu dulu

    ReplyDelete
  13. Madiha..eh lama tu..kita orang dewasa mmg suka jika banyak pucuk pucuk herba tetapi anak anak tak suka.

    ReplyDelete
  14. makcikantin..botok botok sedap tapi jangan botox..bahayo:)

    ReplyDelete
  15. Nieza..hehe tambah nasi maknanya tambah kg:)

    ReplyDelete
  16. p3chandan..mmg penambah selera ni.Selalunya Cm masukkan daun kaduk,pucuk ubi,daun kunyit,daun cekur,daun mengkudu dan daun kesom:)

    ReplyDelete
  17. hana.. cm pun suka makan daun daun tu..embeekkk hehe

    ReplyDelete
  18. ilahjy..ooo lama tu..nnt boleh cuba resepi ni:)

    ReplyDelete
  19. Malay Kadazan girl..hehe mesti hubby Diana marah Cm ni:)cm punya pasal la ni hihi...Jika buat dengan penuh kasih sayang masak mee maggi pun rasa seperti mee bandung kan ;)

    ReplyDelete
  20. Salam Along..hehe mai ambik ikan kat dapur Cm ada 1/2 ekor lagi ni:)

    ReplyDelete
  21. CikguZam..hehe ini selera kampung mmg sedap:)

    ReplyDelete
  22. salam buat CM.. botok2.. teringat zaman kecil2 dulu pernah makan, dah tua ni tak pernah jumpa dan baru ni nampak balik... dah tak ingat camna rasanya.

    ReplyDelete
  23. tima kasih cikmanggis bagitau pucuk2 yg nak campur sekali dalam botok2 tu...satu hari nak cuba jugak!

    ReplyDelete