LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 5, 2010

Matcha Chiffon Cake

Salam dan selamat sejahtera.Pertamanya nak ucapkan happy diwali to all kawan kawan yang beragama hindu   terutama teman setia Cm Love...dengan pertanyaan..banyak ke buat muruku? hehe....teringin nak makan Muruku la pulak:)..semoga bergembira bersama keluarga tersayang.

Petang ni cm buat kek chiffon resepi dari blog Hana.Dah lama nak cuba resepi tu baru hari ini tertunailah hasrat dihati(teringat kat Ina Kl) Alhamdulillah hasilnya ok sebab ini percubaan yang pertama.Terima kasih buat Hana.Minta maaf sebab "menderhaka" sikit tapi bukan sengaja..tak perasan:).Cm sapu sedikit minyak jagung pada loyang kek dan tabur dengan sedikit tepung. Jadi sebaik saja  kek tu masak cm tonggengkan loyang seperti yang Hana cakap tiba tiba kek tu menggelungsur keluar hehe ..tak sempat nak tunggu sejuk:)
Cuba lihat dikeliling kek tu licin je tak nampak Spongenya hehe.Jom kita lihat resepinya :)..minta izin nak C & Paste dari blog Hana.Terima kasih Mama Darwish:)
Bahan-bahannya:
Bahan A
  • 2 biji kuning telur
  • 40g tepung naik sendiri
  • 20g gula
  • 20ml minyak jagung@minyak masak
  • 30ml susu segar
  • 1 sudu makan green tea powder@serbuk matcha
Bahan B
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 sk tartar
  • 50g gula

Cara-caranya:)
  • Panaskan oven suhu 175darjah.
  • Satukan tepung dan serbuk matcha. Gaul rata dan ayak.
  • Dalam mangkuk, kuning telur dan gula kacau menggunakan whisk sehingga gula larut. Masukkan bahan yang di ayak, kemudian susu dan akhir skali minyak. Ketepikan.
  • Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga kembang dan meringue@soft peak (diterbalikkan tak jatuh!).
  • Ambil setengah putih telur dan kaup balikkan menggunakan spatula ke dalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk putih telur yang berbaki tadi. Kaup balik lagi hingga sebati. Jangan over mix yer! Adunan akan kelihatan lumpy dan nampak seolah berketul2.
  • Tuang ke dalam loyang chiffon. Loyang tak perlu dilengser dengan minyak! agar kek dapat `memegang` loyang tersebut semasa proses mengembang.
  • Bakar selama 30min atau hingga masak.
  • Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
  • Sedia dihidang.


Matcha Chiffon Cake ni digandingkan  dengan sejenis minuman herba China yang dikenali sebagai Lok Mei.....minuman kegemaran suami Cm ni:).ianya dimasak/rebus dengan menggunakan gula batu yang berwarna perang.
Jemput minum kawan-kawan...aaahhhh bau serbuk green tea dan bau minuman herba ni...nyaman:)...gandingan yang ..sungguh serasi.....

***Note-  untuk kek bersaiz besar seperti diatas cm buat 3 adunan.

8 comments:

  1. bangun bangun tdo terus masuk dapur akak.. terbau2 matcha tuh.. sedapnyerrr... tima kasih kak idangkan kite ngan teh cina tuh..wallahhh segerrrrr.. *opsss! bukan ke mama lom gosok gigi td? darwish berkata2.. kekekekeke

    ReplyDelete
  2. Hana..haha eh tak apa petua awet muda tu..jangan gosok gigi dulu..makan dulu hihi

    ReplyDelete
  3. sodappnyerr green tea teww makk.. uhuhu

    ReplyDelete
  4. Hi, Tak sangka kak dan keluarga juga suka minum 'lok mei' ni. Ini ialah kegamaranku dan ibu saya kata jika minum ini kerap, kulit akan menjadi putih dan licin :) tak tau betul ke tak ni. haha

    ReplyDelete
  5. Weng..Thank you for stopping by.

    Mungkin ada kebenarannya tapi mesti minum sejak dari kecil lagi hehe.Makcikmanggis dah terlewat minum lok mei ni sebab tu kulit sawo matang(hitam manis )hihi

    ReplyDelete