LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, November 6, 2010

Mua Chee

Salam dan selamat sejahtera.Semasa Cm tinggal di Setapak Kuala Lumpur dulu    kami selalu ke Pasar Malam Setapak Garden kerana terdapat gerai yang menjual bahan-bahan jahitan.Sebut je apa bahannya semuanya ada.Terdapat ramai peniaga dari keturunan cina termasuklah gerai menjual kuih muih cina.Cm selalu perhatikan kuih muihnya yang bermacam jenis .Salah satu kuihnya adalah Mua Chee.Suka sangat melihat cara peniaga kuih tu menggunting mua chee dan menggaulkan dengan bijan,kacang tumbuk dan gula.baunya sungguh wangi.Nyonya tu pun naik hairan melihat Cm tercegak memerhatikannya...hehe

Beberapa hari yang lepas Cm visited blog Weng-I Heart My Bakes dan terjumpa dengan kuih Mua Chee ni.Wah   sungguh senang membuatnya.:)dan kosnya sangat murah....cara membuatnya senang,kosnya sangat murah dan sedap.....apa lagi jom kita buat:)..Cm ikut resepi Lily,s Wai sek Hong  .thanks to aunty lily:) dan terima kasih pada Weng kerana sudi berkongsi resepi.

Bahan-bahannya.
1 cawan tepung pulut.
1 tsp gula pasir.
2 tbsp santan pekat(cm guna santan kara)
1 tbsp minyak masak.
150 ml air.

2 tbsp minyak goreng bawang(goreng awang merah hingga garing dan ambil minyaknya)

Bahan-bahan untuk disalut(coating)
1/2 cawan kacang tanah-panggang dan kisar  kasar.
1/4 cawan gula pasir
1 tsp bijan panggang(cm letak 1 tbsp bijan)

Cara-caranya:
Campurkan tepung pulut,santan,gula,minyak masak dan air.Kacau hingga rata.guna bekas yang boleh digunakan untuk microwave.Masukkan dalam microwave dan masak selama 1 minit dengan suhu tinggi(high).Keluarkan dan kacau -kacaukan .Masukkan kembali kedalam microwave selama 1 minit lagi dengan suhu tinggi ( high.)
Akhirnya keluarkan adunan yang sudah masak dan gaul dengan minyak goreng bawang.Biarkan sejuk baru di salut  dengan kacang tanah,bijan dan gula.Kemudian gunting mengikut saiz yang disukai.

Selamat mencuba:)

14 comments:

  1. salam..
    ermmm...tak pernah jumpa
    dan mkan resepi nih,nak cuba...?

    ReplyDelete
  2. salam cm..makcik tak pernah tenguk dan makan kuih ni..ala kita dikelantan mana nak tenguk kan..
    nampaknya mudah je ,boleh cuba tu..tq

    ReplyDelete
  3. nyamfahhlar mak nih tunjuk gambar makannan sedap .. uhuhu

    ReplyDelete
  4. wsalam.Cm pun baru tahu namanya.Dulu tengok rupa je:)

    ReplyDelete
  5. kak yam..wsalam..hehe rasanya ni ladu cina kot.

    Kak yam nak biat permintaan ni..kak yam ada resepi baut ladu tak?jika ada sudilah kiranya berkongsi resepi tu dgn cm:)

    ReplyDelete
  6. x penah makan.. unik. sedap ni...

    t dh private blog.. kalau boleh nk emel add cm... nk invite baca blog t.. tq

    ruziawatibukhari@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. T..terima kasih.Ini emel cm sapinahsan @gmail.com

    ReplyDelete
  8. emmm... x prnh dengar tp klu baca pd resepi tu mmg x ssh nk buatnya. maybe next time blh cuba. thanks sbb kongsi resepi ni.

    ReplyDelete
  9. Salam CM. Mmm, kuih ni one of my favourites! Tapi saya suka yang bentuk macam bola, intinya kat dalam. Tapi bila dah baca post CM, teringin nak try cara ni juga :)

    ReplyDelete
  10. sedapnyer.. dl penah mkn time p penang .. lani xpat dah coz xtau camner nak wat..nie pon be jmpa resepi kat cni thanks ...

    ReplyDelete
  11. moklong..buleh cuba moklong:)ni kira cam ladu versi chinese

    ReplyDelete
  12. Shaz..eh yang Shaz cakap tu kuih bom ke?hehe yang ni raya liat liat sikit.Anak anak cm suka walaupun 1st time buat:)

    ReplyDelete
  13. Nurul...rasanya memang terkenal kat Penang kuih ni.Boleh cuba buat sendiri guna micro oven.lagi cepat

    ReplyDelete