LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, October 2, 2012

Jeruk Betik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selagi tak habis 4 biji betik pemberian kawan Cm hari tu ,selagi tu lah menu dapur Cm berkaitan dengan betik hehe...Semalam Masak Lemak Betik Dengan Udang,hari ini pulak Betik Jeruk,esok Somtam,lusa Betik Masak Bening,tulat Kerabu Betik ...esok esoknya..semua orang pening mabuk betik hihi....


Bahan-bahannya:

1/2 biji betik yang mengkal.-hiris nipis.
1/3 tsp kapur masakan.
1/3 cawan cuka.
2 tbsp garam.
7-8 biji cili padi.
1/2 cawan gula pasir.
Air secukupnya untuk merendan hirisan buah betik.

Cara-caranya:


  • Betik di hiris nipis dan dibersihkan-toskan.
  • Masukkan betik dalam mangkuk yang sesuai.Larutkan kapur dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam bekas betik tadi.
  • Masukkan garam dan kacau hingga sebati.Tuangkan air ke dalam mangkuk agak-agak tenggelamkan hirisan betik,.
  • Simpan dalam peti sejuk beberapa jam.(Cm letak dlm peti ais disebelah malam dan pagi-pagi lagi dah dikeluarkan)
  • Cucikan hirisan betik sehingga bersih dan toskan.
  • Gaulkan dengan gula dan cuka hingga rata.
  • Masukkan kedalam balang yang sesuai bersama-sama cili api dan perapkan beberapa jam.Simpan dalam peti sejuk.Insyallah terhasilnya jeruk betik yang ranggup:)


13 comments:

  1. saya suke beli kat kedai jeruk betik pedas ni..
    heheh, dh kecur liur nitau!
    pasni nk try buatlah..
    tqvm share resipi ni yer cik manggis.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika rasa pahit pahit mulut boleh lah makan jeruk ni dan pada sape sape yang mengidam..sedap gak ni hehe.

      Delete
  2. Aduhhh.. semakin kecur air liur dengan jeruk betik CM ni pulak... bak mai sepiring untuk akak CM :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ..boleh boleh dua piring pun boleh:)

      Delete
  3. Waduhh sedapnyeee....Salam kenal:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal..terima kasih sebab sudi singgah dan tinggal jejak.

      Delete
  4. Salam makcik manis!! kita nak halwaaaaaaa!!! jeruk2 kita dah tak makan sgt nak jaga usus dah nipis dah ni ehehe... pastu kan kalau mkn jeruk gini terus teserdak kat idung ehehe.. betul tu selagi bhn2 utama betik tu ada, variasikan ajerr lerrr jgn org kat rumah jemu pulak ya ehehe.. masak tumis betik pun sedappp :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai adik manis..hehe mmg betul jika tersedak terus ke hidung hihi...eh lupa masak tumis mmg sedap:)..terima kasih sb tolong ingatkan.

      Delete
  5. tengok air liur pun sudah nak keluar, hehehe..

    ReplyDelete
  6. ERMmmmmmmmmmmm..sedapnyerr...buat som tam plak kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe somtam dalam list tu sebelum betik tu masak:)

      Delete
  7. Terkeluar air liur hehehe....
    Aqeel apa khabar sekarang? Kenapa kena bedah?

    ReplyDelete