LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, November 29, 2014

Kuih Angku Keledek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Wahhh lamanya CikManggis tak masuk dapur mayanya....dah berhabuk ...maaf lah pada pengunjung setia dapur Cm ni   ...Terima kasih banyak banyak atas sokongan.Sebenarnya Cm telah berpindah  dari Putrajaya ke rumah sendiri di Negeri Sembilan .Dalam masa sebelum dan selepas berpindah Cm agak sibuk tetapi Cm ada update kat Instagram apa yang berlaku di dapur Cm :)

Ok lah nak cakap pasal kuih kat atas ni ya..kuih Angku , kuih kegemaran suami tersayang.Sudah beberapa kali Cm letak resipinya tetapi kali ini Cm guna keledek kuning sebagai pewarnanya.Insyallah Cm cuba sedaya yang boleh untuk tidak menggunakan pewarna tiruan dalam masakan .

Bahan-bahannya:

Kulit.


200 gm tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
100 gm keledek kuning yang di rebus dan di lenyek halus.
1 tbsp gula pasir.
100ml santan pekat.

Inti

150 gm kacang hijau tanpa kulit-ada jual di kedai.
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.

Daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:

Inti


  • Rendam kacang hijau selama 4 jam dan toskan .
  • Kukus sehingga empuk.
  • Kisar menggunakan food processor sehingga halus.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat.masukkan gula dan kacang hijau yang telah dikisar dan masak dengan api perlahan  sehingga dapat di bentuk bulat bulat lebih kurang 13 gm setiap satu.
  Kulit.

  • Satukan semua bahan-bahan untuk kulit dalam bekas yang sesuai.
  • Uli sehingga sebati dan lembut.Jika nampak agak keras renjiskan sedikit air.
  • Bentukkan menjadi bebola kecil seberat 25gm setiap satu.
  • Isikan inti dan tutup dengan kemas.
  • Masukkan kedalam acuan angku ,tekan agar terhasil corak untuk kuih angku.
  • Ketuk perlahan-lahan acuan angku ke atas daun pisang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  • Kukus sehingga masak.
  • Sapukan dengan sedikit minyak.
  • Sedia untuk di hidangkan.
Kali ini Cm tak sempat nak frozenkan kuih Angku ni.Sekejap je dah lesap.Jika masak banyak Cm simpan dalam freezer.Jika nak makan keluarkan 20 minit lebih awal  dan kukus sekali lagi...ok selamat mencuba ya :)

13 comments:

  1. Lama cm tak update blog tapi aktif kat insta.

    ReplyDelete
  2. Salam zai

    Ya masih blom siap siap lg kemas.Nk update blog kena ngadap komputer.Tk sempat tp instagram guna hp je hehe.Terima kadih zai sudi singgah ke dapur Cm ni.

    ReplyDelete
  3. salam makcik...dah lama x nampak makcik update...boleh sya tau apa IG makcik..sya nak folow...rindu nak tgk makcik update resepi2 makcik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.Id mak cik Makcikmanggis

      Delete
  4. cikmanggis..acuan angkoo ni dah bertshun nekcik bli tapi tsk prrnah guna lagi...mcm nak buek rasonyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buek la nekcik.Sonang jo.Buek la insyallah jd.Cuti cuti ni nekcik tk pi mana mana ke

      Delete
  5. nampak sedap kuih ni... jarang masyarakat melayu yang buat .. biasanya kaum cina yg memonopoli teknik pembuatan dan juga teknik memakan angkoo ni.. heheh

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrt wbt,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

    ReplyDelete
  7. assalam makcik...teringin benar sya nak mmbuat kuih ni..tapi sya x tahu kat mna nak dapatkan acuannya..dah byk kali sya tgk makcik post resepi kuih ni,,nampak sgt menarik..kat penang ada byk jual,tp sayangnya x halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh di dapati di pasaraya dan kedai menjual bahan bahan kek ...yummy bakery bangi..bake with yan kl...dan byk lg.Try cari ya

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam Cik Manggis, saya Tasha. Mcm mana nak hubungi CiK Manggis? Boleh tak whassap / sms saya 010-2211612. Saya nak explain kalau sudi nak di interview untuk tv program. TQ

    ReplyDelete
  10. Nak order boleh x?
    Susah nk dpt yg halal area bangi ni. De jual pn pasar cine. Klau wat biz leh order ��

    ReplyDelete