LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 10, 2014

Kuih Lompang Pandan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu lagi resipi kuih yang menggunakan pewarna hijau dari daun pandan dan daun suji @ pandan serani.Kombinasi dua jenis daun pandan ini menghasilkan warna hijau yang sungguh menarik.Tidak perlu menggunaka pewarna tiruan yang tidak baik untuk kesihatan.

Untuk pewarna merah Cm pernah gunakan warna merah dari buah naga dan ubi bit.Satu lagi alternatif pilihan agar kurangkan pewarna tiruan.Warna biru pula dari bunga Telang.Warna kuning boleh guna serbuk kunyit.


Ok lah...jom kita lihat resipi kuih Lompang Pandan ni ya. Ada kawan-kawan yang cakap kadang kala kuih lompang yang mereka masak  tiada lesung pipit....Rasanya jika resipi yang betul dan cara-cara mengukus yang betul Insyallah lesung pipit akan timbul .

Lompang Pandan.


Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung beras.
3/4 cawan gula halus.
2 cawan air.
5 helai daun pandan.
5 helai daun suji @ pandan serani.
1 tsp air kapur.
1 tbsp tepung jagung.
Kelapa parut putih.
Secubit garam.

Cara-caranya:


  • Kisar kedua-dua jenis daun pandan dengan 2 cawan air.Tapis.
  • Satukan air pandan,tepung gandum,gula,tepung jagung  dan air kapur.Kacau sehuingga sebati.tapis.
  • Panaskan pengukus dan kukus acuan lompang sekejap.Jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak masak agar senang untuk keluarkan kuih nanti.
  • Masukkan adunan ke dalam jag dan tuangkan ke dalam acuan sehingga hampir penuh.
  • Kukus selama 15-20 minit sehingga "lesung pipit" terbentuk 
  • Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan.
  • Kukus kelapa parut sekejap dan gaulkan dengan sedikit garam.
  • Hidang kuih lompang dengan kelapa parut.

10 comments:

  1. Tengok kuih lompang cm teringin nak makan. Cantik dan kemas buatannya.

    ReplyDelete
  2. Cantik lesung pipit kuih lompangnya :)

    ReplyDelete
  3. How are you CM ! Life been pretty hectic over here but glad still manage to visit around once awhile. Love your kuih lompang especially the colour. Super gorgeous ! Hope you're having a lovely evening.
    Blessings, Kristy

    ReplyDelete
  4. masyaallah sedapnya CM..insyallah akan berusaha untuk membuatnya..manalah acuan si lompang nii...lama benor tersimpan

    ReplyDelete
  5. mohon halal yan ambik resepinya...salam kenal dari silent reader..tapi sekarang dah tak silent lagi..hehe..

    iryantyahamad.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. assalam makcik manggis...sya adalah peminat blog makcik dr sebelm sya kawin smpai skrg dah anak 2...sya byk menimba ilmu dr blog makcik..dah lama sya rasa makcik x update blog ni..sya sentiasa mendoakan agar makcik sihat2 hendaknya...sya sntiasa setia menanti post2 terbaru dr makcik...

    ReplyDelete
  7. heeem enak tuh apalagi kalau dari buah-buahan yang punya fakta unik :)

    ReplyDelete
  8. Mmm mm cantik lesung pipit kuih lompang ni,saya punya tak jadi huhuhu

    ReplyDelete
  9. Mmm mm cantik lesung pipit kuih lompang ni,saya punya tak jadi huhuhu

    ReplyDelete
  10. pakai tepung beras ke tepung gandum...resepi tepung beras, dekat cara-carannya guna tepung gandum....yg mana satu yea...nak buat yg ada lesung pipit cantik tu.

    ReplyDelete