LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, August 19, 2014

Bingka Pandan.

Bingka Pandan.
Resipi Asal : Madiha.

Bahan-bahannya:

10 helai daun pandan-gunting halus dan kisar ambil patinya 1 cawan.
3 cawan santan-sukatan cecairnya santan+jus pandan =4 cawan.
4 biji telur AA.
1 3/4 cawan gula pasir.
3 cawan tepung gandum.
Secubit garam.
Bijan secukupnya untuk tabur.


Cara-caranya:


  • Masukkan telur,gula dan garam dalam mangkuk yang sesuai dan kacau menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
  • Kemudian tuangkan santan serta jus pandan ke dalam adunan tadi dan kacau lagi sehingga rata.
  • Seterusnya masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali tapis adunan ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan sedikit minyak masak atau marjerin.
  • Bakar sehingga kuih agak pekat sedikit ,  keluarkan dari oven  dan taburkan dengan bijan.
  • Masukkan loyang kuih kembali ke dalam oven dan bakar sehingga masak.
  • Akhir sekali guna api atas sekejap agar bahagian atas kuih nampak perang dan cantik warnanya.
  • Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.
Alhamdulillah kuih bingka ini tidak terlalu manis.Sedang elok rasanya.Terima kasih pada Madiha kerana Cm ambil resipi dari dapurnya.Sebenarnya Cm tak sempat tunggu bingka sejuk kerana ramai yang sedang menunggu untuk minum petang.Bau aroma pandannya tidak dapat di tunggu-tunggu lagi  hehe.Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment