LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 17, 2014

Taiyaki


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini Cm merasmikan acuan Taiyaki yang baru dapat semalam.Acuan ini Cm pesan jauh dari  negara matahari terbit .Perasaannya sungguh gembira sekali kerana Cm adalah  pengumpul tegar barang-barang seperti ini hehe.Terima kasih Ika kerana susah payah membawanya turun naik kapal terbang.Terima kasih daun keladi.

Bahan-bahan untuk membuat  kuih Taiyaki lebih kurang resipi waffle.Cm dapat resipi ini  dari blog Anncoo Journal.Biasanya  intinya terdiri dari pes kacang merah ,kastad atau coklat tetapi  Cm guna Nutella.(apa yang ada kat dapur)

Taiyaki.
Resipi asal: Anncoo Journal.

Bahan-bahannya:

 A
1 cawan tepung gandum.
1 1/2 tsp baking powder.
2 tbsp gula halus.
1/2 tsp garam.

B
1 cawan susu segar.
1 biji telur-pukul ringan dengan garfu.
2 tbsp melted butter.
1/2 tsp esen vanilla.

Cara-caranya:


  • Ayak bahan-bahan A ke dalam bekas yang sesuai.
  • Masukkan susu segar  dan pukul  perlahan-lahan dengan whisk.
  • Kemudian masukkan telur serta butter dan kacau sehingga sebati /smooth.
  • Kacau sekejap saja.Jangan terlebih kacau ya.
  • Panaskan acuan ,guna api yang sederhana dan  sapukan dengan sedikit  butter.
  • Tuangkan adunan lebih kurang 80 peratus.Isikan dengan sesudu kecil Nuttela.Kemudian sudukan lagi adunan kedalam acuan sehingga penuh.
  • Tutup acuan dan masak selama 3 minit kemudian terbalikkan acuan dan masak selama 2-3 minit lagi.
  • Buka sedikit acuan dan lihat samada Taiyaki masak dan warnanya bertukar jadi  perang keemasan.Jika belum, masak lagi sekejap.
  • Sesuaikan masa memasak mengikut jenis dapur yang kita gunakan.
Setelah Taiyaki masak trim bahagian tepi atau  lebihan adunan di kelilingnya dengan gunting agar kelihatan cantik dan kemas.

5 comments:

  1. Fuyooooo cunnya 'ikan bawal' CM! Rasa dia ala ala waffle ke CM? Nak buat, acuannya tak ada... ahakss... alasan terbaekkkk gitewwwww

    ReplyDelete
  2. Comel nya CM.. best kalau dapat satu acuan ni .. Murah rezeki CM..

    ReplyDelete
  3. Cantik...kalau budak2 tentu suka.

    ReplyDelete
  4. wow nak try la..

    Jom layan manu baru kat :
    www.facebook.com/yzbamboo

    ReplyDelete
  5. Wah, ada kue khas jepang yang isinya ada potongan cumi/gurita.

    ReplyDelete