LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, April 19, 2011

Kerabu Mangga


Assalamualaikum & salam Sejahtera.

Pertamanya nak ucapkan terima kasih pada Liza my friend..my dear friend.Terima kasih sebab bagi mangga muda,buah markisa dan buah delima.Buah markisa tu sungguh sedap.tak sabar nak tunggu hasil dari kebun sendiri.Nampaknya pokok tu hidup dengan subur.Terima kasih sekali lagi kerana bagi anak benih markisa tu tempohari:)


Selepas semalam agak grumpy  sorang sorang ..hari ini dah ok..alhamdulillah...Cm buat kerabu mangga untuk lunch nanti.....

Bahan-bahannya:
1 biji mangga muda-parut kasar.
1 labu bawang besar-potong bulat.
2 batang serai-potong nipis
3 tbsp udang kering-goreng tanpa minyak dan tumbuk.
5 biji cili api-potong kecil
1 biji cili merah-potong bulat.
1 biji cili hijau potong bulat.
2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
3 helai daun limau purut-mayang.
3 tbsp kacang tanah-tumbuk dan tinggalkan sedikit untuk hiasan.
3 tbsp kerisik.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga sebati dan rasakan masin,manis dan masamnya.Seimbangkan rasanya.Jika suka pedas tambahlah lagi cilinya...selamat mencuba.

15 comments:

  1. argghh...kerabu mangga...
    sedappnya..

    ReplyDelete
  2. Hari ni pun cadang nak buat kerabu mangga.

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak nah kalau sebelah umah dah hulur pinggan ni heheheh

    ReplyDelete
  4. Salam Kak,
    Kecur jeee tengok kerabu mangga tu..

    ReplyDelete
  5. Salam cm

    Tayang kerabu... terkeliur betul... apa lagi kerabu mangga memang menggoda.

    ReplyDelete
  6. nampak ini, air liur sudah keluar, yum yum!

    ReplyDelete
  7. oh ini sedap nih..lama dh x mkn..windunyee

    ReplyDelete
  8. Aisey nk kena carik mangga la pulak, dah kecur air liur... Tapi boleh substitute ngan betik muda pun sedap kan cikmanggis?

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah,sedapnya kerabu mangga,tapi sayang 1000x sayang tak ada kat Kelantan...sebab ore sinni panggil kerabu pauh....

    ReplyDelete
  10. nampak best sesangat
    huhuhu
    boleh try niex
    :)

    ReplyDelete
  11. Aduh minggu ni mengidam mangga muda tak de masa nak pergi kedai Asian. Tengok ni terliur sangat.

    ReplyDelete
  12. Mas..jika tak ada selera ,buat kerabu Mangga ni pasti makan bertambah-tambah.

    Nieda..elok.molek benar tu buat kerabu mangga menambahkan selera makan:)

    Chik Mimi..hehe nanti bila kak nah pi Penag rumah anak ,kita call ya:)

    sue @ nenie..wsalam.Masam-masam pedas memang membuatkan meleleh air liur:)

    Yummylittlecooks..hi..yum yum

    ReplyDelete
  13. Zaitun..salam zai..asalkan kerabu memang cm suka sangat.

    Sonia..haha

    aesh came..sebutan ni sama dgn ais krim ke?

    p3chandan..betul..betul boleh ganti dengan betik muda tapi kat tempat Cm ni susah nak cari betik muda,yg masak banyak.

    MOBYDICK..ya:) oghe kelate kato kerabu pauh

    Sari yusa Ibrahim..hehe

    que maria..cuba try test:)

    Malay Kadazan girl..Diana tak tanam pokok mangga ke?jika tak ada mangga boleh ganti dengan buah betik muda.

    ReplyDelete