Saturday, July 18, 2009
pau keladi
campurkan semua bahan-bahan kering
1 cawan air
Inti keladi
Bahagikan 2 bahagian..
sapukan sedikit air pada permukaan doh putih
Letakkan doh warna purple keatasnya
Gulung kemas-kemas
Kemaskan betul-betul..
potong kepada 18 bahagian,isikan inti kedalamnya
Biarkan selama 15 minit..baru dikukus samapai masak
Hujung minggu hari yang paling sibuk,sibuk mendobi baju sekolah,memasak untuk pagi petang siang malam.....tapi hati gembira melihat anak-anak dan suami makan dengan berseleranya.Bahan-bahan dalam masakan dijaga dan dipantau,kebersihan terjaga...inilah keistimewaan memasak sendiri tapi dengan satu syarat..dengan ikhlas dan penuh kasih sayang :)
Petang ni cikmanggis buat Pau Keladi.Resepi asal dari blog Ayin,dah lama nak buat pau ni tapi sukar nak dapatkan keladi.Jika ada pun kat pasar Putrajaya ni keladi yang dah kecut.Kata peniaga sayur tu..permintaan kurang.Terima kasi untuk Ayin dan minta maaf kerana ada ubah suai sikit resepi tu..mengikut bahan-bahan yang ada kat dapur ni.
Bahan-bahannya :)
Untuk kulit pau
3 cawan tepung pau
3 tsp gula halus
1 tsp yis segera
1 cawan air
2 tbsp minyak jagung
2 tsp baking paowder
1 tsp perisa keladi(yam)
sedikit pewarna makanan warna purple
Car-caranya:
Masukkan semua bahan-bahan kering kedalam mangkuk.Kacau rata.Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli sampai rata.Kemudian masukkan minyak dan uli sampai elastik(kenyal rasanya).Biarkan doh selama 15 minit dan bahagikan doh kepada 2 bahagian.Biarkan satu bahagian warna asal dan satu lagi masukkan perisa yam dan warna purple.Uli sampai sebati.
Gelekkan nipis doh warna asal,bentuk empat segi bujur,ketepikan.Gelekkan doh yang warna purple seperti doh yang pertama tadi.Sapukan sedikit air pada permukaan doh putih..Letakkan doh purple keatas doh putih.Gulungkan kemas-kemas dan potong kepada 18 bahagian.
Gelek potongan doh tadi dan masukkan inti keladi.Tutup dengan kemas seperti pau biasa.Biarkan lebih kurang 15 minit.Kukus hingga masak.
Bahan-bahan untuk intinya:
1 ketul keladi
1/2 cwan gula
1 tbsp tepung gandum
3 tbsp tepung jagung
1/3 cawan susu segar
1 tbsp minyak jagung
Cara-caranya:)
Rebus keladi dengan sedikit air.Masukkan sedikit garam.Bila keladi dah masak lenyek keladi semasa ianya masih panas.masukkan semua bahan-bahan diatas dan kacau sampai sebati kemudian panaskan dalam kuali yang tak melekat hingga inti keladi ni pekat dan kental.Sejukkan.(guna api yang sangat perlahan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah cantiknye pau purple nih..
ReplyDeletenampak berselera je nak mkn..
intinye pulak bukan main penuh lg..
nikmatnye kalau dpt mkn..nyam..nyam..
Manje...cuba manje g ke blog AYIN...cantiknya pau dia..
ReplyDeletecantiknyaaaa, lom pernah jumpa lagi ni
ReplyDeletesalam kak ghajenya mengepau,hihihihi kaler purple tu cantik je ,akak sihat ke?
ReplyDeleteMacam senang. Tengok memang macam senang. Bila orang bengkak macam gerau ni buat belum tentu jadi senang. Tapi macam nak cuba. Kalau inti tukar lain boleh tak agaknya.
ReplyDeletesalam cikmanggis..mmg unik & cantik banget pau keladi nih! mesti try nih!!
ReplyDeleteWah wah rajin nye CIk Manggis gulung2 jadi dua kaler pulak.. tak pernah makan lagi pai keladi... nampak cam sedap pulak... boleh order tak Cik Manggis? heheh
ReplyDeleteWoahhh... kreatifnya cikmanggis ni...
ReplyDeleteTak terfikir le pulak saya boleh buat pau keladi.. mesti rasa best! Nak cuba lah... thx cikmanggis kongsi resepi ni.. :p
kucingorengemok...cuba g blog AYIN..cantiknya pau dia..cm punya ni kira dapat markah 20/100..kira tak berjaya dari segi rupa paras..bab rasa oraits
ReplyDeletechik Mi...alhamdulillah sihat,semalam mengepau,ari ni meroti hehe
ReplyDeletegerau..cm rasa jika inti kacang merah ke,kari ke lg sedap.Tapi inti keladi ni fvrt Tuan manggis hihi
ReplyDeleteinahar...cuba la..eh klinik inahar kat seri rampai ya..hmm rasa nak g serbu gak la..kihkih
ReplyDeleteijan..gulung-gulung tu time rajin,time malas main kepal-kepal je..tak bleh ambik order..dah gulung tikar hihi
ReplyDeletefzi..untuk hasil yang lebih cantik..rujuk blog AYIN yang cm link kan tu!
ReplyDeleteCantiknye pau cikmanggis buat.....geram tengok..
ReplyDeletemak Doyah..apa khabar...terima kasih datang ziarah rumah kita ni!selamat berkenalan!
ReplyDelete