LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, July 18, 2009

pau keladi

campurkan semua bahan-bahan kering 1 cawan air Inti keladi Bahagikan 2 bahagian.. sapukan sedikit air pada permukaan doh putih Letakkan doh warna purple keatasnya Gulung kemas-kemas Kemaskan betul-betul.. potong kepada 18 bahagian,isikan inti kedalamnya Biarkan selama 15 minit..baru dikukus samapai masak Hujung minggu hari yang paling sibuk,sibuk mendobi baju sekolah,memasak untuk pagi petang siang malam.....tapi hati gembira melihat anak-anak dan suami makan dengan berseleranya.Bahan-bahan dalam masakan dijaga dan dipantau,kebersihan terjaga...inilah keistimewaan memasak sendiri tapi dengan satu syarat..dengan ikhlas dan penuh kasih sayang :) Petang ni cikmanggis buat Pau Keladi.Resepi asal dari blog Ayin,dah lama nak buat pau ni tapi sukar nak dapatkan keladi.Jika ada pun kat pasar Putrajaya ni keladi yang dah kecut.Kata peniaga sayur tu..permintaan kurang.Terima kasi untuk Ayin dan minta maaf kerana ada ubah suai sikit resepi tu..mengikut bahan-bahan yang ada kat dapur ni. Bahan-bahannya :) Untuk kulit pau 3 cawan tepung pau 3 tsp gula halus 1 tsp yis segera 1 cawan air 2 tbsp minyak jagung 2 tsp baking paowder 1 tsp perisa keladi(yam) sedikit pewarna makanan warna purple Car-caranya: Masukkan semua bahan-bahan kering kedalam mangkuk.Kacau rata.Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli sampai rata.Kemudian masukkan minyak dan uli sampai elastik(kenyal rasanya).Biarkan doh selama 15 minit dan bahagikan doh kepada 2 bahagian.Biarkan satu bahagian warna asal dan satu lagi masukkan perisa yam dan warna purple.Uli sampai sebati. Gelekkan nipis doh warna asal,bentuk empat segi bujur,ketepikan.Gelekkan doh yang warna purple seperti doh yang pertama tadi.Sapukan sedikit air pada permukaan doh putih..Letakkan doh purple keatas doh putih.Gulungkan kemas-kemas dan potong kepada 18 bahagian. Gelek potongan doh tadi dan masukkan inti keladi.Tutup dengan kemas seperti pau biasa.Biarkan lebih kurang 15 minit.Kukus hingga masak. Bahan-bahan untuk intinya: 1 ketul keladi 1/2 cwan gula 1 tbsp tepung gandum 3 tbsp tepung jagung 1/3 cawan susu segar 1 tbsp minyak jagung Cara-caranya:) Rebus keladi dengan sedikit air.Masukkan sedikit garam.Bila keladi dah masak lenyek keladi semasa ianya masih panas.masukkan semua bahan-bahan diatas dan kacau sampai sebati kemudian panaskan dalam kuali yang tak melekat hingga inti keladi ni pekat dan kental.Sejukkan.(guna api yang sangat perlahan)

16 comments:

  1. wah cantiknye pau purple nih..
    nampak berselera je nak mkn..
    intinye pulak bukan main penuh lg..
    nikmatnye kalau dpt mkn..nyam..nyam..

    ReplyDelete
  2. Manje...cuba manje g ke blog AYIN...cantiknya pau dia..

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaaa, lom pernah jumpa lagi ni

    ReplyDelete
  4. salam kak ghajenya mengepau,hihihihi kaler purple tu cantik je ,akak sihat ke?

    ReplyDelete
  5. Macam senang. Tengok memang macam senang. Bila orang bengkak macam gerau ni buat belum tentu jadi senang. Tapi macam nak cuba. Kalau inti tukar lain boleh tak agaknya.

    ReplyDelete
  6. salam cikmanggis..mmg unik & cantik banget pau keladi nih! mesti try nih!!

    ReplyDelete
  7. Wah wah rajin nye CIk Manggis gulung2 jadi dua kaler pulak.. tak pernah makan lagi pai keladi... nampak cam sedap pulak... boleh order tak Cik Manggis? heheh

    ReplyDelete
  8. Woahhh... kreatifnya cikmanggis ni...
    Tak terfikir le pulak saya boleh buat pau keladi.. mesti rasa best! Nak cuba lah... thx cikmanggis kongsi resepi ni.. :p

    ReplyDelete
  9. kucingorengemok...cuba g blog AYIN..cantiknya pau dia..cm punya ni kira dapat markah 20/100..kira tak berjaya dari segi rupa paras..bab rasa oraits

    ReplyDelete
  10. chik Mi...alhamdulillah sihat,semalam mengepau,ari ni meroti hehe

    ReplyDelete
  11. gerau..cm rasa jika inti kacang merah ke,kari ke lg sedap.Tapi inti keladi ni fvrt Tuan manggis hihi

    ReplyDelete
  12. inahar...cuba la..eh klinik inahar kat seri rampai ya..hmm rasa nak g serbu gak la..kihkih

    ReplyDelete
  13. ijan..gulung-gulung tu time rajin,time malas main kepal-kepal je..tak bleh ambik order..dah gulung tikar hihi

    ReplyDelete
  14. fzi..untuk hasil yang lebih cantik..rujuk blog AYIN yang cm link kan tu!

    ReplyDelete
  15. Cantiknye pau cikmanggis buat.....geram tengok..

    ReplyDelete
  16. mak Doyah..apa khabar...terima kasih datang ziarah rumah kita ni!selamat berkenalan!

    ReplyDelete