LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 4, 2009

kuih Bawang

Apabila melihat bawang besar kat dapur yang dibeli oleh anak sulong cikmanggis semalam teringat akan kuih bawang yang pernah cm buat masa muda-muda dulu,sedap betul kuih tu,bau bawangnya sangat wangi dan bila makannya sangat melekakan..sedar tak sedar dah habis satu balang. Kuih Bawang Bahan-bahannya:) A 300 gm tepung gandum 2 biji telur 3 labu bawang besar(parut halus) 1 tsp garam B 300 gm tepung gandum 3 tbsp marjerin atau butter Sedikit air 1 tsp garam Cara-caranya:) 1. A-Satukan telur dan tepung gandum serta garam kacau rata dan masukkan parutan bawang sedikit demi sedikit ( jika adunan doh sudah lembut jangan habiskan parutan bawang takut terlalu lembik) sehingga menghasilkan doh seperti doh karipap bahagi dua dan bulat-bulat dan ketepikan. 2. B -Campur kan tepung gandum,marjerin dan garam.Kacau rata dan masukkan sedikit air agar menjadi adunan doh seperti doh A dan bahagi dua dan bulat bulatkan 3. Balutkan A kedalam B bulat-bulatkan dan gelek ratakan. 4. Lipat hujung doh kedalam dan ulangi proses yang sama pada hujung yang satu lagi. 5. Gelekkan rata dan ulang sekali lagi proses seperti diatas. 6. Gelekkan nipis dan gulung perlahan-lahan agar kemas dan padat.Masukkan dalam peti ais bahagian atas selama 10-15 minit dan potong nipis nipis .Goreng dengan api yang sederhana panas.Goreng sampai kuning simpan dalam bekas kedap udara.

4 comments:

  1. jenuhla tunggu shoutbox tak keluar2.tinggal jejak kat sinilah ye...

    saya memang suka makan kuih ni.especially hari raya mesti jumpe kuih ni, kan...?betul kate cik manggis, makan2 tak sedar dah habis sebalang.

    ReplyDelete
  2. Kue pebret mals nak buat nak makan kat umah akak aje lah boleh tak?

    ReplyDelete
  3. hahha..kueh kegemaran masa raya. Dulu kecik time raya pulun sampai nak abis satu balang besar .
    Pastu kena balun ngan omak sbb raya tak abis, kueh dah habis !!.

    Pastu lagi gi raya kat umah orang sebelah pun pulun kueh tu sampai habis satu bekas, omakkk jeling sampai naik terjuling biji mata, pun buat dekkk jek. Balik umah kena balun lagikkk!! huaaaa...

    ReplyDelete