Friday, June 19, 2009
Cakoi
Dari semalam nak makan cakoi tapi tak larat nak drive tengah-tengah panas ni.Rasanya setakat ni belum ada tempat orang jual cakoi berhampiran rumah cikmanggis ni.Paling dekat pun kat UNITEN...nak cuba lah buat sendiri...
Bila teliti resepinya..hmmm taklah susah sangat.Bahan-bahan pun lebih kurang nak buat donat je.Semua bahan-bahan ada..tepung,yis,telur,marjerin.....
Tak rugi mencuba..untung batu tenggelam,untung sabut timbul,untung buat cakoi ni dapat makan hehe....
Bahan-bahannya:)
400 gm tepung gandum-ayak
1 cawan air
1 tbsp marjerin-melted
1 tsp garam
3 tbsp gula
1 tbsp susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 tsp yis
1/2 soda bicarbonat
Cara-caranya:)
1. Satukan air,marjerin,garam,gula,susu pekat,kuning telur,yis dan soda bicarbonat dalam satu bekas dan kacau sampai gula hancur.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli sehingga jadi doh yang lembut.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Hasilnya..lihatlah,rupa dah ada ,rasa ok tapi baunya ada kurang...rupanya yang bau"bacing"pada cakoi yang kita beli kat kedai tu dorang masukkan amonia atau ubat kembang sotong ..atau air abu(kawan yang beritahu)...cikmanggis tak pasti ni.Apa-apa pun cuba lah resepi ni kita ambil kat SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CM,
ReplyDeleteCakoi kalu di Terengganu orang panggil kayu khamat, tapi kalu di Langkawi orang panggil Pak Tong Ku.
Lee...sama tapi tak serupa namanya.Kat kampung cm orang panggil Ca ku wei,cara makan berbeza-beza.Kat kl ada yang makan dengan rojak buah,orang cina makan dengan bubur nasi(nasi air)....
ReplyDeletekak nmpk cantik lar cakaoi mu itew nak skit hihihi
ReplyDeletechik Mi..yang bestnya,pagi tadi cakoi ni masih lembut!
ReplyDeletemakcik,
ReplyDeletecik manje suka sangat makan cakoi ni..
selalu makan begitu saja..
pagi-pagi kalau ke pasar, lalu
sebelah gerai jual cakoi..geram je..
bau nye menusuk2 idung..panas2..
tapi was2 nak beli..jadi,ambil bau saje laa~
kuih cakoi ni kalau makan dengan sup best.
ReplyDeletePLA TONG KO >ASAL DARI BAHASA THAI
ReplyDelete