LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 30, 2009

Apam Eno Merekah

Hari tu datin el dah sound..hai kak CM..masak kuih manis je...hehe terima kasih datin kerana mengingatkan CM..manis ni racun!.Hari ni masak kuih sihat untuk minum petang sekejap lagi.Apam eno tapi terlebih pulak senyumnya...entah kenapa . Bahan-bahannya:)
  • 1 cawan tapai nasi
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 500 gm tepung beras
  • eno secukupnya
  • pewarna merah
  • 2 tsp yis segera
Untuk menghasilkan tapai nasi ni CM guna 3 cawan nasi sejuk,1/3 bahagian ragi yang saiz duit 5o sen tu,1 tsp gula.Gaulkan sebati simpan dalam bekas kedap udara selama 2 hari satu malam.Sedia untuk digunakan. Blend semua bahan bahan diatas sampai sebati kecuali eno dan pewarna merah.Masukkan dalam bekas yang ada penutup dan biarkan selama 4 jam.Ambil beberapa senduk adunan apam dan letakkan warna merah dan sedikit eno,gaulkan sampai rata dan kukus menggunakan acuan apam yang anda suka.(Bancuh sedikit demi sedikit dengan eno sebelum mengukusnya) Sumber asal Myresipi.com

5 comments:

  1. cikmanggis..sesiapa pun yg makan apam cikmanggis wat ni..konpom akan tersenyum & terenyeh spjg masa cam rupa apam tu gak..ahaks!! hehe..klu tension2 tu elokla wat apam eno nih..pasti hilang tension..kan..kan!!

    ReplyDelete
  2. haha..dah jadi kerang busuk pulak ni...dah sihat ke?kita nak g rumah inahar,nak makan kek epal

    ReplyDelete
  3. cikmanggis ni apam menyeringai namenye..kite buat apam senyum aritu tak nak senyum langsung jebek je..tengah sedeh kot mase tu..

    ReplyDelete
  4. hahaha lawaklah cikmanggis @ kak ina @ datin el ... saya tak mahu komen sbb kalu saya yang buat apam nie, kompom terus jadi sumbing !!

    ReplyDelete
  5. cikmanggis dengan datin ni dah kenal hampir 30 tahun...gerak alis matanya ..cikmanggis dah tahu apa dia nak kenakan cikmanggis..selalu bila jumpe kami akan ketawa tergolek-golek..ada je isu yang membuat kami tak kering gusi...sampai anak anak cikmanggis dah tak heran jika kami dok kihkih bila bersua muka...datin ni kawan masa senang dan masa susah..terima kasih datin!

    ReplyDelete