LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, May 1, 2009

Marble Twist Roll

Pagi semalam CM merayau-rayau kat blog MADIHA kat fotopages dan sangat teruja melihat roti marbles twist rollnya,sangat cantik dan menarik.Bila perhatikan bahan-bahannya,semuanya ada dalam stok CM…apalagi selepas solat isyak tadi CM masuk dapur dan terus menguli roti yang sangat istimewa coraknya itu..bukan CM yang uli tapi sahabat baik CM mr.keenwood..hehe mesin roti kesayangan ku itu.

Minta maaf Madiha ya..cikmanggis ada ubahsuai sikit je.Hasilnya sangat memuaskan.Terima kasih Madiha…

Bahan-bahan untuk doh:

500 gm tepung gandum

1 paket yis segera (11 gm)

1 tsp bread improver

1 tsp bread softener

75 gm gula kastor

50 gm madu

1 biji telur

200 ml susu segar

1 tsp garam halus

50 gm butter

Bahan untuk sapuan:100 gm butter

Intinya CM guna inti pau kacang merah ready made beli kat kedai.

Cara-cara menyediakan doh

  1. Masukkan tepung gandum,yis,gula kastor,bread improver dan bread softener kacau rata.
  2. Bancuh madu dan garam dalam 200 ml susu segar dan kacau rata.Masukkan telur dalam tepung tadi dan tuangkan susu dan madu sedikit demi sedikit,uli sampai rata dan licin.
  3. Bila adunan Nampak licin masukkan 50 gm butter dan uli lagi sampai kental.Biarkan doh selama 30 minit.
  4. Tumbuk doh untuk buang angin (hehe jangan salah faham ya)Canai nipis doh setebal 1 cm dan sapukan inti keatas permukaan doh .Lipat bahagian tepi ketengah .Lipat bahagian tepi sebelah lagi ketengah juga.
  5. Canaikan doh nipis 1 cm dan ulang seperti lipatan seperti diatas
  6. Canai nipis 1 cm lagi dan potong selebar 1 cm dan pintal doh yang telah dipotong tadi.
  7. Susun dalam Loyang 12”x 12”.Sebelum tu sapu Loyang dengan butter dan alas dengan kertas minyak.
  8. Biarkan doh naik selama 60 minit_panaskan oven 190 darjah celcius.Bakar 18 minit-lepas 12 minit ubah kedudukan Loyang agar roti tu masak dengan sekata.(saya terbalikkan terus roti tu agar bahagian bawahnya betul betul masak.)
  9. Keluarkan roti dari Loyang semasa roti masih panas untuk disapukan dengan butter pada permukaan atas roti
  10. Setelah roti benar-benar sejuk,terbalikkan roti tu untuk disapu dengan butter sebelum digulung seperti menggulung swiss roll.
  11. Gulung roti dengan berhati-hati agar padat dan kemas.

4 comments:

  1. yummy..
    kite pun makan roti
    berinti kacang merah..
    macam berjanji pulak..
    hihi~

    ReplyDelete
  2. ya la..makcik baru balik dari rumah Manje,curi roti ban manje hihi

    ReplyDelete
  3. mak aih..kemain cantik roll ni!! kita x tau bila nk pecah dara BM baru ku itew!! hehe..

    ReplyDelete
  4. Rupanya BM inahar anak dara hihi eloklah kita punya anak teruna sebab namanya Mr.Keenwood kihkih

    ReplyDelete