LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 12, 2009

Jemput Jemput Labu

Dah lama nak cuba buat kuih jemput-jemput labu ni tapi selalu lupa nak beli labu.Hari ni cikmanggis kepasar ,first sekali tuju kegerai yang jual labu.Beli sebijik yang kecik.pastu beli udang dan daun bawang...baru kegerai lain.Jika tak buat camtu pasti lupa lagi nak beli labu..hehe nak beli labu..nak beli labu:) Bila makan panas-panas sedap betul.Cubalah, pasti tak kan kecewa ..rasa lemak manis labu dan bau daun bawangnya sangat membuka selera.Cikmanggis ambil resepi dari buku masakan CITA RASA KUIH TRADISIONAL oleh Ani Taslim. Bahan-bahannya:) 200 gm labu diparut kasar 200 gm tepung naik sendiri 50 gm daun bawang potong halus 100 gm udang basah,cincang halus 200 ml air 1 biji telur pukul rata 1/2 sudu teh lada sulah 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk pati ayam Cara-caranya:)
  1. Campurkan semua bahan menjadi satu,kacau rata
  2. Panaskan minyak goreng cucur sesudu demi sesudu.
  3. Hidang dengan sos cili

2 comments:

  1. terima kasi banyak-banyak armouris!blog anda sangat menarik dan sangat membantu cikmanggis.Terima kasih

    ReplyDelete