LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 12, 2009

sambal petai udang dan Ayam halia

Sambal petai udang Ayam masak halia Cuaca kat Putrajaya sangat panas dan berjerebu,sangat panas sampai bernafas pun kurang selesa.Anak lelaki kecik cm terpaksa berkurung dalam rumah sebab dia mengidap astma.Harap-harap sehari dua ni hujan akan turun agar dapat menghilangkan segala habuk dan debu.Pembakaran terbuka kat Sumatera adalah salah satu sebab penyumbang pada jerebu ni. Oh ya..menu hari ni cm masak ayam halia dan sambal udang dan petai.Seperi biasa ada sup sayur.Sup sayur adalah menu mesti atau wajib dalam keluarga kami... Dalam cuaca yang sangat panas dan berjerebu ni mesti banyak minum air..sangat-sangat banyak air diperlukan,Berkotak-kotak air mineral dibeli kat station minyak shell atau kat carrefour Alamanda.Setiap hari jumaat pula berkotak-kotak botol kosong kat depan rumah menunggu untuk diambil oleh pekerja Alam Flora untuk dikitar semula.Hari jumaat adalah hari pungutan untuk kawasan rumah cikmanggis ni.Plastik disediakan percuma oleh alam flora...kami hanya perlu asingkan barang-barang plastik dan kertas....seronok sebab sedikit sebanyak dapat membantu seruan kerajaan untuk menjaga kebersihan alam sekitar :)

2 comments:

  1. wow ... sedappp nyer, meleleh air lior saya ... my favourite .... sambal udang petai ...

    ReplyDelete
  2. akak...selamat datang keblog cikmanggis,terima kasih kerana sudi singgah!

    ReplyDelete