LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, June 30, 2010

Donat

Salam dan selamat petang.wah sekarang ni semua orang makan bola ,minum bola dan tidur bola.Semasa menemani suami ke hospital pagi tadi  semua orang tengok bola.Dikantin pun orang lihat bola.Apabila singgah ke kedai runcit pun orang tengok bola....bola..bola..bola..

Petang ini cm masak donat buat peneman dengan teh O panas.Sikecik ni minta mug bola agar di isi dengan teh O hehe....Jom makan donat ya..resepi ulang tayang berkali-kali.Resepi asal dari buku Alex Goh:)..untuk resepinys sila klik DISINI

Ayam Kampung Goreng Kunyit.




 
Salam dan selamat sejahtera.Semalam cm beli ayam kampung kat pasar rm12 sekor.Kecik molek  je...
Kata pakcik tu ayam muda.Dah lama tak makan ayam goreng kunyit.Masa kecik-kecik dulu   mak selalu goreng ayam kampung yang hanya diperap dengan garam kunyit .Sedap betul!!!.tapi kali ni cm taburkan dengan bawang besar,daun sup ,daun bawang dan cili merah yang di goreng sekejap.Wah baunya sampai keluar rumah...wangi  sangat.goreng agak-agak layu je...jangan sampai garing.

Tuesday, June 29, 2010

Ketam Bercili


Bahan-bahannya:)
4 ekor ketam.
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
Sedikit belacan.
2 tbsp sos cili.
2 tbsp sos tomato.
1 tbsp sos tiram.
2 tbsp soy sos.
garam dan gula secukup rasa.
1 biji telur.
1 tangkai daun ketumbar.
Cara-caranya:
  • Kisar bawang putih,bawang merah,halia,belacan dan cili kering hingga hancur.
  • Panaskan minyak,tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan sos cili,sos tomato,soy sos dan sos tiram serta gula dan garam.
  • Rasakan manis& masinnya baru masukkan ketam dan gaul rata.Biarkan kuah mendidih sekejap masukkan telur.Kacau rata & masukkan daun ketumbar.
  • Taburkan daun bawang.Siap:)

Monday, June 28, 2010

Yong Tau foo

Salam dan selamat petang.Tak sempat nak visit kawan-kawan kerana kepala berpusing pusing ni..batuk ni sangat menganggu rutin hari ini.Lepas minum ubat batuk terus terlena atas sofa depan tv tetiba sikecik cakap..mama masuk bilik adik  dah on aircond..wah baik betul anak bongsu ku ini tapi rupa-rupanya dia nak duduk atas sofa nak main game:).Selepas 2 jam tidur kerana mabuk kesan ubat batuk baru rasa lega tapi kerongkong masih gatal-gatal.

Semasa singgah di pasar tadi ternampak bahan-bahan yong tau foo ni dengan kuah sekali.Jadi cm beli bahan-bahannya dan balik terus masakkan supnya.Celur bahan-bahannya dengan sup dan bancuh sosnya (..black sos minus chili.). mengikut aturan di paketnya ..siap.Cepat dan sedap:)..untuk supnya hanya perlukan air,sup bunjut(reka sendiri),kiub ayam dan sedikit lada hitam.Didihkan dan celur bahan-bahannya:).

Bila makan benda ni i mis my pak encik very-very  much..dia amat suka makan makanan yang sebegini.He's in sabah n will off to sarawak tonite ..will be there  until wednesday.Young Tau foo ni is a hakka food.Young taufoo maknanya Stuffed taufu.Untuk more details pls click here

Sunday, June 27, 2010

Sembang Pagi

Salam dan selamat pagi.Pagi-pagi perut dah berbunyi tanda minta di isi hehe.Kebetulan masih ada lauk malam tadi yang disimpan dalam peti ais jadi cm panaskan sambal udang,kari daging,ayam percik dan sayur untuk sarapan.sekali sekala sarapan dengan nasi sedap juga( kebetulan suami outstation malas nak buat sarapan ni)......terkenang bila balik kampung.Mak dan wan sarapan dengan nasi.Kami panggil nasi berlauk..nasi,lauk ikan atau ayam dan sambal yang dijual disebelah pagi semata mata untuk sarapan.Mula-mula dulu suami cm terkejut katanya..orang kelantan bersarapan dengan nasi ke..hehe dah lama-lama dia dah tak heran sebab selalu nampak cm makan nasi waktu pagi.:).


Lepas bersarapan terus on komputer sebab nak baca sekali lagi n3 Mat gebu tentang ada majalah terkenal yang 'Cilok"gambar dari blog Mat Gebu tanpa izin.Terkejut juga bila majalah yang terkenal buat kerja seperti tu .Sebenarnya cm salah seorang peminat majalah saji.Dari first edisi sehingga lah sekarang.....wah kenapa macam ni?Cm faham kenapa Cmg marah dan memang harus marah.hasil penat lelah beliau diciplak :(.Perkara yang sama pernah berlaku pada kak Liza.(Hanieliza).Bagaimana pandangan kawan-kawan bloggers semua?...........Jika ianya berlaku pada kita mesti naik minyak angin jugakkan?Semoga pihak yang terlibat dapat minta maaf  pada cmg dalam edisi yang akan datang .Berani buat berani tanggung......

Kulit tarts

Assalamualaikum.Hari yang sangat sibuk hingga tak sempat nak lihat blog kesayangan ku ini.Sebenarnya hari ini(sabtu) kami menerima kedatangan tetamu yang sungguh istimewa.Jadi cm ada masak masak sikit tapi sayangnya tak sempat nak ambil gambar  .... sehari sebelumnya cm masak kulit tart dan hari ini(sabtu) hanya paipkan kastad dan cheese kedalamnya.Senang dan jimat masa.:)
Jom kita lihat gambar-gambarnya:)
Cheese & fruits tarts.
Cucuk-cucukkan kulit tart dengan  lidi sebelum dibakar..
Masukkan kacang hijau seperti gambar diatas  agar kulit tart tidak kembang ditengah-tengahnya.Senang untuk paipkan kastad atau cheese kedalamnya..
Untuk resepinya sila KESINI dan KESINI

Friday, June 25, 2010

Mee Udang


Salam dan selamat tengahari.Hari ini  dah hari jumaat...wah cepatnya masa berlalu .... banyak kerja yang belum disiapkan rasanya seperti tak cukup masa.Pagi tadi ke pasar raya membeli barang barang dapur dan apa apa  yang patut sebab besok ada tetamu dari jauh nak datang..tetamu yang membawa misi yang penting hehe.Ahlan...

Kerana kesuntukan masa jadi menu tengahari ni sangat simple.menu penyelamat setiap kali cm dalam "kecemasan" .Resepi mee udang ni hasil ujikaji  masakan  cm sendiri..kira boleh claim this is my own recipe la :).Oleh kerana big boss and small boss tak boleh makan pedas maka terhasillah mee udang yang enak sekali nih:)

Bahan-bahannya;
1 paket mee kuning
.15 ekor udang segar.
3 rumpun pokok sawi hijau.

4 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
2 tbsp udang kering.
1 biji buah tomato.
2 biji telur.
2 paket fish ball.
2 tbsp sos tomato.
2 tbsp sos cili
1 tbsp sos tiram
1 tsp serbuk lada  hitam.
1 ketul kiub ayam knorr
garam dan gula secukup rasa.
sedikit minyak untuk menumis.
Cara-caranya:
  • Kisar bawang putih,bawang merah dan udang kering hingga halus
  • Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masukkan 4-5 cawan air biasa atau pun air rebusan kulit udang.
  • Masukkan udang dan fishball dan biar ianya mendidih sekejap.
  • Masukkan semua sos,garam.gula ,lada hitam dan sawi & buah tomato.
  • Kacau dua biji telur dan curahkan kedalam sup sambil kacau hingga rata.
  • Masukkan mee..siap untuk dimakan...hias dengan potongan daun sup,daun bawang dan cili masak serta bawang goreng & limau kasturi:)

Thursday, June 24, 2010

Nasi Tomato

 Assalamualaikum dan selamat petang.Menu makan tengahari kami  tadi adalah Nasi Tomato.Dah lama tak masak nasi yang  berperisa seperti ni.Sekali sekala sedap jugak tapi jika kerap muak la pulak.Resepi nasi Tomato ni cm ambik dari blog mat gebu tapi resepi asal cmg ni nasi tomato berayam. Minta maaf cmg sebab kita ada lah ubah sikit2 resepi tu mengikut selera sendiri.Jangan marah ya:) dan terima kasih...Cm masak nasi tomato plain dan dimakan dengan gulai darat resepi bonda ku serta ayam goreng berempah & acar rampai.


Nasi Tomato
Bahan-bahannya:

5 cawan beras basmathi.
2 labu bawang besar-dadu
3 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia-tumbuk.
1 keping kayu manis
1 kuntum bunga lawang.
2 tbsp minyak sapi.
2 helai daun pandan.
6 1/2 cawan air
.3 tbsp  minyak jagung.
1 tbsp sos tomato.
2 tbsp tomato puree
1 cawan susu cair.
100 g buah tomato-dadu.
garam secukup rasa.
Hirisan daun bawang
hirisan daun sup.
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak jagung & minyak sapi tumis kulit kayu manis .bunga lawang,halia,bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  • Kemudian masukkan berasa ,buah tomato dan gaul rata baru pindahkan kedalam periuk nasi letrik.
  • Lepas tu tuangkan air,susu cair,sos tomato ,tomato puree ,garam dan daun pandan.Masak nasi seperti biasa.Siap:)
Ayam berempah
.Bahan-bahannya:
1 ekor ayam kampung -potong kecik.
1 tbsp rempah kari daging.
2 inci halia.
2 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah.
3 batang serai.
1 /2 tsp serbuk jintan manis.
1/2 tsp serbuk jintanputih.
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tbsp madu
garam secukupnya.
Cara-caranya:
Kisar semua bahan-bahan diatas hingga lumat dan lumur pada ayam hingga rata.Perap semalam.Goreng dengan api yang sederhana .Hati-hatib  sebab ayam berempah ni cepat hiatam.
Untuk resepi Gulai daratcoming soon:)

Wednesday, June 23, 2010

Makan buah & Coklat

Jom makan buah cicah coklat:)..terima kasih pada Jurufoto..thank you zuhri:)

Sup Bebola Ikan Tenggiri

Salam dan selamat tengahari.Dapur ibarat Laboratory buat ku dan kawasan paling penting.Setiap kali mencuba menu baru akan dipastikan akan menjadi kesukaan keluarga dan akan cuba memperbaiki mutu makanan dan rasanya.Selain dijamin bersih dan selamat ianya juga mesti makanan yang penuh berkat.Makanan yang akan menjadi darah daging anak-anak tersayang.Jadi setiap kali memasak jangan lupa membaca Bismillah dan bersalawat keatas junjungan nabi s.a.w.

Beberapa hari ni sikecil ku tak sihat dan asyik batuk-batuk je sehingga terpaksa menarik diri dari kumpulan tarian sekolahnya.Kesian betul apabila melihat raut wajahnya ketika pulang dari sekolah semalam.Menangis teresak-esak kerana ada kawannya beritahu yang mereka akan keluar masuk tv3 nanti.Cm hanya terdiam dan biarkan dia menangis seketika.Bila habis menangis baru cm memujuknya.

Ok lah hari ni cm masak menu kegemaran anakanda ku sup bebola Ikan Tenggiri.semasa kepasar tadi beli 3 keping ikan tenggiri .Kali ini bebolanya lebih kenyal dan cantik dari dulu.Jom kita lihat resepinya.

Bebola:
3keping ikan tenggiri-asingkan isinya dari kulit & tulang
2 ulas bawang putih
1 tsp lada hitam
1 tbsp tepung jagung
garam
1 tbsp minyak jagung
 Cara-caranya:
Tumbuk atau kisar  isi ikan bersama bawang putih,lada hitam dan sedikit garam.Gaul dengan tepung jagung dan minyak masak,Bentukkan bulat bulat dan rebus dengan fish stock.


Rencah sup:
2 inci hali-mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
2 ulas bawang merah-mayang
1/2 tsp serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit bunga kobis
daun bawang
1/2 batang karot.
Cara-caranya:
Tumiskan bahan bahan yang dihiris  hingga garing dan tuangkan semua dengan minyak ke dalam sup dan rasakan garamnya.Last sekali masukkan sayur-sayuran.masak hingga mendidih.Siap:)

Stock ikan:
Tulang ikan tenggiri*
Kulit ikan*
Halia Ketuk*
*Masak dengan 3 cawan air dan tapis.

Prata Telur

Salam dan selamat pagi.......pagi yang dingin sebab subuh-subuh tadi bumi disirami hujan..nyaman sekali.Selepas solat subuh terus kedapur untuk masak air dan bancuh kopi tapi tiba-tiba baru sedar kehabisan roti.....roti wajib ada didapur ku kerana setiap pagi suami bersarapan dengan roti kecuali hari minggu.Nasib baik dalam peti sejuk masih ada 4 keping roti canai segera.Sementara itu panaskan kari daging semalam untuk dicicah dengan roti canai nanti.

Panaskan kuali dan sapukan dengan sedikit minyak.Masukkan frozen prata dan masak dengan api yang perlahan.Godakkan kacaukan 2 biji telur dan campurkan dengan sedikit garam serta lada sulah.Tuangkan 3 tbsp bancuhan telur  atas roti prata masak lagi hingga telur diatasnya hampir beku baru terbalikkan.Masak hinga telur garing.Angkat dan gulungkan kemas-kemas dan potong bulat.Siap:)

Tuesday, June 22, 2010

Papaya salad With Grilled Prawns.

Salam dan selamat  tengahari.Semalam apabila melihat Somtam kat blog tummy teringin sangat nak makan  tetapi masalah nya agak sukar untuk dapatkan betik muda.jiran sebelah ni ada pokok betik dan buahnya dibiarkan gugur je tapi cm malu nak minta...malu sangat sangat sebab tak biasa dengannya.Jadi semasa ke pasar boy yang jual buah tu bagi sebiji buah betik yang hampir masak.tak apa boleh cuba dan hasilnya seperti gambar diatas.Jika buat dengan terburu-buru pastinya ada bahan yang tercicir iaitu kacang panjang.Tak apalah sebab tidak menjejaskan rasanya.Sedap dan mantap!

Bahan-bahannya:
1 biji buah betik muda-sagat halus lebih kurang 2 1/2 cawan.
10-12 ekor udang segar-panggang
6 biji kacang panjang
1 1/2 biji buah tomato.
6-7 biji cili api-ikut selera masing2 jika suka pedas boleh tambah lagi.
5 ulas bawang putih.
2 tbsp gula melaka.
2-3 tbsp nampla
1/2 biji limau kasturi ambil jusnya.
1/2 cawan udang kering
1/2 cawan kacang tanah panggang dan tumbuk kasar.

Cara-caranya:
  • Tumbuk cili api,bawang putih ,udang kering dan gula merah.
  • Masukkan parutan betik kedalam lesung dan ketuk  perlahan-lahan dengan alu dan kacau rata .
  • Masukkan kacang panjang,buah tomato yang dipotong, nampla,jus limau dan kacang tanah.Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan udang panggang.Siap:)
Terima kasih Tummy:) walau pun masak dalam terburu-buru tapi rasanya masih lagi sedap.

Monday, June 21, 2010

Sup daging



Cili api,daun bawang,daun sup dan sambal udang geragau.

Assalamualaikum dan salam bahagia.Petang ni masak sup daging khas buat Pak Encik yang berpuasa hari ini. .....mesti ada makanan yang berkuah dan pastinya bukan makanan yang bercili.Kepada mak Encik yang suka makan pedas disediakan hirisan cili api dan sambal udang geragau.Sedap tau...bila makan dengan sup yang masih panas pastinya akan berpeluh-peluh hehe tak payah jogging:)

Bahan-bahannya:
1/2 kg daging lembu-potong ikut selera masing-masing.
3 biji kentang
1 batang lobak merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar-dadu
2 inci kulit kayu manis
2 inci halia-tumbuk
2 inci halia-ketuk
4 ulas bawang merah
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum buah pelaga
1 ketul sup bunjut
1 biji buah tomato
1 tsp lada hitam-tumbuk kasar
garam dan gula secukup rasa

Hiasan:)
daun sup & daun bawang
sambal udang geragau
bawang goreng.
limau kasturi

Cara-caranya:

  • Tumbuk halia,bawang putih dan bawang merah .
  • Panaskan minyak tumiskan kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.Masukkan bawang besar dan bahan-bahan yang ditumbuk dan masak sehingga naik bau.
  • Masukkan daging dan gaul rata .Kemudian masukkan air secukupnya serta halia ketuk serta sup bunjut .
  • Masak hingga daging betul-betul empuk baru masukkan kentang,lobak merah,buah tomato,lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan sup mendidih sehingga kentang empuk.Siap:)

Sunday, June 20, 2010

Ayam Percik

Sudah beberapa hari anak lelaki cm yang kecik ni tak ada selera makan.Bila ajak makan katanya tak selera.Jadi tengahari tadi cm masak ayam percik kegemarannya.Bila beritahu nak guna dapur arang terus nampak ceria..hehe bukan apa ni..nak main api....Jom kita lihat bahan-bahan ayam percik kali ini.

Bahan-bahannya:

3 ketul ayam(satu ekor ayam dipotong 4 dan ambil 3 ketul)
2 inci halia*
1 tsp garam*
2 ulas bawang putih*
*Tumbuk hingga hancur untuk perap ayam.

Kuah percik:
1 1/2 cawan santan pekat
1 tbsp tepung jagung
6 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
1 tsp serbuk kunyit
6 biji cili kering

Cara-caranya:
Tumbuk halia,bawang putih dan garam hingga lumat.lumurkan pada ayam dan perap sekejap.Kemudian rebus ayam dengan 2 cawan air hingga separuh masak( jika mahu kuah lebih boleh tambahkan lagi air rebusan) .Toskan...Tips dari kak yam=katanya lebih sedap jika ayam direbus separuh masak dengan santan cair,serai diketuk selain dari halia dan bawang putih.terima kasih kak yam saya pasti akan cuba tips ni bila nak masak ayam percik nanti:)

Untuk kuah:
  • Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Bancuhkan bahan kisar diatas dengan santan pekat dan air rebusan ayam hingga sebati.
  • Masukkan kedalam periuh dan masukkan serai dan asam keping. Didihkan atas api sekejap.Jangan sampai pecah minyak.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung,gula dan garam.
  • Angkat dan ketepikan.
Sementara itu panggang ayam hingga masak.Curahkan sedikit kuah dan panggang lagi sehingga kuah percik mesra dengan ayam.Balik-balikkan ayam dan sapukan kuah hingga betul-betul melekat pada ayam.Angkat dan hidangkan.Tuangkan lebihan kuah percik tadi keatas ayam.Tapi pastikan kuah percik tadi dipanaskan hingga betul-betul masak sebelum dicurahkan pada ayam untuk mengelakkan dari ianya cepat basi.







Pada sesiapa yang ingin mencuba untuk sos bbq ala cikmanggis silalah guna kuah percik ni..pasti anda akan speechless jugak.

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa buat ayahanda ku yang dikasihi yang kami panggil wan.Bila lihat gambar ni tiba-tiba rasa sebak dan menitiskan air mata.Rindu pada wan.Dah lama tak dapat balik kampung .Kali terakhir jumpa wan semasa Atiqa kahwin tempohari.Insyallah awal bulan julai nanti kita nak balik jumpa wan dan mak.

Wan menjadi yatim piatu dalam usia yang muda.Mengikut ceritanya ketika usia wan 7 tahun kedua ibu bapa wan telah meningga dunia dan wan dan adik-adiknya menumpang bapa saudaranya tapi tidak lama.Semasa usia wan 9 tahun wan telah menjadi nelayan dan bermula lah kehidupan yang amat sukar.Cm tak boleh bayangkan diusia 9 tahun wan hidup sendiri .Pada usia 20 tahun wan berkahwin dengan ibu ku.

Wan pernah jadi nelayan,penoreh getah kemudian wan naik pangkat jadi mandur semasa tinggal di Selatan Thai.Walaupun wan tidak pernah ke sekolah tapi dia amat mahir dalam bidang mathematik dan wan seorang yang sangat amanah sebab tu jugalah beliau dilantik menjadi mandur.

Semasa di Thailand wan menghantar cm dan adik bersekolah di Msia dengan menumpang dengan saudara di Pasir Mas
Wan tak mahu kami bersekolah di Thai.Setelah kembali ke Malaysia wan melakukan macam-macam pekerjaan untuk menyara kami 9 beradik.(wan dan mak masing masing mempunyai se orang anak dengan perkahwinan yang terdahulu)Akhirnya wan membuka warung makan berhampiran rumah kami.Hasil dari warung ni lah wan menyara kami adik beradik.Wan juga sangat mementingkan pelajaran anak-anaknya.Walau sesusah mana sekali pun beliau akan memastikan anak-anak akan terus bersekolah.

Alhamdulillah semua anak-anak wan telah berjaya dalam hidup masing-masing.Ada yang jadi doktor pakar,jurutera,pensyarah,pakar IT dan pegawai kanan kerajaan.Semasa orang lain tak faham betapa pentingnya pendidikan pada anak-anak wan telah mempunyai visinya sendiri.Katanya pelajaran sahaja dapat mengubah kehidupan seseorang.Wan juga seorang yang sangat menitik berat tentang nilai murni dalam kehidupan.Pesannya agar kami hidup dengan jujur dan amanah.Semasa susah dulu wan pernah berhutang dengan seorang kawannya sebanyak 10 rm .Beberapa tahun kemudian wan mengajak adik lelakiku mencari kawannya yang tinggal di Terengganu semata-mata nak bayar hutang 10 rm..Bila wan berjaya menemui kawannya itu barulah dia rasa lega.

Walaupun wan tak kaya raya tapi sekarang wan dan mak dapat hidup dengan senang dan aman.Tidak ada apa yang perlu difikirkannya lagi.Wan sangat bangga dengan anak-anaknya dan sekarang dengan cucu-cucunya pulak.Wan ada 31 orang cucu dan 4 orang dari cucunya adalah doktor.Terima kasih pada wan sebab berjaya mengubah kehidupan yang sangat miskin kepada kehidupan yang lebih baik dan selalu berdoa untuk kami.Sekarang wan telah uzur dan tidak sekuat dulu.Dalam usia menjangkau 80 tahun tahun ini wan pastinya rasa puas melihat kejayaannya mendidik anak-anak hingga semuanya berjaya. Allah sajalah yang dapat membalas kebaikan wan ini.Tak mungkin kami dapat membalasnya......Terima kasih wan!!!

Saturday, June 19, 2010

Abang,adik dan Kek coklat


Assalamualaikum dan selamat petang. Cuti sekolah akan berakhir dan isnin ini sekolah akan dibuka.Tapi nampak gayanya anak cm yang kecik ni tak dapat ke sekolah lagi kerana ada temu janji dengan doktor untuk buka jahitan didagunya."Hadiah" cuti sekolah kali ni adalah parut di dagu hehe .Biasa lah anak lelaki jika tak ada parut yang tinggal masa kecik tak sah...bukan anak lelaki namanya tu:)

Cm ada 2 orang anak lelaki dan jarak antara abang dan adik 10 tahun.....jarak dengan kakak-kakaknya pulak lagi jauh jadi sikecil ni menjadi kesayangan semua:) untung kan!! Anak kecik cm ni tergolong dalam golongan kanak-kanak yang tidak lasak jadi tak susah menjaganya .Jika main bola dia hanya jadi penjaga gol je:)



Abang main game adik tengok je..


Abang minat dalam bidang fotografi..ibu pun minat jugak:) tapi ibu suka ambil gambar makanan je:)



Sempena hari Bapa cm buat kek coklat yang menjadi kegemaran ayah dan anak-anak. ....selamat hari bapa buat "abah".Bila lihat semua anak-anak ada kat rumah ni beliaulah orang yang paling gembira.Katanya"ini lah harta yang kita ada" Alhamdulillah.Terima kasih untuk BAPA..terima kasih untuk segala pengorbanan bapa:)..terima kasih banyak-banyak.....terima kasih kerana menjadi bapa yang baik:) Allah saja lah yang dapat membalas segala kebaikan "Abah".

DEATH BY THE CHOCOLATE CAKE(sumber IKA & cmg)

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan melted butter
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur grade A
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bacarbonate
1 tsp esen vanilla.
secubit garam
1 cawan air panas mendidih

Ganache;(sumber CMG)
300 gm cooking coklat
1 tbsp butter
3-4 tbsp susu segar

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan-bahan diatas dengan menggunakan kaedah double boil.Kacau hingga sebati.Siap untuk digunakan.

Hiasan
Buah strawberry secukupnya

Cara-caranya:

  • Ayak tepung gandum,serbuk koko,baking powder,soda bicarbonate dan garam
  • Pukul telur dan gula hingga kembang
  • Masukkan baha-bahan yang diayak tadi selang seli dengan butter dan air mendidih.
  • Kacau hingga sebati dan masukkan esen vanila.
  • Sapukan loyang dengan sedikit butter dan alas dengan kertas minyak.
  • Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Biarkan kek benar-benar sejuk baru sapukan dengan ganache.
  • Hiaskan dengan buah strawberry.