Bahan-bahannya:
1 cawan udang geragau -goreng garing
1/2 cawan bawang goreng -beli yang dah siap
1/2 cawan cili api masak -panggang dan kisar kering hingga halus
10 ulas bawang putih -potong nipis dan goreng garing
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
- Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga rata.
- Panaskan sedikit minyak lebihan menggoreng udang tadi.Masukkan semua bahan-bahan tadi kedalam kuali.
- Masak dengan api yang sangat kecil dan sentiasa mengacaunya agar tidak hangus.
- Bila semua bahan-bahan tadi telah bercampur dengan sekata sejukkan sebelum di simpan dalam botol yang kedap udara.
*Hati-hati semasa menggoreng udang geragau sebab ianya cepat hangus.Guna api yang sangat kecil dan minyak yang sedikit saja.
salam cm..kakyam tahulah apa tu udang geragau..mungkin sebelah timur tak ada /dipanggil lain..
ReplyDeletesalam kak yam..kat kelantan orang panggil udang baring tu..yang kecik-kecik orang buat cencalok tu:)
ReplyDeletesalam makcik... pasti enak sama nasi putih je!
ReplyDeleteAdik dah sembuh ke?
salam sejahtera Tummy..memang sedap dimakan dengan nasi putih...lukanya dah hampir sembuh tapi hari ni demam pulak :(.Terima kasih.
ReplyDeleteOh kesian. Macam-macam jadi pulak :(
ReplyDeletesalam sejahtera Tummy..harap-harap dapat baik sebelum sekolah dibuka isnin ni.
ReplyDeletesalam kenal CM. hari-hari bertandang. jadi silent reader. hehehe. bertandang sebab nak cari idea resepi. masak ujung minggu sahaja :P
ReplyDeletenak tanya, resepi ni tak payah bubuh apa-apa jenis perasa ke? garam ke, gula ke?
salam mrs zach..ada garam dan gula secukup rasa.ikut selera masing2.Tapi seimbangkan manis dan masin.Terima kasih sudi bertandang ya:)
ReplyDeletesalam. nak tanya, guna udang geragau kering ke basah?
ReplyDelete