LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, March 16, 2009

Blueberry cheese tart

Bekalan philadelphia cream cheese masih ada dalam peti sejuk.Mengikut kata Ah Seng kat yummy bakery benda ni hanya bertahan beberapa hari saja sebaik dibuka bungkusannya.Hari tu tamak la pulak membeli sampai 4 ketul cheese.

Petang tadi cikmanggis buat blueberry cheese tart menggunakan resepi datin el. Dimusim cuti begini tiada masalah sebab ada pelanggan yang sedia menanti hehe...dua anak lelaki cikmanggis ...dorang la pelanggannya.

 Bahan-bahan untuk kulitnya:

 250 gm tepung gandum
45 gm tepung jagung
 75 gm gula icing
 150 gm butter
2 biji kuning telur
 sedikit esen vanila dan garam

 Cara-caranya:

 Ayak tepung gandum,tepung jagung,garam dan gula icing.Campurkan butter dan esen vanila ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.

Kemudian masukkan kuning telur dan uli hingga sebati.Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.

 Bahan-bahan untuk cream cheese:

 250 gm cream cheese
20 gm butter
70 gm gula kastor
 1 biji telur

 Cara-caranya:

Pukul krim cheese sampai licin dan gebu,masukkan gula dan butter ,pukul sampai sebati.

Kemudian masukkan telur,pukul lagi hingga kembang .

 Keluarkan doh dari peti sejuk.

Ambilkan sedikit doh masukkan dalam acuan tart dan tekan rata mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Potong tepi tart dengan pisau agar tepinya sekata.

Cucuk cucukkan bawah tart dengan garpu dan bakar sehingga 1/2 masak.

Kemudian masukkan cream cheese dan bakar lagi sehingga masak.

Jangan terlebih bakar takut intinya merekah dan warnanya tak cantik.

4 comments:

  1. amboi cikmanggis..cutenyer puding kaler2 ni..kalau telan mesti licin je lalu kt anak tekak kan..x terasa dh makan sampai 10 ketui rupanye..hahaha!

    ReplyDelete
  2. makcik, nak bakar tu berapa minit?
    manje tak pandai nak agak2 laa..

    ReplyDelete
  3. inahar....ya la!makan agar-agar ni tak perasan dah kenyang...gulp!gulp.. tiba-tiba perut dah mantap!hihi

    ReplyDelete
  4. MaNjE...terpulang pada jenis oven,makcik bakar dalam 15..ke...20 minit.Kena ngendap selalu kat cermin oven tu!

    ReplyDelete