Monday, March 16, 2009
Multicolour agar-agar
Tak larat nak makan "skirt Barbie doll"sb terlalu banyak...jadi cikmanggis potong kecik-kecik "skirt tu"buat puding warna warni.Anak bongsu cikmanggis sangat teruja dengan warna-warna agar-agar tu...hehe guna tipu muslihat sikit agar,jeli tu lebih menarik!...
Bahan-bahannya:
25 gm agar-agar serbuk
250 gm gula pasir
1500 ml air
1/2 tsp vanila esen
3 biji telur
1 tin susu cair
Cara-caranya:
Potong kecil-kecil agar-agar pelbagai warna.Bancuhkan serbuk agar-agar,gula,air dan vanila dalam periuk.Masak sehingga semuanya larut.Kecilkan api.Pukul telur dengan susu cair sampai benar benar sebati,jika tak nnt dia berketul-ketul.
Tuangkan kedalam adunan agar-agar tadi dan masak sampai dia mendidih.Angkat dari api dan biarkan sejuk dan agak pekat baru dimasukkan agar-agar pelbagai warna tadi.Kacau dengan berhati-hati.Tuangkan kedalam bekas dan sejukkan dalam peti ais.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah ini dipanggil recycle
ReplyDeletenamanye..heheh..kadang2 pas
recycle baru la laju sikit
nk menghabiskannye..