LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, March 16, 2009

Multicolour agar-agar

Tak larat nak makan "skirt Barbie doll"sb terlalu banyak...jadi cikmanggis potong kecik-kecik "skirt tu"buat puding warna warni.Anak bongsu cikmanggis sangat teruja dengan warna-warna agar-agar tu...hehe guna tipu muslihat sikit agar,jeli tu lebih menarik!... Bahan-bahannya: 25 gm agar-agar serbuk 250 gm gula pasir 1500 ml air 1/2 tsp vanila esen 3 biji telur 1 tin susu cair Cara-caranya: Potong kecil-kecil agar-agar pelbagai warna.Bancuhkan serbuk agar-agar,gula,air dan vanila dalam periuk.Masak sehingga semuanya larut.Kecilkan api.Pukul telur dengan susu cair sampai benar benar sebati,jika tak nnt dia berketul-ketul. Tuangkan kedalam adunan agar-agar tadi dan masak sampai dia mendidih.Angkat dari api dan biarkan sejuk dan agak pekat baru dimasukkan agar-agar pelbagai warna tadi.Kacau dengan berhati-hati.Tuangkan kedalam bekas dan sejukkan dalam peti ais.

1 comment:

  1. wah ini dipanggil recycle
    namanye..heheh..kadang2 pas
    recycle baru la laju sikit
    nk menghabiskannye..

    ReplyDelete