LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, December 10, 2009

bercuti

Salam buat kawan-kawan yang singgah ke blog jom masak jom makan makan,terima kasih kerana sudi singgah.Terima kasih kepada kawan kawan yang tinggal jejak kat chat box....cikmanggis akan bercuti panjang..insyallah tahun depan akan bersiaran lagi:) Sebelum mengundur diri cm nak ucapkan selamat tahun baru 2010.Semoga tahun baru akan menjanjikan kemakmuran untuk semua rakyat Malaysia....doa yang baik baik je !!!amin

Tuesday, December 8, 2009

beriani keli

ni alamat kedainya:) khas buat gerau...cuba jgn tak cuba :)

beriani keli

Hari ni cm tak masak....dapur cm dah 2 hari tak berasap.Suami out station,anak anak tak balik.Cm dgn sikecik je kat rumah...apa lagi kami jalan jalan cari makan:)......Kawan cm Liza beritahu ada beriani sedap kat Dengkil,keluar paper star....hmmm boleh cuba ni.Pagi pagi talipon liza..jom dengkil..liza kata ok:)..... Cm nak cuba beriani ikan keli,first time dengar ikan keli beriani.Cm beli tapau 2 bungkus.Anak cm order ayam dan cm nak ikan keli.Hmmm really good!!berbaloi baloi..beriani keli rm7.00 ,ayam rm 8.50 dan kambing rm 10.50.(liza kata dia suka cik kam :)..dia suka kambing. Nasinya pun dah sedap..yummy(sori gambar kabur) Ikan keli beriani!

Sunday, December 6, 2009

carrot soup

Sejak hari raya korban hari tu asyik makan daging je,perut pun dah rasa sendat jadi hari ni nak longgarkan sikit perut ni dgn makan roti dan sup.Jom lihat resepinya.Maaf lah cm tak traslate pun,cm CnP dari SINI

Ingredients

For soup: 25g/1oz unsalted butter 1 large onion, chopped 2 tbsp fresh ginger, peeled and finely grated 2 cloves garlic, minced 600g/1lb 5oz carrots, peeled and cut into 2.5cm/1in pieces 675ml/1pint 2fl oz stock For lemon cream: finely grated rind of one lemon 55ml/1¾fl oz double cream fresh chives, for garnish

Method

1. Melt the butter in a heavy large pot over a medium-high heat. Add the onion and cook for about 4 minutes. Add the ginger and garlic; cook for another 2-3 minutes. 2. Add the chopped carrots and sauté for another 1-2 minutes. Add the chicken stock and bring to the boil. Reduce the heat and simmer until the carrots are very tender, about 20 minutes. 3. While the soup is cooling slightly, prepare the lemon cream. In small bowl, combine the double cream and the grated lemon zest. Cover with cling film and refrigerate. 4. Pureé the soup in batches in a blender or food processor. Return the soup to the pot. Season with salt and pepper to taste. Bring the soup back to a simmer, thinning with more stock, if necessary. Just before serving, grate in a bit more fresh ginger. Ladle into bowls and use a teaspoon to drizzle, or a plastic squirt bottle to draw, a pattern onto the surface of the soup with the lemon cream. Top with finely snipped chives.

Monday, November 23, 2009

kek coklat cheese

Pertama kali buat kek coklat cheese ni,hasilnya agak lumayam.Maaf ya dah lupa kat mana ambik resepi ni.Bila cm jumpa blognya akan cm link kan ya.Cm dah ubah suai sikit resepi ni .Jom kita lihat resepinya:)

 Bahan-bahannya:)

 (A) 180 gm butter
20 gm serbuk koko
 170 gm gula halus
 4 biji telur
 120 gm tepung naik sendiri
 1 tsp baking powder

 (B) 500 gm cream cheese
120 gm gula halus
1 tsp esen vanila
 2 biji telur

 Cara-caranya:) (A)
  • Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder 2x-ketepikan
  • Pukul butter dan gula hingga gebu
  • Masukkan telur dan pukul lagi .
  • Kemudian masukkan tepung dan kacau sampai sebati-ketepikan
(B) Pukul keju hingga kembang.Masukkan gula,pukul lagi hingga gula hancur. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul hingga adunan benar-benar sebati
  • Sapukan loyang dgn butter dan alas dgn kertas minyak.
  • Tuangkan separuh adunan (A) kedalam loyang.
  • Kemudian tuangkan (B) hingga habis.. keatas (A)
  • Akhirnya tuangkan adunan(A) yang separuh lagi ke atas(B)
  • Bakar hingga masak.

Sunday, November 22, 2009

lapar

Dari pagi sampai petang cuaca mendung sekejap-sekejap hujan renyai-renyai.Perut asyik lapar je.Suami dah janji.......mama tak yah masak malam ni,abang belanja....ok,bagus tu tapi perut dah lapar.Masuk dapur terus masak express........ayam kari dan roti tebal bakar.Goreng mee siput makan dgn sambal ikan bilis..alas perut:)

Friday, November 20, 2009

Lembu

Sebenarnya tak sampai hati nak pandang muka lembu ni tapi apakan daya ..memang makanan aku!.. Hati,limpa dan perut

Thursday, November 19, 2009

kek coklat yogurt

Hitam-hitam si tampuk manggis. Sungguh pun hitam rasanya manis:) Terima kasih pada kak ton dari bukit antarabangsa.Resepi ni cm dapat dari kakton puluhan tahun yg lalu dan menjadi kegemaran seisi rumah:) Bahan-bahannya:) 3 biji telur 250 gm butter-cairkan atas api 2 cawan gula pasir(kita guna gula kastor) 1 cawan yogurt 1 cawan serbuk koko 3 cawan tepung gandum(kita guna 2 3/4 cawan) 2 sudu teh penuh soda bicarbonat 1 sudu teh esen vanila 1 cawan air panas mendidih Cara-caranya:)
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan butter,yogurt dan vanila esen
  3. Ayak tepung gandum,serbuk koko dan soda bicarbonat 2 kali
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Berselang seli dgn air panas hingga habis.
  5. Kacau hingga betul-betul rata,masukkan dalam loyang
  6. Hentak-hentakkan perlahan -lahan loyang tadi.Bakar sehingga masak
1 cawan plain yogurt Cairkan butter atas api 1 cawan air mendidih Gaul sebati Hentakkan sikit sebelum bakar Sebiji kek yang besar

Wednesday, November 18, 2009

Tau Sar Piah

Tau Sar Piah..bukan nama orang tapi nama makanan...nak kata biskut,bukan biskut tapi geng dgn siew pau dan seangkatan dgnnya.Sudah lama teringin nak buat kuih ni tapi berkali kali ulang ke blog MADIHA tak berani mencuba sebab nampak rumit.Hari ni cm kuatkan semangat mencubanya,bila berjaya nak "eksen" sikit dengan ipar duai..nak nunjuk yang cm berjaya masak kuih kegemaran ipar duai ku itu. Hehe selalunya bila ada niat dalam hati je nak "riak" sikit(sikitt je) pun tak boleh,terus dapat pembalasannya....cm tersilap sukatan gula dalam intinya.Terkurang ..betul-betul terkurang sehingga menjejaskan rasa tau sar piah ku ..hu hu hu.Astaghfirullah..mudah-mudahan di jauhkan hati ku ini dari perasaan riak ..amin. Jom lihat resepinya: Doh minyak(A) 250 gm tepung gandum 70 gm lemak sayuran 70 gm minyak masak(kita guna minyak jagung) Doh air(B) 500 gm tepung gandum 130 gm minyak masak 130 gm lemak sayuran 1 sudu teh gula 200 gm air 1 sudu teh lemon jus Inti: 200 gm minyak masak -untuk goreng bawang 18 biji bawang kecil 3 1/2 sudu teh garam 330 gm gula 2 sudu teh lada sulah 600 gm mug bean(kacang hijau tanpa kulit) Hiasan: 3 sudu makan bijan panggang(cm tak panggang pun) 1 biji kuning telur+2 sudu teh air-kacau Cara-caranya:
  • Rendam kacang semalam,kukus sampai lembut dan lenyek sampai hancur
  • masukkan gula,garam,lada sulah kedalam kacang yang telah dihancurkan tadi
  • Panaskan minyak ,goreng bawang sampai garing dan ramaskan tapi jangan terlalu hancur
  • Masukkan adunan kacang tadi kedalam kuali dan masak sampai kering
  • bulat-bulatkan inti kepada 16 gm sebiji sebanyak 100 biji
  • Campurkan semua bahan-bahan untuk doh (A) dan rehatkan selama 20 minit dan bahagikan kepada 100 biji
  • Adunkan doh (B) hingga sebati,rehatkan selama 20 minit dan bulat-bulat kan kepada 100 bebola kecil
  • Ambil bebola (A) dan balut dgn bebola (B).Gelekkan hingga leper kemudian gulung dan buat proses yang sama sebanyak 3 kali.
  • Akhir sekali gelekkan sampai leper dan masukkan inti.Bulatkan.Buat proses yang sama hingga siap.
  • Sapukan dengan kuning telur dan tabur dgn bijan
  • Bakar selama 20 minit atau hingga kuning dgn kepanasan 180 darjah celcius
(untuk lebih jelas sila ke blog MADIHA ya)..terima kasih Madiha sebab cm selalu usung resepi dari blog Madiha:)

Tuesday, November 17, 2009

Broken Glass Agar-agar

Bahan-bahannya:) (A) 10 m agar-agar powder 700 ml air 150 gm gula 2 helai daun pandan pewarna merah,kuning dan hijau (B) 20 gm serbuk agar-agar 1500 ml air 250 gm gula 2 helai daun pandan Cara-caranya:)
  • Satukan semua bahan-bahan (A) kedalam periuk dan masak hingga hingga mendidih dan semuanya sebati
  • Keluarkan daun pandan dan bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan merah,hijau dan kuning dan biarkan agar-agar keras
  • Dgn menggunakan pisau bergerigi,potong agar-agar kepada bentuk 3 segi dgn ukuran 2 "
  • Campurkan semua bahan-bahan (B) dalam satu bekas dan masak sampai mendidih dan semua bahan-bahannya hancur.Biarkan atas api yg perlahan.
  • Aturkan agar-agar yang warna warni tadi dalam satu bekas berukuran 8".Tuangkan agar-agar yang mendidih tadi keatasnya.
  • Bila sudah sejuk,masukkan dalam peti ais.Potong mengikut selera masing-masing.
Sumber:Buku Jolly JellyWong kee sum

Jom lunch !

Hari ni cm makan nasi..hmm..puas! Ikan kembung goreng kunyit..goreng garing-garing Nasi putih...hmm kena sukat..badan dah ehem ehem... ulam pegaga bunga kobis ,brocoli dan terung tempura Sup tulang ayam Penambat selera..budu & sambal tempoyak:)

Sunday, November 15, 2009

Soft Pretzel with caramel sauce

Sudah lama dok pasang niat nak buat pretzel sendiri baru petang ni tertunai hasrat dihati.Alhamdulillah setelah singgah ke blog Rinn terserempak dgn resepi ni.Terima kasih Rinn.Bila makan pretzel tak sah jika tak ada caramel sauce.Cm jumpa resepi nya kat SINI.Jom lihat gambar dulu nnt resepinya cm tulis kemudian.Kat luar tu guruh sambung menyambung.Takut kena kilat lap top ni.

Nasi goreng ikan masin

Jom sarapan.Dah lama tak makan nasi goreng ikan masin ni.Cm ambil resepi dri myr..jom tengok apa bahan-bahannya ya.Maaf sebab cm copy & paste je resepi ni.terima kasih che'iza

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 3 mangkuk nasi
  • 1/2 labu bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 8 biji cili padi diketuk
  • Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb nampla (sos ikan)
  • 2 helai kailan
  • 1 btg kacang panjang dipotong kecil
  • lobak merah di potong kecil
  • sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara

  1. Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.
  2. Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.
  3. Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

Palm garden &golf






Tengok tu!!!gambar yg kecikk kat kolam tu...anakku:)..dan kaki yg terjulur dari rimbunan pokok kelapa sebelah kanan tu adalah kaki suami ku tersayang!jd life guard:)



Selamat pagi.Ada gambar gambar semalam yang cm nak kongsi dgn kawan kawan ni.Setiap kali kami turun ke Johor,ni tempat fvrt kami.Walaupun jauh dari Jb tapi lebih selesa dan tak sibuk.Pada suami-suami yang kaki golf ..mmg sesuai...(.tp suami ku zzzzzzzz je kat sini )hehe...dan pada anak anak dan ibu ibu yang suka berendam dalam kolam...mmg best....(.tp daku takut air jika guard kasi terjun dengan kain batik jawa ok gak).Jom kita lihat pemandangan yang sempat cm abadikan semalam sebelum bertolak kerumah datin el

Saturday, November 14, 2009

Kenduri rumah datin el

Psst ni gambar datin el :) Tetamu yang datang bertali arus.Yang pakai baju biru dan kain petak tu adalah datin el hehe jangan marah datin cm letak gambar datin:) Pengantin sedang memotong kek Pelamin Pengantin yang cantik manis...ini lah menantu pertama datin el..tahniah datin Gambar di bawah ni..anak buah datin el..selamat bertunang !semoga ke jinjang pelamin.Tahniah juga buat Tuan Haji Nasir kerana bakal menerima menantu!jgn lupa jemput cm lagi ya:) Penat betul hari ni,pukul 6pm baru sampai ke Putrajaya.Walaupun cm tak pandu kereta masih juga terasa penat tapi puas...puas dapat menghadiri majlis perkahwinan anak datin el.Terima kasih pada anak cm angah kerana memandu kereta dari putrajaya ke jb dan jb ke Putrajaya...orang muda ni tak tahu penat hehe.Jom kita tengok gambar yang sempat cm ambil.Banyak lagi gambar dalam kamera angah..nanti cm masukkan dalam n3 yang akan datang.