LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, November 18, 2009

Tau Sar Piah

Tau Sar Piah..bukan nama orang tapi nama makanan...nak kata biskut,bukan biskut tapi geng dgn siew pau dan seangkatan dgnnya.Sudah lama teringin nak buat kuih ni tapi berkali kali ulang ke blog MADIHA tak berani mencuba sebab nampak rumit.Hari ni cm kuatkan semangat mencubanya,bila berjaya nak "eksen" sikit dengan ipar duai..nak nunjuk yang cm berjaya masak kuih kegemaran ipar duai ku itu. Hehe selalunya bila ada niat dalam hati je nak "riak" sikit(sikitt je) pun tak boleh,terus dapat pembalasannya....cm tersilap sukatan gula dalam intinya.Terkurang ..betul-betul terkurang sehingga menjejaskan rasa tau sar piah ku ..hu hu hu.Astaghfirullah..mudah-mudahan di jauhkan hati ku ini dari perasaan riak ..amin. Jom lihat resepinya: Doh minyak(A) 250 gm tepung gandum 70 gm lemak sayuran 70 gm minyak masak(kita guna minyak jagung) Doh air(B) 500 gm tepung gandum 130 gm minyak masak 130 gm lemak sayuran 1 sudu teh gula 200 gm air 1 sudu teh lemon jus Inti: 200 gm minyak masak -untuk goreng bawang 18 biji bawang kecil 3 1/2 sudu teh garam 330 gm gula 2 sudu teh lada sulah 600 gm mug bean(kacang hijau tanpa kulit) Hiasan: 3 sudu makan bijan panggang(cm tak panggang pun) 1 biji kuning telur+2 sudu teh air-kacau Cara-caranya:
  • Rendam kacang semalam,kukus sampai lembut dan lenyek sampai hancur
  • masukkan gula,garam,lada sulah kedalam kacang yang telah dihancurkan tadi
  • Panaskan minyak ,goreng bawang sampai garing dan ramaskan tapi jangan terlalu hancur
  • Masukkan adunan kacang tadi kedalam kuali dan masak sampai kering
  • bulat-bulatkan inti kepada 16 gm sebiji sebanyak 100 biji
  • Campurkan semua bahan-bahan untuk doh (A) dan rehatkan selama 20 minit dan bahagikan kepada 100 biji
  • Adunkan doh (B) hingga sebati,rehatkan selama 20 minit dan bulat-bulat kan kepada 100 bebola kecil
  • Ambil bebola (A) dan balut dgn bebola (B).Gelekkan hingga leper kemudian gulung dan buat proses yang sama sebanyak 3 kali.
  • Akhir sekali gelekkan sampai leper dan masukkan inti.Bulatkan.Buat proses yang sama hingga siap.
  • Sapukan dengan kuning telur dan tabur dgn bijan
  • Bakar selama 20 minit atau hingga kuning dgn kepanasan 180 darjah celcius
(untuk lebih jelas sila ke blog MADIHA ya)..terima kasih Madiha sebab cm selalu usung resepi dari blog Madiha:)

18 comments:

  1. cantik akak punya tau sar piah tu,mesti sedap nih.

    ReplyDelete
  2. salam kak ,sy sukeee tau sar ni .dedulu pernah makan buatan org kelantan,tapi sekarang dah tak pernah jumpa.kalau katpenang ni susah tak halal punya.nnti nak try test ler

    ReplyDelete
  3. "bukan nama orang" hahaha, lawak la mc manggis!

    ReplyDelete
  4. Salam cik manggis,
    tak ingat saya penah makan tak tausarpiah ni. camana rupa inti dia ya kak?
    nak rasa seketul, bole? ;)

    ReplyDelete
  5. salam kenalan..
    blog yg sgt best
    jemputla ke blog sy n jgn sgn2 to be my follower..;)

    ReplyDelete
  6. Eh sedap pula nama tau sar piah tu. Ni saya ramal ye. Asal usul tau sar piah adalh bermula dengan kisah impian seorang ayah nak makan sesuatu, pastu kan anak die masak la sejenis kuih mcm kat gambar atas tu kan, pastu kan ayah die suka je makan kuih tu. Jadi anak dia cakap la dalam hati bahawa TAU kuih SARapan PIlihan ayAH. maka jadilah TAU SAR PIAH (".)

    ReplyDelete
  7. cam complicated jer nk buat ni...tp nak mkn..hu huuu...nak rasa 2 ketui ada lg x?

    ReplyDelete
  8. Salam kakCM....
    Waaaa.... cam2 resepi kakmanggis try buat ya.... cam biasa kita tak biasa try cam2 gini...hihi
    Apa2 pun tentu best tuh... :D

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan lagi.Kalau cuba buat susah sikit sebab kuih ni punya tinggi kesabaran untuk membuatnya.

    ReplyDelete
  10. Maria..t.kasih.kita ada silap sukat gula jd rasa ada cacat sikit:(

    ReplyDelete
  11. chik mi..tula pasal,susah nak jumpa yg halal ,jd cm cuba buat,alhamdulillah.t.kasih kat Madiha.

    ReplyDelete
  12. kog..hehe ,kot nama Tausarpiah hihi

    ReplyDelete
  13. indahouse..kulit dia rasa flacky,hati hati sb masa makan jatuh bersepai hihi,intinya yg sedap,rasa manis dan rasa bawang goreng.unik rasanya

    ReplyDelete
  14. hazlina..t.kasih,insyallah nnt cm follow

    ReplyDelete
  15. cikgu zam..hehe kreatif cikgu kita ni:) bleh jd lawak antarabangsa!!terima kasih kerana menceriakan blog makcik ni:)

    ReplyDelete
  16. Ena-zarina..rasanya jika 2 atau 3 kali buat tak susah sangat tp 1st time tu leceh gak

    ReplyDelete
  17. fzi..hehe nak yang mencabar sikit!:)

    ReplyDelete
  18. zaitun..jika nak senang kita buat inti awal sehari,pastu esoknya baru buat kulit.

    ReplyDelete