LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts sorted by relevance for query keledek. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query keledek. Sort by date Show all posts

Monday, January 31, 2011

Tumis Daun Keledek

Salam dan selamat sejahtera.Hai cuaca sejuk je beberapa hari ini.Perut asyik lapar minta di isi:).Sekarang ini penduduk kat rumah Cm bertambah dua orang hehe.Seronok bila masak gerenti ada sambutan.Kebetulan menantu Cm suka makan nasi jadi kami memang geng le sebab Cm pun suka makan nasi .
Tengahari tadi Cm masak Tumis Daun Keledek dengan udang kering.Ini merupakan sayur kegemaran Pak encik.Orang cina memang suka daun keledek dimasak cara begini tapi orang melayu pula  suka masak lemak daun keledek dengan ubi  keledek.Apa cara sekali pun kami sekeluarga memang suka sayur daun keledek ni....licin tak berbaki:)....hehehe...berapa banyak keledek daa....
Bahan-bahannya:
3 ikat daun keledek.
3 tbsp udang kering.
10 ulas bawang putih(bawang putih saiz yg agak kecil)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit lada sulah
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya:
  • Bersihkan daun keledek dan asingkan daun dari batang nya.
  • Kemudian kupas buang kulit luar dahan keledek seperti gambar diatas dan potong mengikut selera masing masing
  • Tumbuk bawang putih dan udang kering kasar -kasar
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan udang kering tumbuk tadi  hingga wangi.
  • Masukkan bahagian batang/dahan dahulu dan kacau hingga rata dan lembut.
  • Kemudian baru masukkan daun keledek,balik-balikkan.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.Lepastu masukkan lada sulah.
  • Jika terlalu kering boleh masukkan sedikit air.Siap:)

Wednesday, July 15, 2009

Donat keledek

Selamat petang semua..petang ni "tea Time" makan kuih apa?.....jika minum air bujang je tak best la..terutama anak-anak.Mak-mak ni memang jaga makan...jika boleh tahan perut ni,rasa nak makan buah je:)p...tapi anak-anak mau mogok lapar jika suruh makan buah-buahan sepanjang hari...katanya tak adil hihi Hari ni cikmanggis cuba resepi Donat Keledek yang cikmanggis dapat dari Blog My kitchen snippet Pada mulanya nak buat kuih keria sebab keledek yang Datin El kasi masih banyak lagi tapi bila mengunjungi blog MKS rasa ingin mencuba resepi yang lain dari yang lain ni.Dulu-dulu bila buat donat cm bubuh kentang lenyek,tapi kali ni masukkan keledek..masa menggorengnya ,bau keledeknya sangat harum.Bahagian luarnya sangat ranggup sedangkan bahagian dalamnya sangat lembut.Cubalah..pasti tidak menghampakan! Bahan-bahannya:) 320 gm tepung gandum(jika lembik,tambah sedikit tepung) 2 tsp yis segera 1/2 tsp garam halus 150 gm keledek lenyek 2 tbsp gula 30 gm butter 100 ml air Cara-caranya:) Masukkan semua bahan-bahan kering kedalam mangkuk .Kacau rata baru masukkan air dan butter.Uli sampai sebati dan biarkan adunan naik sebentar. Apabila adunan telah naik uli lagi buang angin dari adunan tadi .Gelekkan mengikut ketebalan yang dikehendaki .Terap dengan acuan donat.Biarkan sekejap lebih kurang 15-20 minit atau sehingga donat naik baru digoreng. Goreng dengan api yang sederhana .... ambil masa sikit untuk menggoreng donat keledek ni agar bahagian dalamnya benar-benar masak.Taburkan dengan gula halus.Siap!

Monday, January 10, 2011

Bebola Keledek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Beberapa hari lepas Cm beli beberapa ketul keledek kuning kat pasar.Niat dihati nak buat kuih Cek Mek Molek tapi selepas keledek  direbus dan tersimpan didalam sejuk selama 2 hari ,maka hari ini Cm ubah fikiran.Cm buat bebola keledek.Sebenarnya tertarik dengan bebola keledek kat blog Lena..cantik warnanya jadi Cm pun guna resepi Lena .Terima kasih ya Lena sayang:)dan maaf ya...Cm tambah sebiji telur ayam agar ianya lebih lemak.
Bahan-bahannya:
1 Ib keledek -rebus dengan sedikit garam dan lenyek hingga hancur
12 tbsp tepung gandum-cm guna lebih sedikit sebab tambah telur.(agak-agak jika terlalu lembut tambah tepung sedikit demi sedikit)
1 biji telur saiz C
3 tbsp kelapa parut.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan bahan diatas dan adun hingga sebati.Jika adunan agak lembik sb telur, tambahlah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga  ianya tidak melekat ditangan.Kemudian bentukan bulat bulat dan goreng hingga masak...senang kan:)

Thursday, July 3, 2014

Kuih Bom

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi-pagi lagi Cm telah sediakan bahan-bahan untuk buat kuih bom.Rancangan asalnya hendak guna keledek tetapi keledek pula tak ada jadi Cm ganti dengan labu.Pertama kali buat  kuih bom guna labu,bimbang jugak takut bom meletup nahas nanti hehe.Alhamdulillah semasa  menggorengnya Cm telah bersedia dengan perisai bimbang akan berlaku letupan hehe tetapi cantik kejadiannya.Tidak meletup.Kira berjaya :)

Kuih Bom @ Golek Lengo.

Resipi asal : AlongRoz.

Bahan-bahannya:

80 gm keledek-kukus hingga empuk dan lenyek halus.
120 gm tepung pulut.
20 gm tepung gandum.35 gm gula kastor.
Secubit garam.
100 ml air.
Bijan secukupnya untuk salut.
Inti kelapa.


Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali bijan dan intinya.
  • Gaul sehingga menjadi doh yang licin.
  • Bahagikan menjadi 12 ketul.
  • Leperkan dan isikan dengan inti kelapa.Tutup dengan kemas dan bentukkan menjadi bebola.
  • Golekkan dengan bijan.
  • Goreng sehingga perang.

Tadi Cm buat dua adunan dan Cm dapat 25 biji untuk di frozenkan.Senang bila rasa nak makan kuih bom keluarkan 1 jam awal dari freezer dan goreng seperti biasa.Terima kasih Gert kerana ajar Cm cara-cara nak sejuk bekukan kuih bom ni.

Jika ada yang ingin menggantikan keledek dengan labu ,kena kurangkan air kerana labu agak berair setelah  di kukus.Kena pandai-pandai adjust la ya.Terima kasih banyak banyak pada AlongRoz kerana banyak kali Cm guna resipi ini.Alhamdulillah sungguh berpuas hati.

Inti Kelapa.(AlongRoz)

Bahan-bahannya:

50 gm gula Melaka.
50 gm gula pasir.
50 ml air.
150 gm kelapa parut.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masak gula dan air sehingga mendidih.Masukkan daun pandan dan kelapa parut.masak perlahan-lahan sehingga kering.sedia untuk di gunakan.


**** Ada kawan Cm tanya samada bubuh labu atau keledek lebih sedap...sebenarnya letak keledek lagi sedap.Kuih bom yang letak labu kena goreng dengan berhati hati kerana walaupun bahagian luarnya telah masak tetapi dalamnya belum .Jika diberi pilihan Cm akan guna resipi asal dari AlongRoz.Lebih senang dan sedap.

Wednesday, July 7, 2010

Sandwich Tuna & Kuih Keria

Sandwich Tuna & Green Tea-jika agak-agak rasa malas untuk buat kuih minum petang bolehlah cuba sandwich ni tapi jika rajin sikit..boleh cuba buat kuih keria yang kat bawah tu :)
Bahan-bahannya:
1 buku roti
1 tin tuna flakes.
1/2 labu bawang besar cincang
1/3 tsp serbuk lada putih.
Sedikit gula.
3 tbasp mayonnaise.
sedikit butter untuk disapu pada roti.
salad,timun & buah tomato.
Cara-caranya:
  • Gaulkan tuna bersama mayonnaise,gula,lada putih dan bawang cincang.
  • Sapukan roti dengan sedikit butter dan isikan dengan bancuhan tuna.
  • Susunkan salad,potongan timun dan potongan buah tomato.
  • Gulungkan kemas-kemas & potong 3 dan cucuk dengan penyucuk sate.Siap:)
Bahan-bahannya:)
250 g keledek
50 g tepung gandum.
15 g tepung pulut.
secubit garam.
sedikit air bergantung pada jenis keledek yang digunakan.
Cara-caranya:
  • Rebus keledek hingga empuk jangan lupa masukkan sedikit garam.
  • Lenyek hingga hancur dan masukkan tepung pulut dan tepung gandum.
  • Uli hingga rata dan bentuk kan seperti dalam foto diatas.
  • Goreng hingga perang dan sira dengan gula..
*Masakkkan 1/3 cawan gula dengan 3 tbsp air hingga pekat.masukkan kuih yg di goreng tadi dan kacau perlahan-lahan hingga terbentuk biji biji halus gula di keliling kuih.Siap:)

**cm tak guna air semasa mengadun doh keria ni sebab jenis keledek yang digunakan sangat lembut.keledek yang berwarna kuning.....Terima kasih pada Sonia.Resepi asalnya sila klik DISINI

Saturday, October 2, 2010

Udang Masak Kapitan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dah makan tengahari?Wah ..masih ada jemputan rumah terbuka ya:)...badan pun dah kembali tembam...alamak susah nak tolak bab makanan ni..tak apalah petang nanti kena jogging hehe.

Ini menu lauk untuk lunch kami anak beranak.Selalunya jika beli udang cm masak sambal atau masak lemak kuning atau sup tapi kali ini nak cari kelainan.Dan hasilnya sungguh "lumayan"sikecik tu terus ke dapur kerana katanya bau yang sangat wangi datang dari arah  dapur hehe..hidung nya ada alat pengesan khas hehe.
Bahan-bahannya:
1 kg udang (cm guna 1/2 kg)
2 batang serai
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
15 biji cili merah ( cm guna 6 biji cili masak)
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan.
3 helai daun limau purut.
3 biji ubi keledek(cm guna 2 biji )
1 biji kelapa(cm guna 1 paket santan serbuk)
garam dan gula secukup rasa.
cili merah dan hijau belah dua.

Cara-caranya:
  • Cuci udang dan toskan.
  • Blend cili masak,bawang merah,bawang putih,buah keras,serai,halia,belacan ,kunyit dan lengkuas hingga hancur.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yg dikisar hingga naik minyak dan baunya.
  • Masukkan santan(1 paket +2 cawan air),masukkan keledek,daun limau purut dan masak hingga keledek empuk.
  • Kemudian baru masukkan udang dan rasakan garam dan gula secukup rasa.Last sekali masukkan cili hijau dan merah yang dipotong.
 Tumis baha-bahan kisar hingga naik minyak& baunya
 Masukkan santan,keledek dan daun limau purut
 Bila keledek dah empuk baru masukkan udang,garam dan gula secukup rasa:)
 Siap:)
Sumber:   Resepi asalnya dari Chef Ismail.

Wednesday, November 20, 2013

Moi Keledek Unggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jangan pandang sebelah mata bila nampak bubur ni ya.Jka kena gaya makan semangkuk ..nak dua mangkuk tetapi harus ingat berhenti sebelum kenyang :)Jom kita lihat resipinya.......

Bahan-bahannya:

2 cawan beras wangi.-cuci &toskan.
1/2 cawan hirisan daging.
Garam secukup rasa.
3 ketul keledek unggu-potong kiub.
3 ulas bawang putih-ketuk.
1 ketul kecik halia-ketuk.
1/2 tsp serbuk lada sulah.
Air secukupnya.



Hiasan:

Bawang goreng.
Daun sup dan daun   bawang.
Sambal udang kering.
Ikan bilis goreng.




Cara-caranya:

  • satukan beras,daging,halia,bawang putih,garam dan lada sulah ke dalam periuk yang sesuai.Tuangkan air secukupnya.
  • Masak sehingga menjadi bubur .Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air panas sehingga mendapat kepekatan yang diinginkan.
  • Akhir sekali masukkan kiub keledek dan masak sehingga keledek empuk.
  • Jangan masuk terlalu awal ,nanti keledek akan hancur.
  • Hidang bersama sambal udang kering,bawang goreng,daun bawang dan daun sup serta ikan bilis goreng.


Selamat menjamu selera ...rezeki  yang datang dari sumber yang halal itu penuh dengan keberkatan.Insyallah.




Wednesday, November 18, 2015

KEBUN MINI SAYA BAHAGIAN 2

Pagi ini saya hendak sambung bercerita tentang kebun mini saya atau pun kebun pasu saya.Sebenarnya hasil tidaklah seberapa tapi kepuasan dan keseronokan tidak dapat di hitung atau dikira....sebenarnya tidak layak di panggil kebun pun hehe....saja hendak tambah cerita hehe

Pokok Holly Basil.

Sejenis pokok herba yang tahan lasak dan panjang hayatnya.Kegunaannya sebagai ulam.

Pokok Turi.

Sedap di masak lemak putih dengan keledek dan di tumis dengan ikan bilis atau di masak dengan telur dadar.
Pokok Selom.

Di makan begitu saja dengan sambal belacan atau di buat urap dengan tauge .Di jadikan ulam untuk nasi kerabu dan laksa.

Pokok pudina.

Daun pudina banyak kegunaannya dalam masakan.Saya gunakan untuk masakan nadi beriani,untuk buat dipping dengan homemade yogurt,ulam,rencah dalam laksa dan yang paling best sekali untuk teh pudina.Tengok la tu..tak sempat nak membesar kena petik.

Pokok Limau Purut.

Daun limau purut memang banyak kegunaan di dapur saya.Bahan untuk masak tom yam,nasi kerabu ,masak mihun goreng,rendang dan lain lain lagi.Tetapi pokok ini banyak musuh terutamanya sejenis ulat hijau yang suka makan pucuknya.
Limau Kasturi.

Ulat hijau suka serang pucuknya.Sama dengan pokok limau purut .Kadang kadang ada  bena yang menyerang di dahan muda serta di bawah belakang daunnya.


Pokok keledek.

Aikk keledek tanam dalam pasu? Hehe ya..Makcik Manggis gila bercucuk tanam apa yang boleh tanam makcik tanam.Saya suka makan pucuk keledek rebus cicah sambal belacan.Pekena dengan ikan goreng..pengsan dua kali hehe.Kadang kadang suami mengusik katanya tak nk tanam durian ke dalam pasu?hehe boleh ..durian belanda tetapi sayangnya dah mati.

Okay lah setakat ini.Nanti Makcik Manggis sambung dengan kebun setinggan di luar pagar pulak.



Tuesday, September 20, 2016

Kuih Angku KeledekUnggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ini pagi-pagi lagi saya masak kuih Angku keledek Unggu.Dan ada kawan-kawan yang inginkan resipinya.Sebenarnya resipi yang sama dengan Angku labu untuk warna kuning dan kali ini tukar kaler saja.Kuih in memang kegemaran saya dan suami.Saya buat saiz yang agak kecik jadi setakat 5 biji tu sekali hadap je hehe....


Ada kawan yang bertanya katanya nak buat kuih ni mesti susah errkk...Oh tidak jika kita rancang awal-awal iannya sungguh mudah.Sehari sebelumnya saya telah siap sediakan intinya dan saya dah kukus keledek dan simpan dalam peti sejuk.Hari ini tinggal buat doh untuk kulitnya sahaja.Jom kita lihat resipinya.Insyallah kawan-kawan pun boleh buat ni :)p

Kuih Angku Unggu.

Bahan-bahannya:)

Doh Kulitnya.

200m tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
150gm keledek unggu-kukus dan hancurkan.
1 tbsp gula.
150ml santan-saya guna santan kotak.

Intinya.

150 gm kacang hijau tanpa kulit.
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.

daun pisang secukupnya.

Cara-caranya:)

  • Rendam kacang hijau selama 4 jam dan toskan.
  • Kukus sehingga empuk.
  • kisar dengan food processor sehingga halus.
  • Panaskan 4 tbsp  minyak dalam kuali yang tidak melekat dan masukkan kacang kisar tadi serta gula.Masak dengan api perlahan sehingga dapat dibentuk bebola kecil untuk intinya terpulang pada saiz acuan kuih Angku anda.
Kulit.

  • Satukan gula,minyak dan keledek serta santan dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Masukkan tepung dan uli sehingga licin dan sebati.
  • Bulat-bulatkan mengikut saiz acuan masing-masing.saiz... acuan kuih saya sangat kecil.
  • Balut inti dengan doh dan bulat bulatkan dengan kemas.
  • Masukkan kedalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk coraknya.
  • Keluarkan dengan mengetuk perlahan-lahan ke atas daun pisang yang disapu dengan sedikit miyak masak.
  • Aturkan dalam pengukus dan kukus selama 3-5 minit dengan api yang kuat.
  • Keluarkan kuih dari pengukus dan sapukan dengan miyak pada permukaan nya.
  • Trim daun pisang dibahagian bawahnya agar nampak kemas serta menarik.

Tunggu sehingga kuih benar-benar sejuk baru di hidangkan .Enjoy :)


Wednesday, March 28, 2012

Poli Ubi Kayu Keledek Bersagu.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kuih Talam diatas Cm buat malam tadi sebelum masuk tidur.Resepi asal dari blog TC .Terima kasih TC.Semasa Cm baca bahan-bahannya rasa agak unik kerana ada ubi kayu,keledek dan  biji sagu .Warnya pula kuning keemasan kerana ada tepung kastad.Jika ubi kayu parut dan di kukus orang kampung Cm panggil kuih Poli Ubi Kayu jadi Cm jenamakan semula Talam ubi ini kepada Poli Ubi Kayu Keledek Bersagu.Maaf ya TC:)
Bahan-bahannya:)

335 gm ubi kayu parut.
75 gm keledek.-parut.
100 gm biji sagu.-rendam selama 5 minit.
150 ml santan pekat.
165 gm gula-Kurangkan jadi 120 gm.
10 gm tepung kastad.


Untuk Salut.
1/2 biji kelapa parut(putih)-kukus sekejap.
Secubit garam.


Cara-caranya:


  • Sapukan sedikit minyak pada loyang yang sesuai.
  • Bancuhkan bahan-bahan diatas sehingga rata.
  • Tuangkan kedalam loyang dan kukus dengan api yang besar sehingga masak.
  • Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.
  • Gaul dengan kelapa yang dicampur dengan sedikit garam.



Untuk selera Cm ,kuih ni agak manis jadi Cm telah kurangkan kandungan gulanya .Selamat mencuba.






Monday, June 14, 2010

Bubur keledek

Best betul guna dapur dibawah ni terutama bila menggoreng mee atau nasi yang memerlukan api yang besar. Salam dan selamat sejahtera.Alhamdulillah keadaan " dapur" cikmanggis hampir pulih dan kembali normal.Luka didagu anak lelaki ku hampir kering dan boleh cuci sendiri dirumah.Tak berlu menunggu lama di hospital dan jimat masa."pesakit" terpaksa menjadi tahanan dirumah sama seperti Aung San Suu Kyi hehe sehingga sekolah dibuka minggu depan.Bukan apa..takut bila keluar bermain dengan kawan-kawan terutama main bola terkena luka yang belum sembuh tu....bahaya. Semasa singgah ke blog Sonia beberapa hari yang lalu ternampak bubur keledek versi yang digemari suami cm.Bubur tanpa santan.Bagi orang melayu mesti rasa pelik tapi kami dah biasa makan bubur seperti tu.Sedap ... wangi bau pandan dan halia..pastinya lebih sihat sebab tanpa santan. Sangat senang memasaknya.Hanya perlu keledek,gula,daun pandan dan halia serta air yang mencukupi .Masak hingga keledek empuk.

Tuesday, January 31, 2012

Sweet Potato Bread.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Roti Keledek: Resepi asal  IZAH
                                         MAS DUNIAKU
                                          Tulip77@myr




Bahan-bahannya:)


300 gm tepung roti.
3 tsp yis segera.
1 tsp garam.
2 tbsp butter.
60 gm keledek rebus di lenyek kemudian baru di timbang,
2 tbsp susu tepung.
4 tbsp gula perang.
1 biji telur
1 tbsp warter roux.
130 ml air.





Kastad:(Cm tak buat)

3/4 cawan susu segar.
2 tbsp tepung kastad.
1/2 tsp esen vanila.
2 tbsp gula.1 tsp butter.

Cara-caranya:

Satukan susu dan tepung kastad kedalam periuk..Kacau hingga sebati.Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau dengan whisk agar kastad tak berketul masukkan vanilla dan butter.Kacau perlahan lahan sehingga kastad pekat.Apabila sejuk bolehlah dipaipkan ke atas roti.





Cara-caranya:(untuk doh roti)


  • Masukkan tepung,yis,garam,gula,keledek dan water roux kedalam mangkuk pengadun.
  • Kemudian masukkan telur dan air sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga sebati dan kenyal baru msukkan butter.Uli lagi hingga elastik.
  • Biarkan doh selama 45 minit atau sehingga saiznya kembang dua kali ganda.
  • Bentukkan bulat bulat mengikut saiz yang anda suka.
  • Sapukan dengan kuning telur dan biarkan sehingga doh kembang.
  • Bakar sehingga warna perang keemasan.
Cm tak buat kastadnya kerana nak makan denga kari sardin.Jika nak dapatkan cara-cara membuat kastad dengan lebih jelas silalah ke dapur Izah ya:)Terima kasih banyak banyak buat Izah,Mas dan Tulip 77:)maaf lah sebab Cm ubah suai sikit.....minta di halalkan.Roti ni sungguh lembut terutama jika dimakan ketika masih panas...satu keistimewaan jika masak roti sendiri....




Nota:Cm guna telur ayam kampung untuk resepi roti ini.Apabila di glis dengan telur ayam kampung warnanya sungguh cantik,(Telur lebihan buat kuih bahulu tempohari)..Selamat mencuba ya.