Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Beberapa hari lepas Cm beli beberapa ketul keledek kuning kat pasar.Niat dihati nak buat kuih Cek Mek Molek tapi selepas keledek direbus dan tersimpan didalam sejuk selama 2 hari ,maka hari ini Cm ubah fikiran.Cm buat bebola keledek.Sebenarnya tertarik dengan bebola keledek kat blog Lena..cantik warnanya jadi Cm pun guna resepi Lena .Terima kasih ya Lena sayang:)dan maaf ya...Cm tambah sebiji telur ayam agar ianya lebih lemak.
Bahan-bahannya:
1 Ib keledek -rebus dengan sedikit garam dan lenyek hingga hancur
12 tbsp tepung gandum-cm guna lebih sedikit sebab tambah telur.(agak-agak jika terlalu lembut tambah tepung sedikit demi sedikit)
1 biji telur saiz C
3 tbsp kelapa parut.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan bahan diatas dan adun hingga sebati.Jika adunan agak lembik sb telur, tambahlah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga ianya tidak melekat ditangan.Kemudian bentukan bulat bulat dan goreng hingga masak...senang kan:)
mas pernah tengok bebola ni kat afc...nmpk sedapp tu...nnti nk try wat laaaa....
ReplyDeletemcm jemput keledek ke cm?tengok jugak kat blog lena tu..berminyak ke tak ni cm?
ReplyDeleteSalam CM. Aah, mula-mula ingat rasa macam kenal je bebola tu, rupanya CM dapat resipi dari blog Lena. Yum,saya pun dah "bookmark" resipi tu, teringin pula nak masak sekarang :)
ReplyDeleteSedap ni buat minum petang sekali. Saya hari tu masa keledek murah beli bnyk cuba buat kuih macam donut tu (keria?) pun tak pass lembik sngt. Kena belajar bnyk dgn Cik Manggis.
ReplyDeletesalam cm...tgk kat blog lena ari tu..cantik n nampak sedap..rasa dia camana eyh?
ReplyDeletecikmanggis ita baru first time tengok... tak pernah jumpa dan rasa lagi... makan mcm tu aje ke atau boleh cicah dgn sos atau apa2 kuah... interesting ni... syok tengok... !
ReplyDeletesalam cik manggis, well done! cantik dan menarik juga ..macamana isinya selepas tambah telur? says dengar dari wendy orang melayu ada sejenis goreng biji keledek panggil cek mek molek, cm pernah buatkah?
ReplyDeleteSalam CikManggis cayang. Wah, cantik mulat2 & warna terang... simple nampak respi ni tp kita tak pnh makan lagi ni. Keledek kat miri mahal ler.. sekali tu Along beli sebiji saiz sederhana harga RM2.50...! Malas ler nak beli keledek...meh pos kat Along....hehe
ReplyDeletetetiba je pulak perut ni lapar...
ReplyDeleteSalam CM..
ReplyDeleteAlaaa tomei2nye.., bulat2nte bebola keledek tu...
Salam Cik Manggis...
ReplyDeleteBebola Keledek Tu Cam Senang Jer Nak Buat...Nampak Sedap! Boleh Cuba...