LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 25, 2011

Pavlova & Meringue Ghost

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Lunch kami hanyalah burger ayam Ramli dengan harga RM3.50 sebiji.Sedap dan murah.Pagi tadi Cm dan Liza ronda-ronda di Kedai Makcik,Bake With Yen dan Yummy.Bila dah penat singgah ke kedai Ramli Burger Bangi.Wah bagus sekali kedainya..bersih .Cm order 3 biji burger & sekotak susu..sebijik   untuk makan disitu kerana tak tahan perut dah mula berbunyi...sedap lain kali tak nak ke MC D dah..jimat hehe.
Selepas solat Zohor si adik minta Cm   buatkan Pavlova untuknya.Katanya dia nampak bua ceri dan stoberi dalam peti sejuk:)hehe dah pandai order!....Siap!pavlova yang sempoi sekali....

Bahan-bahannya:)

4 biji telur saiz A-asingkan kuningnya dan ambil  putihnya sahaja.
1 cawan superfine sugar.
1/2 tsp esen vanila.
1/2 tsp cuka putih.
1/2 tbsp tepung jagung.

Cara-caranya:

  • Pukul putih telur hingga kembang.Masukkan gula dan pukul lagi sehingga kental .
  • Masukkan tepung jagung ,cuka dan esen vanila.Pukul lagi sekejap.
  • Alaskan dulang dengan baking paper.Tuangkan adunan dan bakar hingga masak.
  • Bila sejuk sapukan krim keatasnya dan hias dengan hirisan buah-buahan yang anda suka,Siap:)
Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba sila lah KESINI untuk lihat resepi dan videonya.


Ada rupa seperti hantu tak?hehe sebenarnya Cm tak pernah jumpa hantu seumur hidup ini dan tak mahu berjumpa pun:).Untuk menggembirakan hati si adik yang kena perintah "berkurung " hari ini Cm buatkannya Meringue Ghost.Wah bukan main sukanya dia.Katanya ada rupa Ghost yang terbang dalam cerita kartun kat tv tu hehe.

Bahan-bahannya:)

  • 4 biji telur grade A-asingkan-ambil putih telur sahaja.
  • 1 cawan gula halus.
  • 1/2 tsp esen vanila.
  • 1/2 tsp cream of tartar.
  • Coklat Chips untuk mata
Cara-caranya:)

  • Pukul telur putih hingga naik.
  • Masukkan cream of tartar dan esen vanila dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental.
  • Masukkan adunan dalam pipping beg .Picit ke atas dulang yang dialas dengan baking paper.
  • Letakkan matanya seperti gambar diatas.
  • Bakar hingga masak.
Sila ke SINI untuk melihat dengan lebih jelas cara-caranya.

Thursday, November 24, 2011

Kuih Ang Koo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Apa khabar ibu-ibu dan anak-anak semua?sekarang musim cuti sekolah tentu macam macam aktiviti bersama anak anak...aktiviti kat dapur pun tak kurang hebatnya.Anak bongsu Cm tak mahu masuk rumah kerana leka bermain dengan kawan kawannya.Kebetulan semua anak-anak jiran adalah lelaki.lepas main bola ,mereka berlumba basikal dll. Hari ini Cm kasi chance......
Pagi tadi Along ajak Cm temankannya ke Ikea kerana nak beli  hadiah perkahwinan  kawannya pada hari Sabtu dan Ahad ini.Jadi hari ini  "Tutup " dapur setengah hari.Along belanja kami  makan tengahari di The Curve.Alhamdulillah.Terima kasih Along....hari ini hari gaji  agaknya ...Along siap "hulur" lagi hehe.Thank you:)..Jumlah tak penting tapi ingatan tu membuatkan rasa terharu sangat-sangat.Selalunya duit yang anak anak" hulur" Cm letak dibahagian khas dompet Cm dan takkan digunakan jika tak penting.Rasa tak sampai hati nak gunakannya......Terima kasih juga pada Atiqa:)p..terima kasih pada semua  anak-anak yang di kasihi...Angah..Zuhri dan adik:)..ini lah orang penting dalam hidup Cm...selain dari Suami tercinta:)


Seperti biasa tidak sah jika ke Ikea kalau tak beli Kuih Koo yang di jual di bahagian food court kat bawah tu..sedap.....Kami sekeluarga memang suka makan Kuih Koo.Suami Cm selalu usik katanya....Mama ni kalahkan orang Cina bila bab-bab kuih Cina ... hehe.memang I love this kuih:)Yum yum.....
Intinya sungguh sedap sebab tak manis dan tak tawar.Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba buat sendiri Kuih Koo boleh lihat DISINI dan DISINI.

Kepada anak-anak semua Makcikmanggis ucapkan selamat bercuti :)...kepada ibu-ibu ...ini lah masanya nak cuba resepi resepi baru kerana "tukang makan" bersedia untuk mencubanya hehe...oh ya maaf lah sebab tak sempat nak singgah ke dapur kawan-kawan....sibuk memanjang.....Minggu depan Cm akan ke rumah Maryam selama seminggu....tunggu ya Maryam:)

Friday, November 18, 2011

Tahniah Buat Adik:)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah saat yang di nanti telah tiba.Semalam Cm dan Adik ke sekolahnya kerana mengambil keputusan peperiksaan Upsr.Walaupun adik nampak kecewa tapi Cm tetap gembira.4A1B ..not bad kan...Tahniah buat adik.Ini adalah langkah permulaan.Insyallah dengan kerja keras pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.Sori ar.....no IPad hehe.

Terima kasih pada guru guru yang bertungkus lumus membantu anak anak kami tanpa jemu.Seramai 22 orang dapt 4A1B dan 36 orang mendapat 5A daripada keseluruhan pelajar seramai 119 orang.Alhamdulillah...selamat menempuh alam sekolah menengah pulak..All the best:)


Jangan lupa cium tangan guru ya:)



Terima kasih Cikgu !

Nuts & Fruits Choc Chips Cookies.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



 Hari ini Cm cuti memasak tetapi sahabat yang Cm sayangi Pn.Liza bermurah hati menyumbangkan sebuah resepi bersama  satu tupperware biskut yang sungguh sedap sekali..rasanya famous Amos dah mula tergugat jika Liza buka kiosk di Alamanda hehe:).Thanks Liza:)..


Bahan-bahannya:
300 gm tepung gandum.*
1 tsp Soda bikarbonat.*
2 tbsp serbuk koko.*
1/2 tsp garam.*
1 biji telur -pukul dengan garfu sekejap.
100 gm gula perang.
250 gm butter.
100 gm badam-cincang.
100 gm raisin/sultanas-cincang.
1/2 tsp vanilla.
200 gm choc chips.
2 tbsp lemak sayuran.
100 gm cornflakes-hancurkan kasar.

Cara-caranya:

  • Panaskan oven 170'C.
  • Ayak bahan-bahan bertanda *
  • Masukkan kekacang dan buah buahan kering kedalam tepung yang di ayak tadi,
  • Krim butter,gula dan lelemak sayur hingga kental.
  • Masukkan vanilla.
  • Masukkan bahan-bahan kering tadi.
  • Gaul hingga rata.
  • Sudukan mengikut sais yang di kehendaki.
  • Bakar selama  lebih kurang 15 minit.



Komen:)  Sedap.Rasa seakan akan biskut famous Amos hehe.Cuba lah try.Resepi ori dari dapur Liza.

Thursday, November 17, 2011

Wednesday, November 16, 2011

Markisa.....Bunga Matahari


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Petang ni tiada masak masak.Tengahari selepas ambik si adik dari sekolah terus ke food court berhampiran.Tapau nasi ayam untuk adik dan Nasi Goreng Thai untuk diri sendiri.Alhamdulillah sedap dan kenyang bagai ular sawa telan anak kambing  hehe.jarang makan sampai kenyang ..sejak akhir akhir ini berlumba lumba dengan Liza makan oats je:) tapi hari ni dah tak tahan hampir kebulur... ..lihat balang Oats kat dapur tu rasa nak pengsan:),,sori ya Liza:)..you menang!

Inilah buah dan pokok Markisa yang kami tanam.Liza yang semai pokok ni.Dan Liza juga yang nampak buah kat pokok Cm ni semalam.....gembira sungguh .Sebenarnya ingatkan dah tak sempat nak merasa buah Markisa ni kerana pokok Markisa lambat berbuah....Cm pun dah lupa bila tanam pokok ni.Nak kena check n3 yang terdahulu.







Pokok Bunga Matahari  yang sungguh tinggi.,Thanks to Diana.

Tuesday, November 15, 2011

Pais Ikan Tenggiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bila lihat menu Pais Ikan ini ,terkenang masa kecik kecik dulu.Emak suka sangat masak pais   ikan putih yang hanya terdapat di musim tengkujuh  sahaja.Pais ikan yang agak special kerana ianya dibakar atas bara api bukannya di kukus baunya sungguh sedap......Masyallah sedap sungguh makan dengan nasi panas dalam musim hujan....hanya tinggal kenangan kerana orang yang menjual ikan putih tu sudah tiada lagi sudah lama meninggal dunia..Al fatehah buat arwah Kak zah Rohim.....Sebak:(...dia lah yang selalu jual ikan putih tu.....
Bahan-bahannya:)

3 potong ikan tenggiri.
5 tangkai cili kering.
5 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 helai daun kunyit.
1 inci kunyit hidup .
Sedikit belacan.
garam dan gula secukup rasa.
Beberapa biji limau kasturi.
2 batang serai.
1/2 biji kelapa parut-putih
Daun pisang secukupnya.
Lidi untuk penyemat.

Cara-caranya:
  • Ikan dicuci bersih dan di potong kiub.Sepatutnya biarkan sekeping tapi daun pisang yang ada tak cukup besar untuk bungkus sekeping  ikan.Perap ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  • Daun kunyit dimayang halus.
  • Kisar bawang putih,bawang merah,kunyit,belacan dan serai  hingga hancur.Gaul bahan-bahan kisar dengan kelapa parut ,garam,daun kunyit dan gula hingga sebati.
  • Masukkan potongan ikan.
  • Ambil ikan dan bumbunya.balut dengan daun pisang.Semat dengan lidi dan kukus hingga masak.
  • Hidang bersama dengan perahan asam limau kasturi.Siap untuk di gandingkan dengan nasi panas..yum..yum..
Komen:) ....Hmmmm sedap tak terkata-kata:)

Sunday, November 13, 2011

Kuih Nian Gao

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Lihat lah ikan Carp Cm ni sepatutnya sepasang tetapi kerana tak sabar untuk keluarkan dari acuan ketika masih panas maka se ekor  ikan telah terjatuh ke atas meja dan terus penyet...sayangnya:(.Tinggal se ekor tanpa teman).Bagi masyarakat cina kuih Nian Gao ni tidak asing lagi  buat  mereka terutama bila tiba musim  perayaan tahun baru cina.
Apa bila melihat kuih ini anak bongsu Cm terus menjerit"eee tak mau makan..tak sampai hati nak makan...comelnya ikan ni"hehe.Terima kasih pada Lena dari blog frozen wing kerana berkongsi resepi yang sungguh menarik ini.Dah lama Cm nak cuba tapi sukar untuk dapatkan acuannya.

Bahan-bahannya:

200 gm tepung pulut.
100 gm tepung gandum.
25 gm tepung beras.
160 gm gula pasir.
400 ml santan kelapa.
150 ml air.
1 tbsp minyak jagung,
sedikit pewarna oren.
Cara-caranya:

  1. Ayak tepung  pulut,tepung gandum dan tepung beras.Ketepikan.
  2. Masak gula dengan 150 ml air hingga larut.Sejukkan.
  3. Masukkan 3 jenis tepung dan minyak jagung kedalam mangkuk .Masukkan santan sedikit demi sedikit kacau hingga sebati kemudian masukkan air gula dan kacau lagi agar sebati.Tapiskan.
  4. Ambik satu senduk adunan dan warnakan dengan warna oren.
  5. Sapukan sedikit minyak pada acuan.Masukkan sedikit adunan warna oren dan kukus selama 3-4 minit .Kemudian curahkan adunan warna asal kedalam acuan.Kukus hingga masak.
  6. Biarkan kuih betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan.

Komen:..Rasanya se akan akan kuih lapis tapi  kenyal seakan akan  dodol .Membuatnya tak susah hanya perlukan acuannya dan bahan-bahannya sangat senang.Insyallah Cm akan buat lagi pada Tahun Baru Cina ini:)pastinya ikan Carp yang ada teman hehe.Selamat mencuba.

Saturday, November 12, 2011

Jemput Jemput Pisang

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.



Cekodok Pisang,Jemput-Jemput Pisang atau Cucur Pisang adalah nama yang sama:).Sungguh senang untuk membuatnya bak kata orang pejam mata pun boleh buat hehe tipu je tu...ini lah kuih untuk minum petang kami 3 beranak hari ini.......semua orang tahu bagaimana  nak masak cekodok pisang cuma ada sedikit bahan-bahan yang berbeza.Umpamanya Cm suka masukkan sedikit  kelapa  parut dan telur kerana  bau kelapa dan telur tu sungguh wangi . Ada  orang suka letak serbuk penaik agar cekodok nampak kembang & cantik ...terpulanglah pada selera masing masing.


    
Komen:                                                                  

Cekodok je:)....selamat berhujung minggu dan ceria-ceria selalu...kepada anak-anak yang telah menduduki peperiksaan UPSR  baru-baru ini jangan lupa ya 17 hb. Nov. keputusannya.Sebenarnya Cm yang tak sabar-sabar nak tahu keputusan UPSR si adik:)

Friday, November 11, 2011

Roti Gulung Serunding Daging.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


11.11.2011 satu tarikh yang cantik dan unik sekali.Tetapi pada  diri Cm tiada apa-apa yang menarik pada hari ini.Hanya sekadar angka-angka yang cantik.Hari ini sama saja dengan semalam atau minggu lepas atau bulan lepas.....Cm menjalani kehidupan seperti biasa dengan doa agar sentiasa didalam rahmatNya.Umur yang diberkati,...rezeki yang halal dan sentiasa redha akan ketentuanNya....


Petang tadi Cm masak roti gulung serunding  untuk minum petang .Tetapi kerana saiz roti yang agak besar rasanya besok kami akan bersarapan dengan roti yang sama...Mungkin makan tengahari pun dengan roti juga hehe..pengsan lah orang kat rumah Cm ni kena makan roti:)



Bahan-bahannya:)

195 gm tepung roti.
90 gm tepung gandum.
6 gm yis segera.
30 gm gula halus.
12 gm susu tepung.
60 gm telur.
6 gm garam.
65 gm air.
75 gm water roux
Serunding daging secukupnya.
1tangkai daun bawang-potong kecil
Bijan untuk tabur,
Mayonis untuk sapu.




Cara-caranya:

  1. Satu kan semua bahan-bahan di atas kecuali butter dan bahan-bahan tabur,Uli selama 40 minit.(Cm guna KA selama 25-30  minit)
  2. Bentukkan 4 segi dan letak diatas dulang yang disapu dengan sedikit butter,
  3. Biarkan doh naik selama 30-40 minit.
  4. Cucuk-cucuk dengan garfu dan sapukan dengan sedikit telur.Kemudian taburkan bijan serta  hirisan daun bawang.
  5. Bakar hingga masak.
  6. Keluarkan dari oven .Sapukan dengan sedikit mayonis dan taburkan dengan serunding daging.Kemudian gulung kemas-kemas.
  7. Potong mengikut saiz yang dikehendaki .Sapukan hujung roti dengan mayonis dan celup dengan serunding.Lakukan proses yang sama pada kedua-dua belah hujung roti.(Serunding daging yang Cm guna agak kasar jadi tidak melekat dengan sempurna)
 Komen:Cm memang suka roti yang begini.Bau daun bawang dan bijan sungguh harum apabila dibakar dalam oven.Tetapi saiz yang agak besar agark sukar  untuk menggulungnya.Jika kawan-kawan ingin mencubanya eloklah dibahagikan doh kepada dua bahagian supaya dapat saiz yang sederhana besarnya.

Penghargaan:Terima kasih buat AYIN kerana berkongsi resepi yang enak ini.Jika kawan-kawan inginkan resepi roti atau pau sila lah ke dapur AYIN:)Makasih Ayin:)

    Wednesday, November 9, 2011

    Talam Pisang

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


    Cm jarang masak kuih talam kerana tak ramai peminat tapi bila pisang yang dibeli 2 hari lepas masih tak terusik maka tengahari tadi Cm cuba buat kuih Talam Pisang ni.Resepi Cm ambil dari dapur Sakinah Omar.  Bila tengok resepinya agak mudah guna cawan je jadi Ini lah hasilnya...terima kasih Sakinah:)



    Bahan-bahannya:

    Lapisan bawahnya:

    3 1/2 cawan santan kelapa.
    1 1/4 cawan tepung beras.
    1/2 cawan tepung gandum.
    1/2 cawan gula pasir.
    Secubit garam.
    1 cawan pisang lenyek.

    Cara-caranya:

    • Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
    • Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
    • Alaskan loyang dengan plastik dan tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
    • Kukus hingga masak dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan.


    Lapisan Atas:

    Bahan-bahannya:)

    3 cawan santan kelapa.
    3/4 cawan tepung gandum.
    1/4 cawan tepung jagung.
    1/4 cawan gula pasir.
    secubit garam.
    Sedikit pewarna kuning.


    Cara-caranya:

    • Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
    • Masak dengan menggunakan api yang perlahan.bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
    • Ratakan supaya  mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak.
    • Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua  untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya:)
    Komen:Kepada peminat kuih talam dan pisang boleh lah cuba ya.Senang sangat dan rasanya pun sedap.


      Sunday, November 6, 2011

      Daging Singgang/Selamat hari Raya Aidil Adha:)/Maryam

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



      Selamat hari Raya korban buat kawan-kawan yang beragama islam.Alhamdulillah pagi tadi kami anak beranak dapat menunaikan solat sunat  Aidil Adha di surau yang berhampiran dengan rumah Cm.Pada kali ini anak-anak dan menatu serta cucu dapat beraya bersama kecuali Zuhri berada di Cork Ireland.Salam aidil Adha buat anakanda Zuhri yang dirindui

      Apabila lihat daging ni Cm teringat cerita dalam sebuah buku yang berjudul Jenaka Sufi yang suami Cm beli untuk anak-anak semasa mereka masih bersekolah rendah.Tapi sayang buku itu telah hilang semasa kami berpindah rumah dari Johor ke K.L dulu.Sesiapa yang pernah baca buku ini tentu kenal dengan watak Mullah Nasyaruddin yang lucu itu.....Sedara mara Abu Nawas:) wataknya.

      Pada suatu hari Mullah membeli daging di pasar.Dalam perjalanan pulang dia berjumpa dengan seorang kawannya .Mullah beritahu yang dia ingin memasak daging  dan meminta resepi dari sahabatnya itu.Maka sahabatnya memberi resepi yang Mullah inginkan.Tiba-tiba datang se ekor gagak yang sungguh besar dan menyambar daging yang di pegang oleh Mullah.Dengan kuat Mullah menjerit "Wahai gagak yang Jahat engkau telah mencuri daging ku".lalu sahabatnya berkata"Apa yang kamu nak masak sebab daging kamu telah dicuri?" Mullah Nasyaruddin berkata"Tak apa ..tak apa...burung itu tak dapat makan daging yang sedap sebab RESEPI masih dengan saya"...hehe....itu lah ceritanya.
      Daging Korban diatas Cm masak Singgang.Alhamdulillah anak-anak kata sungguh sedap sebab dagingnya masih segar.Setelah dimasak daging  sungguh lembut dan resepinya pun  mudah.Jom kita tengok apakah bahan-bahannya.

      Bahan-bahannya:)

      500 g daging lembu segar.-potong nipis.
      1 tbsp biji ketumbar,
      4 ulas bawang putih.
      1 inci kunyit hidup.
      1 inci lengkuas.
      1/2 tbsp lada hitam(biji)
      1 keping asam gelugur.
      1/2 kiub perisa ayam.
      garam secukup rasa.

      Cara-caranya:)

      • Lengkuas,kunyit,bawang putih ,ketumbar dan lada hitam ditumbuk kasar.
      • Masukkan daging kedalam periuk dan rebus dengan bahan-bahan tumbuk tadi hingga empuk.
      • Kemudian masukkan asam keping,garam dan kiub ayam.Masak lagi hingga mendidik.
      • Untuk kuahnya agak-agak agar jangan terlalu banyak takut hilang rasa manis dagingnya.
      • Sedap dimakan bersama nasi panas:)

      Maaf ya Cm nak tempek gambar cucu Cm ni:) sekarang dah boleh meniarap dan dah mula nak ke depan.Dah pandai golek-goleh maknanya tak boleh duduk atas katil sorang-sorang:)