LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, November 9, 2011

Talam Pisang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm jarang masak kuih talam kerana tak ramai peminat tapi bila pisang yang dibeli 2 hari lepas masih tak terusik maka tengahari tadi Cm cuba buat kuih Talam Pisang ni.Resepi Cm ambil dari dapur Sakinah Omar.  Bila tengok resepinya agak mudah guna cawan je jadi Ini lah hasilnya...terima kasih Sakinah:)



Bahan-bahannya:

Lapisan bawahnya:

3 1/2 cawan santan kelapa.
1 1/4 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula pasir.
Secubit garam.
1 cawan pisang lenyek.

Cara-caranya:

  • Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  • Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  • Alaskan loyang dengan plastik dan tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  • Kukus hingga masak dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan.


Lapisan Atas:

Bahan-bahannya:)

3 cawan santan kelapa.
3/4 cawan tepung gandum.
1/4 cawan tepung jagung.
1/4 cawan gula pasir.
secubit garam.
Sedikit pewarna kuning.


Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  • Masak dengan menggunakan api yang perlahan.bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  • Ratakan supaya  mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak.
  • Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua  untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya:)
Komen:Kepada peminat kuih talam dan pisang boleh lah cuba ya.Senang sangat dan rasanya pun sedap.


    9 comments:

    1. Assalam kak CM, nampak elok jer kejadian talam ni kak...talam pisang memang sedap...nieza suka:)

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikum CM,
      Ni dia peminat kuih talam dah sampai..waduh buat Yatie terliur je tngk kuih ni...sedapnya, kebetulan ada pisang yg masak kat dapur tu, lehlah cuba resepi ni, tq berkongsi resepi..pasti akan ku buat..

      ReplyDelete
    3. Assalamualaikum Kak Nah,
      tak pernah cuba talam pisang nampak menarik boleh masuk list ni

      ReplyDelete
    4. Diana simpan resepi ni. Nanti balik Msia boleh buat. Rumah mak pisang banyak sangat.

      ReplyDelete
    5. tak pernah makan kuih talam pisang macam ini..hope one day i can try..

      ReplyDelete
    6. Salam KakCM. Kak CM buat sukat dgn cwn metrik ke cwn kopi?

      ReplyDelete
    7. Salam cm...cantik tepung talam yang cm buat tentu rasanya sedap.

      ReplyDelete