LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, November 10, 2013

Homemade Mee Kuning Lagiii

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Saudara terdekat Cm Wawa Amanda minta resipi Homemade Mee Kuning  .Cm berjanji jika Cm betul-betul berpuas hati dengan hasilnya  barulah Cm kasi resipi padanya.Alhamdulillah setelah mencuba beberapa kali.... 5-6 kali ( dalam masa 2 minggu),maka petang tadi Cm  benar-benar berpuas hati.Terima kasih pada Puan Roziha Ismail kerana sudi berkongsi petua yang amat berguna dengan Cm.Terima kasih daun keladi :) Dengan berpandukan petua dari Pn. Roziha ,mee kuning kali ini lebih kenyal dan tak mudah putus.

Bahan-bahannya:

400 gm tepung gandum.
100 gm tepung ubi.
1 1/2 tsp garam.
1 biji telur.
1 tbsp air kapur.

Air+telur+garam+air kapur=250ml.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan diatas di dalam mangkuk dan uli sehingga sebati.Adunan agak keras seperti gambar di atas tetapi jangan risau setelah di mesin beberapa kali akan terhasil doh yang licin tetapi  masih agak keras.


  • Selepas beberapa kali di gelek  dengan  menggunakan bahagian mesin yang licin dan memperolehi ketebalannya yang sesuai ,gelek dengan bahagian penggelek pasta pula.


  • Apabila siap di gelek Cm taburkan dengan sedikit tepung .



  • Panaskan air sehingga mendidih dan celur sedikit demi sedikit selama 2-3 minit.Keluarkan dan toskan airnya.Keringkan dengan menggunakan kipas angin.Akhir sekali lumurkan dengan sedikit  minyak jagung.

  • Alhamdulillah nampak gayanya lepas ni tak perlu beli mee lagi.


Walaupun terendam di dalam  kuah sup yang mendidih,Mee Kuning ini tak patah seperti sebelumnya.

*** Jika anda ingin membaca komen/petua puan Roziha sila klik DISINI

6 comments:

  1. Assalam cm
    T ksh share resepi ni. Sya pun suka mi kuning. Tk sejak tk sihat tk bole mkn mi kuning yg jual. Bole la wat sendiru pas ni.

    ReplyDelete
  2. Salam kak CM.. wahh.. rajin betul.. tun pon duk bercita2 nk wat mee kuning sendiri jugak, tp belom beli pasta maker lg. akk guna jenama ape?

    ReplyDelete
  3. salam kak CM...wah..sangat terperinci..suka sgt mkn ape2 yang berunsurkan mee..ley wat sendiri lepas ni..hehe..
    terima kasih ye..

    ReplyDelete
  4. Rajinnya CM buat mee kuning sendiri! Lebih baik sebab yang dijual kat kedai mengandungi bahan pengawet.

    ReplyDelete
  5. rajinnya kak nah buat mee kuning sendiri... bilalah sy nak rajin mcm akak ye.. kena beli mesin pasta tu dulu.... dah lama KIV nak membelinya...

    ReplyDelete
  6. As salam cm, nak minta izin guna resepi buat mee ni.. Rasa macam tak puas hai makan mee yang dibeli. Sebabnya masa kecik2 dulu mmg mak buat mee sendiri, taoi tak mo belajar. Dah tua ni baru.la tercari-cari resepi mak tu..

    ReplyDelete