LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, November 9, 2013

Jemput Jemput Labu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bahan-bahannya:

2 cawan labu yang telah di rebus dan dilenyek.
1 tbsp gula perang.(Jika suka manis boleh tambah gulanya)
Secubit garam.
1 biji telur.
2 tbsp kelapa parut.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Minyak untuk menggoreng.


Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
  • Jika adunan agak lembik tambahkan sedikit tepung sehingga dapat di jemput bulat-bulat.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

Cm ni peminat labu.Tak kiralah macamana cara  memasaknya.Masak lemak,buat kek,buat pai,sira atau yang paling senangnya buat cucur atau jemput jemput labu.Labu  memang dah manis jadi Cm jarang tambah  gula jika masak cucur.Jika nak tambah juga letakkan sedikit gula merah atau brown sugar.Jika dapat elak........elakkan penggunaan gula .Setiap lima orang rakyat Malaysia,satu orang daripadanya adalah  pengidap kencing manis.Ini yang kita tahu dan ramai lagi  yang di luar sana tidak sedar  yang mereka adalah pesakit kencing manis.Ingat ya...manis itu racun ...
Minggu depan merupakan minggu terakhir penggal persekolahan untuk tahun 2013.Cm nak ucapkan selamat bercuti pada anak-anak yang bakal bercuti.Semoga dapat mengisi masa cuti dengan sebaik-baiknya.Dan musim cuti inilah mak-mak sibuk di dapur.melayan karenah anak-anak.Masa untuk mencuba pelbagai resipi baru.:)

1 comment:

  1. Thanks a million for this recipe. I did for sweet potatoe (ubi keledek). Will try out using pumpkin.

    ReplyDelete