LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 8, 2013

Ayam Lemon.

Bahan-bahannya:

2 keping dada ayam.
1 biji lemon.
2 ulas bawang putih.-tumbuk halus.
Sedikit sos tiram.
Garam secukup rasa.
Sedikit lada sulah.
Minyak untuk menggoreng.
1 biji putih telur.
Tepung gandum secukupnya.


Sos

1 biji lemon.-ambil jusnya dan parut kulitnya.
1 cawan air.
Gula secukup rasa.
1 tbsp tepung jagung.

Cara-caranya:


  • Ayam di potong kecil.
  • Lemon diperah jusnya.
  • Perap ayam bersama garam,lada sulah,bawang putih,sos tiram dan jus lemon.
  • Pukul telur putih sehingga kembang.
  • Celup ayam dengan putih telur dan golek di atas tepung gandum sehingga rata.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga ranggup dan warna perang keemasan.Ketepikan.
  • Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk.Didihkan.
  • Masukkan jus lemon,parutan kulit lemon dan gula secukupnya.Bancuhkan 1 tbsp tepung jagung dan masukkan kedalam sos lemon tadi.
  • Seimbangkan rasa masam dan manisnya.Siram ke atas ayam goreng tadi.Siap untuk di hidangkan bersama nasi panas.

Selamat menjamu selera dan selamat berhujung minggu :)

4 comments:

  1. bestnya makan ayam lemon..sedap tu.

    ReplyDelete
  2. dh lama xmkn lemon chicken, last time tun buat terlebih lemon. struggle nk habiskan sbb masam sgt. hihi

    ReplyDelete
  3. nice....
    http://premiumst0re.blogspot.com/

    ReplyDelete