LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, October 31, 2013

Mee Kuning.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bebeapa kali Cm buat Mee Kuning tetapi masih belum berpuas hati dengan hasilnya.Cm suka makan Mee Kuning yang berkuah seperti Mee bandung..Mee Sup dan bakso tetapi Mee  yang Cm buat ni selalunya tidak kenyal.Bila masak yang bersup ianya mudah patah.Cm harap kawan-kawan dapat memberi petua bagaimana nak dapatkan hasil Mee  yang kenyal. atau ada tak sesiapa yang ada resipi Mee kuning yang kenyal seperti yang terdapat kat kedai tu :).....
Bahan-bahannya:

500 gm tepung gandum.
1 biji telur.
1 tsp serbuk kunyit.
1 tbsp air kapur.
Sedikit garam.

Air+telur+serbuk kunyit+garam+air kapur=250 ml.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas dan uli hingga sebati.Doh untuk mee ni agak keras.
  • Bahagikan doh menjadi beberapa ketul.Bulat bulatkan.
  • Gelek dengan mesen pasta bahagian yang licin  beberapa kali sehingga memperolehi permukaan yang licin.
  • Kemudian gelek di bahagian mee.
  • Taburkan dengan tepung agar tidak melekat.
  • Panaskan air dalam periuk.Celur mee selama 2-3 minit dan toskan airnya.
  • Bilas dengan air paip.Lumurkan dengan minyak.


6 comments:

  1. Tak pernah buat mee kuning sendiri CM.. cantik kuning mee CM, suka beli jenama ibu atau. mak siti jer ;)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan Cik Manggis... dari pemerhatian saya ttg bahan2 mee kuning yg Cik Manggis buat dgn yg saya buat tak sama. serbuk kunyit atau kunyit hidup tidak boleh di campur dgn kapur. ia akan bertukar warna menjadi merah atau kegelapan. seloknya gunakan pewarna kuning sedikit. jika tuk makan sendiri tak perlu letak. untuk mendapatkan mee kuning yg lebih kenyal dan tak mudah putus, campurkan 1sudu makan tepung sagu. insyallah ia akan lebih kenyal. mee juga selepas dicelur jangan dibilas dgn air sejuk. sebaiknya selepas celur tapis dan keringkan dgn menggunakan kipas angin dan dilumur dgn sedikit minyak. saya telah berniaga mee kuning selama 2tahun (homemade) alahamdulillah.

    ReplyDelete
  3. salam...
    betul tu...air kapur / air abu cmpur kunyit mghasilkan warna merah...pewarna makanan kuning boleh di gunakan..
    kalau CM dh buat experiment tentu tahu kannn

    ReplyDelete
  4. kalau x guna telor mee tak kenal ya.. mee sy buat selalu cpt putus huhuhu

    ReplyDelete