Alhamdulillah dah siap masak untuk makan tengahari.Oh ya sebelum Cm letak resipi Gulai Ikan Aya ni Cm nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55....jika dulu angka 55 ni angka wajib pencen tetapi sekarang dah up sikit ke angka 60 hehe.Doa Cm agar negara tercinta ini akan kekal makmur ,aman dan damai demi generasi anak cucu cicit kita.
Berbalik pada cerita Gulai Ikan Tongkol ni,setiap kali masak menu ini setiap kali terkenang pada arwah Wan yang Cm sayangi.Dia lah orang yang akan mencuci & menyiang ikan jika mak nak masak gulai ikan tongkol.Siap dicuci dan di perap dgn asam keping agar ikan kurang hanyir.
Alfatehah buat arwah Wan.semoga Wan bersama sama para solihin dan Syuhada.Semoga kita akan bertemu di Jannah nanti..Amin...Amin...Amin..
.Terkenang (banyak pulak kenangan pagi ni) pesanan suami pada Cm...Mama kena jaga aurat,jaga perkataan,jaga ibadah agar kita dapat berjumpa di Syurga nanti...Insyallah..Insyallah..Pesanan begini kena disampaikan pada anak anak pulak agar kita semua dapat berkumpul dan bertemu di Syurga......tempat yang kekal abadi......
Semasa membelek buku resipi yang berusia 31 tahu yang hampir reput kertasnya dimakan usia
Bahan-bahannya:
1 1/2 kg ikan tongkol.-rebus dengan sedikit garam,gula merah,hirisan lengkuas dan asam keping.(airnya jgn banyak ya..ngam ngam tenggelam ikan je)
1 tbsp ketumbar.*
1/2 tbsp jintan manis.*
3 biji buah pelaga.*
1 biji kelapa.
2 tbsp kerisik.
3 hirisan lengkuas.(agak tebal hirisannya)
4 kuntum bunga cengkih.*
3 ulas bawang putih.
1 ketul kecil kunyit hidup.
1 tbsp rempah kari ikan.
1 ketul kecil halia.(Agak-agak)
15 ulas bawang merah.
10 biji cili kering.
1 inci kulit kayu manis.*
6 biji kacang panjang.-potong sedang.
10 biji cili api.
1 inci kulit kayu manis.#
2 kuntum bunga lawang.#
3 kuntum bunga cengkih.#
2 biji buah pelaga.#
Cara-caranya.
- Kisar kering hingga halus bahan-bahan yang bertanda *-ketepikan.
- Bawang merah,bawang putih,halia,kunyit ,lengkuas dan cili kering dikisar halus.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan bertanda# hingga wangi.
- Masukkan bahan-bahan kisar dan rempah kari.Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air rebusan ikan dan masak hingga mendidih baru masukkan santan kelapa.
- Masak perlahan-lahan agar santan tidak berketul.
- Kemudian masukkan ikan tongkol,kerisik,garam dan gula melaka.Biarkan kuah mendidih baru masukkan kacang panjang dan cili api.
- Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih atau nasi dagang.gandingankan pulak dengan sambal bekwoh baru mantap:)
Salam makcik... selamak hari kebangsaan :)
ReplyDeleteNanti nak beli bahan untuk gulai ni, lucunya tulisan makcik dulu :)
salam kak CM ^^ tun suka duk belek2 buku resepi mama tun.. camni laa, sampai kuning2 kertas dia. hihi.. gulai ikan tongkol tun teringat nasi dagang je kak. xnmpk dah mende lain. hihi
ReplyDeletekita sukalaa tengok buku resepi tu...guna buku tulis...he he he...tu boleh masuk muzium dah cm...tinggi nilainya tu
ReplyDeleteWah tiba-tiba mengidam nasi dagang tgk gulai ni
ReplyDelete