Setiap kali Mommy Maryam baca n3 Cm dia selalu gelak.Katanya mama bagi salam seperti orang nak buat ucapan di atas pentas hikhik.tak pe ucapan salam mendoakan agar kawan-kawan berada didalam peliharaan Allah Taala selalu.
Menu tengahari kami hari ini adalah ayam masak prune.Semalam Cm masak daging Si adik merajuk tak mahu makan nasi...bila malam dimintanya telur mata kerbau dengan kicap.Dia memang tak makan daging sejak kecil lagi.Katanya memang tak suka....macam macam alasan.Alasan utama katanya daging akan lekat di celah celah giginya hehe
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam-potong kecil.
100 gm prune tanpa biji.
6 tangkai cili kering.
1 labu bawang besar.
8 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia.
2 tbsp sos tomato.
1 biji buah tomato-belah 4.
2 tbsp sos cili.
1 tbsp sos plum.
1 tbsp madu.
1 batang serai.
1/2 cawan bawang goreng.
Garam secukup rasa.
1 tbsp rempah kerutub-Cm guna kerutub Jalan Bayam Kb yang femes tu:)
1 keping kulit kayu manis.
2 biji buah pelaga.
2 kuntum bunga cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
1 biji cili hijau-hiasan.
1 biji cili merah-hiasan.
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
- Bawang merah,bawang besar,bawang putih,cili kering,serai dan halia dikisar halus.
- Perap ayam dengan bahan-bahan kisar dan serbuk kerutub selama 1/2 jam.
- Panaskan minyak tumis kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.
- Masukkan ayam yang telah diperap kedalam kuali dan kacau hingga sekata.Masukkan sedikit air,sos cili,sos tomato dan sos plum serta madu & garam.gaul hingga mesra.
- Masukkan buah prune dan buah tomato.masak hingga kuahnya pekat.
- Akhir sekali masukkan bawang goreng.Biarkan sebentar diatas api.Hiaskan dengan potongan cili merah dan cili hijau.
Ayam prune ni sedap dimakan dengan nasi putih serta sambal belacan.Sebenarnya ada macam-macam cara atau versi memasak ayam prune ni.ada setengahnya dimasukkan rempah kari .terpulang pada kreativiti masing masing.yang pentinya sedap:).Selamat mencuba ya.Jika sedap beritahu kawan.jika tak sedap tolong beritahu Cm hehe..pinjam kata kata kak1...jangan marah kak 1:)
Oh ya Cm nak tayang gambar cucu lelaki Cm ni....hensem tak?sebenarnya dalam badan Aqeel ni mengalir darah Melayu,Cina dan Jepun .Maryam apa macam?hehe..lihat dahi Aqeel tu hikhik....
Walaupun baby Aqeel lahir belum cukup bulan(7 bulan) tetapi membesar "bagai juara'..kuat menyusu sehingga badannya semakin berisi.:)
Comelnya Aqeel....rasa nak cubit pipinya dia, bagi dia bangun tido!
ReplyDeleteAyam masak prune ye CM... sedap ni makan dengan selain nasi putih ye CM.
Salam cm...alhamdulillah Aqeel dah sihat,comel lagi.
DeleteKalau menantu saya melahirkan cucu saya berdarah melayu Inggeris hehehe...
Aqeel makin tembam. Diana tak boleh makan bnyk sngt udang dan cheese masa menyusu Ariel. Nanti naik bintik kat muka dia.
ReplyDelete