Mommy Aqeel selalu beritahu Cm yang Sticky Date Pudding sangat sedap.
Kebetulan stok buah kurma semasa Ramadhan tempohari masih banyak jadi ini lah masa yang sesuai nak cuba resipi pudding yang sedap ini.Resipi asalnya diambil dari SINI.
Bahan-bahannya:
250 gm buah kurma yang jenis lembut-buang biji dan cincang.(Timbang tanpa biji)
1 tsp Soda Bicarbonate.
1 1/2 cawan air panas yang mendidih.
125 gm butter-suhu bilik.
1 cawan gula perang.(asal 1 1/2 cawan)
1 tsp essen vanilla.
2 biji telur -grade A.
1 3/4 cawan tepung naik sendiri.
Sos karamel.
1 cawan gula perang.
300 ml thickened cream.
1/2 tsp essen vanilla.
60 gm butter.
Cara-caranya:
- Panaskan oven 180 darjah celcius.Dan sapukan butter pada loyang 7cm x 22 cm.Alaskan dengan baking paper.
- Satukan buah kurma dan soda bicarbonate ke dalam mangkuk yang sesuai.Tuangkan air panas keatasnya dan biarkan terendam selama 20 minit.
- Sementara menunggu kurma direndam,pukul butter dan gula serta vanilla sehingga kental.Masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung berselang seli dengan kurma dan gaul hingga rata.
- Tuangkan kedalam loyang dan bakar hingga masak.
Sos Karamel:
Satukan semua bahan-bahan untuk sos ke dalam periuk yang sesuai. dan masak atas api yang perlahan sehingga karamel pekat. .Bahagikan sos kepada dua bahagian.1/2 bahagian sos dicurahkan ke atas permukaan puding... jangan lupa cucuk cucukkan permukaan pudding dengan garfu sebelum curah sos ya.
.Separuh lagi untuk di tuangkan apabila menghidangnya nanti.Pudding Sticky date ini sedap dimakan sewaktu masih panas.Jika telah sejuk panaskan sosnya terlebih dahulu sebelum dihidangkan.selamat mencuba:)
****Terima kasih pada Mommy Aqeel atas sumbangan resipi yang sedap ini:)..terima kasih daun keladi ya.
Aslmkm KakCM. Ni sedap ni.... Along suka mkn dessert camni. Anyway, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin buat kak CM sekeluarga.
ReplyDeletesalam lebaran buat kak cm n family...mmg nmpk best puding tu, nnt senang2 Liza nk try la,thnx ye kak...
ReplyDeletebleh cuba nih..stok kurma pun byk kt umh ni..mintk copy resepi yer..
ReplyDeletesedapnye cikmanggis..salam lebaran & maaf zahir batin wat cm sekeluarga ye!
ReplyDelete