LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, September 7, 2012

Kek Buah Versi Bakar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Malas nak mengukus?anda sukakan kek buah yang moist dan kurang manis?sarat dengan buah buahan kering? macam iklan lah pulak ya:).......Boleh cuba resipi kek buah Cm ini...Kali ini  Cm berani mengaku kek buah  sendiri sebab Cm simpan resipi ini puluhan tahun dan telah ubah bahan-bahannya sana sini agar sesuai dengan selera sendiri.Tuan asal tak dapat di kesan

Cm suka sangat makan kek buah.Tak kiralah samada kek buah kukus atau bakar.Semuanya suka terutamanya jika kek tu sarat dengan buah buahan kering seperti kismis,ceri,kurma,kulit oren dan lain lain lagi.Makan tak tahu berenti ..berhantu gitu:)
Cuba anda lihat bila kek ni di terbalikkan bahagian bawahnya...mewah dengan buah-buahan kering dan badam hiris..yum yum...ini lah kek yang Cm suka.Semasa foto kek di ambil keknya masih panas baru keluar dari oven.baunya jangan cakap lah satu rumah....tetapi jangan potong ketika kek masih panas kerana ianya berderai.Kena sabar ya:)
Bahan-bahannya:

A

2 cawan tepung gandum(.Ayak)
1 tsp baking powder.(Ayak)
1 tsap serbuk soda bikarbonat.(ayak)
3/4 cawan butter.
1 cawan gula perang.
3 biji telur.
1/2 cawan gula pasir-jadikan gula hangus.


B

Bahan-bahan di gaul bersama.

1 3/4 cawan buah-buahan kering campuran.
1/2 cawan kismis.
1/2 cawan kismis hitam.
1/2 cawan badam flakes.
1 tsp serbuk rempah kek.
1/2 tsp garam.
1/2 cawan madu.
2 tbsp jus sunquick.
2 tbsp jus lemon.
1 tsp esen vanilla.

Cara-caranya:


  • Gaulkan bahan-bahan B hingga rata dan ketepikan.
  • Pukul butter dan gula perang hingga gebu.
  • Masukkan telur satu persatu sambil di pukul sehingga kembang.
  • Masukkan bahan-bahan yang di gaul tadi dan gaul hingga sebati.
  • Masak gula pasir sehingga jadi gula hangus dan tuang kan ke dalam adunan kek dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
  • Sapu butter pada loyang dan alas dengan 3 helai kertas minyakdibahagian bawahnya.
  • Alas keliling loyang bahagian dalam dengan kertas minyak.dan balut bahagian luar loyang dengan 2 lapisan kertas minyak.Ikat dengan dawai kemas-kemas .Tujuannya agar kek tak cepat hangus.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak lebih kurang 1 1/2 jam.
  • Setelah kek masak biarkan sejuk atas redai dawai.Kemudian simpan dalam peti sejuk.Potongkan keesokannya.Dengan cara ini kek bertambah moist.
  • Selamat mencuba:)


9 comments:

  1. ye betul...kek buah kalo dh mkn x blh nk stop sbb sedap...sama juga dgn biskut buah asyik rasa nk nguyah je he3...

    cantik kejadian kek buah akk :)mas mintak resepi ye :)))

    ReplyDelete
  2. Wah! tergoda i you... dengan kek yang sarat dengan buah-buahan tu... tapi tu la nak cuba belum tentu kerajinan tu :P

    ReplyDelete
  3. salam makcik.. kek ni seperti Christmas :) enak!!

    ReplyDelete
  4. Salam cm...saya pun suka kek buah...ada masam manis.

    ReplyDelete
  5. salam rindu cikmanggis..sedapnyer kek buah..kita pun mmg hantu kek buah..wajib masuk list ni cm..mekacehh! muaaaah!!

    ReplyDelete
  6. assalam akak..mohon copy resepi bole?utk aidilfitri..:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum . singgah sini :) terima kasih share resepi ni :D
    follow sini ya :)

    ReplyDelete
  8. kak sy nak share resepi ye kak....mintak halal ye kak...tq

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Tepung masuk Last sekali ke puan?

    ReplyDelete