LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, July 10, 2012

Ayam Goreng Berempah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah.Cm dah siap masak menu  untuk layan diri sendiri.Semalam semasa Cm ke rumah kami di Nilai ,kami singgah makan tengahari di sebuah kedai  di tepi jalan ke Kampung Jijan Nilai.Kami terpanggil untuk singgah makan tengahari apabila nampak sungguh ramai pelanggan sedang menjamu selera..Mat Salleh pun ada.Mesti ada yang istimewa :)

Rasanya tiada papan tanda pun di kedai itu.Kedai biasa-biasa saja.Semasa kami tiba hanya ada dua kerusi kosong dan kami cepat-cepat duduk.Menunya hanya lah nasi kukus dan ayam goreng berempah.Cm pesan jus oren dan suami Cm minta jus tembikai.

Walaupun masa menunggu agak lama tetapi sungguh puas hati.Ayam berempahnya sungguh enak sekali sehingga menjilat jari.Seperti biasa jika sedap Cm akan teliti rasanya dan akan mencuba resepi yang Cm agak-agak apabila balik kerumah.

Terkenang kata-kata Mil apabila mencuba resepi baru..katanya..Lu Guna otak Ma...hehe...betul..betul..kita guna deria rasa kemudian kita cuba:)p...rasa yang agak ketara adalah rempah jintan manis...jadi Cm lebihkan jintan manis.oh ya..yang paling penting sekali rasa ayam yang sungguh sedap dan kedua penting kerana harga sangat murah.Sepinggan nasi dan seketul ayam 1/4 ekor dengan harga Rm 5.50.....
Hasil percubaan "guna Otak" akhirnya membuahkan hasil yang lumayan :)..Jom kita lihat bahan-bahannya ya....


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam potong kecil.
1 ketul kiub ayam maggi.
Garam secukup rasa,
6 tangkai cili kering.
1 ketul sedang lengkuas.
1 ketul sedang halia.
1 tsp biji ketumbar.
1 tsp jintan putih.
3 tsp jintan manis.
3 batang serai.
5 ulas bawang putih.
8 ulas bawang merah.
Cara-caranya:


  • Kisar cili kering,bawang putih,bawang merah,halia dan lenggkuas hingga halus.Ketepikan.
  • Tumbuk ketumbar,jintan manis ,jintan putih dan kiub ayam hingga halus.
  • Perapkan semua bahan-bahan kisar dan tumbuk pada ayam hingga rata.Masukkan garam secukup rasa.Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam.
  • Goreng hingga ayam masak.
  • Sedap dimakan dengan nasi kukus dan sambal cili api serta kuah kari.Selamat mencuba.



Nasi Kukus Kg.Jijan Nilai.

Ada "orang takut" sambal cili api :)
Bukti kesedapan ayam goreng berempah tu......


23 comments:

  1. As salam CM,
    amboi...tnggl tulang tu....lincin !! ...hehehe
    ayam goreng berempah...mmg sedap kan...wangi jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap:)terutama bila di hidang sebaik saja di goreng.masih panas,

      Delete
  2. kalau ayamnya 1/4, harga rm5.50 memang berbaloi2... terbaekkklahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah.Masa nak bayar tu kami tanya dua kali takut dia orang salah kira:)

      Delete
  3. salam Cm,amboiii nampak sedap sangat ayam tu berkilat dan manarik mesti sdap sangat buktinya tang tulang tu kan heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.hehe tinggal tulang..tapi tulang yang menimbun tu sebab Cik abang Cm suka letak tulang dalam pinggan kita jika makan nasi:)

      Delete
  4. wow, this look seriously delicious, i must try to cook this when i cook nasi lemak next time!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yum yum jika makan dengan nasi lemak memang sedap:)

      Delete
  5. salam makcik...baru je habis makan tapi mantak sepiring boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera Tummy dear..hehe..dah lupa ke..anda sedang berdiet :)p

      Delete
  6. salam kak
    kat area mana nie? kat kawasan doughnut yang sedap tu ke?? kat area Mydin ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Ubee..kedai kecik je tepi padang Golf Seri mas..tepi kedai makan asam pedas kg Jijan.eh..kat mana donat sedap tu?

      Delete
    2. kak
      kedai asam pedas tu ada jual donut...mmg sedap, seketul RM1..try lar

      Delete
  7. Memang sedap sungguh tu CM... tinggal tulangnya je... he he heh memang otak digunakan semaksimanya ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe guna otak....guna otak:)..memang berbaloi.

      Delete
  8. Am drooling too! Perfect fried chicken over there dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello Love..makan dengan nasi dan goreng kangkung love..yum yum

      Delete
  9. waahh sedaap nmpak ayam goreng berempah CM tuh..leh masuk list dulu ni..tenkiu cm!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...percubaan yang membanggakan,lepas ini ayam goreng berempah cm akan saya cuba,tq.

      Delete
    2. salam Inahar...sedap dimakan ketika masih panas panas:)

      Delete
  10. Salam zai..cuba lah Zai..insyallah pasti tak kecewa..

    ReplyDelete