LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 5, 2012

Sambal Ikan Bilis Cili Padi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat petang dan salam Nisfu Syaaban yang penuh keberkatan.Kepada yang berpuasa Cm ucapkan selamat berpuasa ya.Menu ringkas ini Cm tujukan pada anak-anak yang baru mula berjinak-jinak dengan "dapur".menu ikan bilis adalah penyelamat semasa tetamu yang datang tanpa notis:)

Sambal ikan bilis kali ini sangat pedas.Jika anak-anak tak suka terlalu pedas boleh lah kurangkan sukatan cili api tu ya....kepada mereka yang gemar pedas,sambal ini memang kaw kaw hehe:)

Bahan-bahannya.

200 gm ikan bilis.
1 keping asam gelugur.
1/2 cawan cili padi.
Sedikit garam.
Sedikit belacan.
2 tbsp gula merah.
2 labu bawang besar.
2 ulas bawang putih.


Cara-caranya:


  • Bawang besar,bawang putih dan cili api serta belacan dikisar kering hingga halus.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing-ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Kemudian masukkan gula,garam dan asam keping dan gaul hingga rata.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kacau sehingga bahan-bahan tumis sebati.
  • Siap...sedap dimakan dengan nasi putih.





9 comments:

  1. Simple dan sedap ^^
    wat sahur sesuai nih. time xde selera nk makan, ni mmg masuk dalam kategori lauk penyelamat lah. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...makan dengan nasi panas,kuahnya kicap,walaaa sedapnya...

      Delete
  2. Aslmkum CM.
    Sedap ni kak. Walaupun pedas tp mengancam..Heee

    ReplyDelete
  3. Aduh CM! Sambal bilis cili padi menggamit memoriku... nostalgia bersama bonda, makan ubi rebus cicah sambal ikan bilis cili padi...podeeeeh! Lepas tu minum kopi panas....mmmm baru tahu tinggi rendahnya langit!he he hehh

    ReplyDelete
  4. Salam CM

    Kalau dapat kat ita ni, ita ratah aje..
    adoiii.. dah kecur dah ni.. lagi pedas lagi terangkat!

    ReplyDelete
  5. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
  6. aduh Kak CM! sedap ni..nak2 lak dgn nasi panas...aduihaiii

    ReplyDelete